Friday, June 6, 2008

Starting Blok







Block starts

On your Marks
• Blocks correctly positioned in the lane (200m/400m at a tangent to the curve)
• Correct distances from the start line to the front and rear blocks
• Foot blocks at the correct angles
• Blocks firmly located in the track
• Feet correctly located in the blocks
• Fingers behind the line and form a high bridge
• Hands evenly positioned slightly wider than shoulder width
• Shoulders back and vertically above or slightly forward of the hands
• Arms straight but not locked at the elbows
• Head and neck in line with the spine
• Eyes focused on the track (1 to 2 metres ahead)
• Gentle breathing
• Face and neck muscles relaxed

Set
• Hold the breath
• Hips rise slowly to a position above the shoulders
• Head and neck in line with the spine
• Eyes focused on the track one or two metres ahead
• Shoulders vertically above or slightly forward of the hands
• Front leg knee angle approx. 90 degrees
• Rear leg knee angle approx. 120 degrees
• Feet pushed hard back into the blocks

Saturday, May 31, 2008

HBPE3303 Pengelolaan Pendidikan Jasmani











2.1 Latihan Jarak jauh perlahan dan jarak jauh sederhana
(Long Slow Distance)

Long Slow Distance (LSD) adalah suatu latihan aerobik yang memberikan kesan kepada kardiovaskular dengan melakukan senaman dalam suatu jangka masa yang panjang. Intensiti senaman ini adalah di bawah kemampuan maksimum. Cara latihan LSD ini adalah seperti berjalan pantas dan berjogging yang sangat bersesuaian bagi seseorang yang baru ingin memulakan senaman setelah berehat panjang.

Objektif:
1. Meningkatkan daya tahan kardiovaskular pengamalnya dengan pertambahan isipadu sedenyut.
2. Merendahkan kadar nadi rehat
3. Merendahkan tekanan darah
4. Meningkatkan kapasiti paru-paru.
5. Meningkatkan daya tahan otot jantung dan otot rangka pada kadar optima
6. Merendahkan peratusan lemak badan (komposisi badan) seterusnya menurunkan kadar berat badan atlit.
7. Meningkatkan kekuatan dan daya tahan otot kaki.
8. Mengurangkan kecederaan dan mempercepatkan proses pemulihan.
9. Memperbaiki taraf kecergasan peserta pada komponen kardiorespitori.

Thursday, May 29, 2008

Assignment Bermula




SOALAN TUGASAN
ARAHAN:
1. Tugasan individu ini mempunyai DUA (2) soalan. Jawab semua.
2. Tugasan akan dinilai berdasarkan kepada huraian yang tepat dan menepati
kehendak soalan disokong oleh hujah-hujah dan rujukan kepada sumber yang
boleh dipercayai .
3. Taipkan tugasan anda dengan menggunakan font ”Arial” saiz 12 dilangkau baris
1.5 pada kertas bersaiz A4.
4. Serahkan tugasan anda kepada tutor sebelum atau selewat-lewatnya pada tutorial
ke 3 (TIGA).
5. Tugasan ini menyumbang sebanyak 35% kepada gred akhir kursus.
6. Plagiarisme dalam apa jua bentuk adalah dilarang sama sekali.

Pelajar yang menyerahkan tugasan yang diplagiatkan tidak akan diterima.
Pendidikan adalah merupakan satu proses yang berterusan yang dilalui oleh
pelbagai peringkat masyarakat dengan tujuan untuk mempertingkatkan pengetahuan
dan memperoleh pengalaman dalam menghadapi cabaran yang mendatang. Melalui
pendidikan juga seseorang individu itu akan dapat mengembangkan potensinya secara
lebih holistik dan disamping mengimbangi pembentukkan individu dari segi jasmani
rohani, emosi dan intelek (JERI).

Pendidikan Jasmani (PJ) adalah merupakan matapelajaran yang diperkenalkan
di sekolah yang memiliki kesepaduan diantara domain kognitif dan domain
psikomotor. Kesepaduan ini adalah seiring dengan penerapan nilai murni yang
bertmatlamat menghasilkan insan yang menyeluruh dan seimbang dalam satu
masyarakat yang dinamis dan progresif (Asiah Abu Samah, 1993).

Berdasarkan petikan di atas anda sudah boleh memahami aspirasi dan kepentingan mata
pelajaran Pendidikan Jasmani dalam mengimbangi JERI pelajar. Melalui tugasan ini anda
diberi peluang untuk mendalami bagaimana pelaksanaan Pendidikan Jasmani dan
pelaksanaannya di sekolah rendah.Tugasan ini memerlukan anda mengkaji dan membincangkan mengenai isu dan pelaksanaan pendidikan jasmani di sekolah
Jalankan satu penelitian dan pengumpulan maklumat mengenai apa saja perbincangan
berkaitan pendidikan jasmani yang boleh didapati dari pelbagai sumber seperti internet,dokumen, pekeliling, keratan akbar dan pelbagai sumber lain.
Pendidikan adalah merupakan satu proses yang berterusan yang dilalui oleh
pelbagai peringkat masyarakat dengan tujuan untuk mempertingkatkan pengetahuan
dan memperoleh pengalaman dalam menghadapi cabaran yang mendatang.


Melalui pendidikan juga seseorang individu itu akan dapat mengembangkan potensinya secara lebih holistik dan disamping mengimbangi pembentukkan individu dari segi jasmani rohani, emosi dan intelek (JERI).Pendidikan Jasmani (PJ) adalah merupakan matapelajaran yang diperkenalkan di sekolah yang memiliki kesepaduan diantara domain kognitif dan domain psikomotor. Kesepaduan ini adalah seiring dengan penerapan nilai murni yang bertmatlamat menghasilkan insan yang menyeluruh dan seimbang dalam satu
masyarakat yang dinamis dan progresif (Asiah Abu Samah, 1993).

Berdasarkan petikan di atas anda sudah boleh memahami aspirasi dan kepentingan mata
pelajaran Pendidikan Jasmani dalam mengimbangi JERI pelajar. Melalui tugasan ini anda
diberi peluang untuk mendalami bagaimana pelaksanaan Pendidikan Jasmani dan
pelaksanaannya di sekolah rendah.
Tugasan ini memerlukan anda mengkaji dan membincangkan mengenai isu dan
pelaksanaan pendidikan jasmani di sekolah
Jalankan satu penelitian dan pengumpulan maklumat mengenai apa saja perbincangan
berkaitan pendidikan jasmani yang boleh didapati dari pelbagai sumber seperti internet,
dokumen, pekeliling, keratan akbar dan pelbagai sumber lain.
Anda perlu memilih SATU (1) tajuk yang disenaraikan di bawah. Di antara tajuk-tajuk
tersebut adalah seperti yang berikut:
i. Kemudahan peralatan dan fizikal untuk pendidikan jasmani di sekolah?
ii. Bagaimana pelaksanaannya PJ dilakukan disekolah?
iii. Struktur organisasi yang melaksanakan PJ di sekolah.
iv. Sejauh mana dan bagaimana falsafah pendidikan jasmani diterapkan di
sekolah?
v. Permasalahan dalam pengajaran dan pembelajaran PJ di sekolah.
vi. Pelaksanaan pengukuran dan penilaian diperingkat sekolah.
Panjang satu hasil penulisan ini perlu tidak melebihi dari 20 muka surat.
(35 Markah)

Saturday, April 19, 2008

MISTERI DI LEBUHRAYA

Sekadar berkongsi pengalaman sesama pembaca. Mungkin sekadar pembacaan dan ingatan kepada rakan-rakan yang suka memulakan perjalanan lewat malam di lebuhraya. Namun begitu , saya bukanlah penulis novel yang hebat, dengan bahasa yang gramatis dan menarik.Penulisan ini adalah pengalaman sebenar yang saya alami bersama isteri dan mungkin pernah berlaku kepada rakan-rakan yang lain.

Kisah ini berlaku pada tahun 1997. Ketika itu, kami menetap dan bekerja di Pahang. Setiapkali cuti persekolahan seringkali pulang ke Kedah menziarahi kedua ibubapa. Memiliki anak-anak yang masih kecil serta jarak perjalanan yang agak jauh menyebabkan aku dan isteriku memilih untuk bertolak pulang ke Kedah pada waktu malam.

Keselesaan anak-anak dan tidak meragam semasa berada dalam kenderaan. Perjalanan yang sejuk pada waktu malam serta kereta baru dengan andaian tidak mungkin rosak. Maka dengan alasan ini , kami seringkali memulakan perjalanan pada waktu malam. Pelbagai cerita misteri yang pernah kami baca dan dengar tentang perjalanan di lebuh raya. Bagiku bukan tak percaya tetapi mungkin benar terjadi kerana sikap dan niat hati manusia sendiri. Sepastinya janganlah “mulut celupar” dan “ beranggapan kitalah yang paling hebat” kerana kita bukanlah satu-satunya makhluk Allah SWT di muka bumi ini.

Sekali peristiwa , pada suatu malam (04hb Mei 1997), aku memulakan perjalanan dari Kedah untuk pulang ke Pahang setelah menghabiskan cuti selama beberapa hari di rumah orang tua. Tepat jam 11.15 malam , kami pun bertolak pulang ke Pahang. Masuk pintu Tol Utara ( Alor Setar) dan bercadang untuk keluar di pintu Tol Rawang jam 5 pagi. Kelajuan kenderaanku mengikut had laju lebuhraya. Berhenti rehat seketika di R& R Juru pada jam 12:30 malam untuk minum secawan kopi dan meneruskan perjalanan. Kebetulan pada malam itu kenderaan tidak begitu sibuk seperti biasa , masih dalam musim percutian pertengahan penggal.

Seterusnya singgah sebentar di hentian R&R Sungai Perak pada jam 1:50 pagi untuk tukar lampin anak dan minum secawan kopi, menghilangkan mengantuk. Setelah selesai dan rasa selesa untuk memulakan perjalanan , maka kami pun meneruskan perjalanan. Selepas beberapa minit bertolak dari hentian tersebut , aku dan isteri mulai perasan , terdapat sebuah kereta mengekori kami dengan kelajuan biasa. Sambil kami berbual-bual dan memperlahankan kenderaan untuk memberi laluan kepada kereta yang mengekori itu memintas kenderaan kami. Anehnya , kenderaan itu masih mengekori kereta kami.
“Mungkin nak tumpang berani agaknya”, kata isteriku. Malam yang gelap itu , aku Cuma melihat daripada cermin sisi keretaku lampunya yang bulat bersinar terang. “Porsche, barangkali…” kataku kepada isteri. Masih mengekori dan aku beri isyarat memotong namun masih mengekoriku agak rapat di belakang. “ Takkan Porsche tak potong kot! ….Biar kita ikut dia pula…“ kata isteriku. “ Rasa-rasanya macam kereta wolkswagen…” kataku kepada isteri. Selepas aku berkata demikian , tiba-tiba lampu kereta yang mengekori di belakang kenderaan kami sudah tidak kelihatan seolah-olah terpadam. “ Ke mana pula kereta tadi…?” tanyaku pada isteri. “ Mungkin dah keluar simpang Tol…”, andaian isteriku. “ Manalah ada tol lagi , dah nak sampai Terowong Menora..” balasku. “ Harap-harap kereta tadi ,tak rosak dan dapat meneruskan perjalanan seperti kita…..Insya Allah” kata-kata ikhlas isteriku. Jam menunjukkan hampir 2.25 pagi.
Setelah habis kata-kata isteriku maka aku pun memasang lampu tinggi dan menghala kereta mendaki bukit menuju ke arah terowong untuk pulang ke Pahang.

”Masya’ Allah…perempuan mana pula, tengah malam ni duduk bersandar pada penghadang jalan …?” soalku pada isteri. Pucat lesi wajah isteriku dan tangannya segera memegang tangan kiriku. “Kalau “you” pegang tangan “I” , macam mana I nak tukar gear kereta kita…” tambahku lagi. Anak-anak pula sedang tidur nyenyak. Aku cuba menenangkan isteri dan berpesan untuk tunduk melihat ke lantai kereta. “Bacalah ayat-ayat suci yang you ingat…dan ingat Allah sentiasa..”kataku. Aku memperlahankan kereta sambil membelok kenderaan ke lorong kedua…. Teringat pesan “orang-orang tua” dalam waktu kecemasan begini, ingatlah pada “Allah SWT !...Dia lah yang akan membantu kita dan janganlah berharap ada manusia akan menolong kita dan bacalah ayat-ayat Al Quran dengan tenang dan ikhlas kerana Allah. Allhamdulilah , aku dapat mengawal situasi cemas dan sempat memandang tepat ke arahnya yang sedang bersandar pada penghadang jalan seolah-olah sedang menunggu kenderaan kami mendekatinya. Tertulis kilometer 315.3 di sebelah penghadang jalan itu. Bertudung dan berbaju kurung , sedondon: warna kuning air.
Pakaian melambai-lambai di tiup angin pagi. Bentuk badan yang cantik dan cukup ayu . Namun wajahnya kosong tiada rupa…...

Alhamdullilah , kami sekeluarga selamat sampai di Pahang pada jam 6 pagi . Pengajaran untuk kami suami-isteri supaya merancang perjalanan dengan sebaik-baiknya. Perjalanan lewat malam ada kalanya memudahkan kita mengawal anak-anak tetapi biarlah balik siang hari walaupun cuacanya panas sedikit…..(pandangan sahaja).

26. "Tuhanlah sahaja Yang mengetahui Segala Yang ghaib, maka ia tidak memberitahu perkara ghaib Yang diketahuiNya itu kepada sesiapapun, -
27. "Melainkan kepada mana-mana Rasul Yang di redaiNya (untuk mengetahui sebahagian dari perkara ghaib Yang berkaitan Dengan tugasnya; apabila Tuhan hendak melakukan Yang demikian) maka ia mengadakan di hadapan dan di belakang Rasul itu malaikat-malaikat Yang menjaga dan mengawasnya (sehingga perkara ghaib itu Selamat sampai kepada Yang berkenaan).
28. "(Tuhan mengadakan malaikat-malaikat itu) supaya ia mengetahui Bahawa Sesungguhnya - (dengan jagaan mereka) - Rasul-rasul itu telah menyampaikan perutusan-perutusan Tuhan mereka, (dengan sempurna); pada hal ia memang mengetahui Dengan meliputi Segala keadaan Yang ada pada mereka, serta ia menghitung tiap-tiap sesuatu: satu persatu".

Friday, April 18, 2008




PERTANDINGAN KUIZ KESIHATAN
PERINGKAT PKG TELOK KECHAI

1. Fungsi salur separuh bulat yang terdapat pada ____________kita ialah
untuk mengimbangi badan.

A. Mata
B. Telinga
C. Hidung
D. Kulit

2. Pilih kenyataan yang TIDAK BENAR mengenai mata.

A. Anak mata akan mengecil apabila berada di tempat cerah
B. Membaca sambil berbaring boleh merosakkan mata
C. Membaca di tempat yang kurang pencahayaan boleh merosakkan mata.
D. Kornea adalah bahagian mata hitam dalam mata

3. Fungsi cecair kuning melekit dalam telinga ialah _______________

A. Memerangkap habuk
B. Mencegah daripada menjadi pekak
C. Membantu keseimbangan badan
D. Cecair pengesan bunyi perlahan

4. Fungsi Kulit adalah seperti berikut KECUALI _______________.

A. untuk mengawal
B. untuk mengawal suhu badan
C. Perkumuhan
D. Untuk perlindungan

5. Bahagian manakah yang rosak dan mengakibatkan penglihatan menjadi kabur dan buta ?

A. Retina
B. Skera
C. Koroid
D. Kornea


6. Air liur juga memulakan proses penguraian kimia dan membantu menghasilkan deria ________________ .

A. Bau
B. Rasa
C. Penglihatan
D. Dengar



7. Di bawah ini adalah penyakit berjangkit KECUALI_______________

A. Kudis
B. Panau
C. Kusta
D. Rabun warna

8. Antara bahagian badan yang berikut , manakah yang mempunyai darjah kepekaan kulit yang tertinggi ?

A. Lengan
B. Betis
C. Tapak kaki
D. Hujung jari

9. Bahagian yang manakah pada sistem saraf manusia berfungsi untuk mentafsirkan rangsangan yang dkesan oleh organ deria?

A. Otot
B. Otak
C. Saraf Deria
D. Saraf motor

10. Antara bahagian mata manusia berikut , yang manakah tidak peka
terhadap cahaya ?

A. Kornea
B. Bintik kuning
C. Bintik buta
D. Retina

11. Fungsi Iris ialah

A. menggerakkan bebola mata
B. mengubah bentuk kanta untuk memfokus cahaya
C. mengawal cahaya yang masuk ke dalam mata
D. membantu melindungi mata

12. Manusia boleh melihat objek sekecil ___________ lebar.

A. 1 mm
B. 0.1 mm
C. 0.01 mm
D. 0.001 mm


13. Trakoma sejenis penyakit berjangkit yang menyerang ____________.

A. kulit
B. hidung
C. telinga
D. mata

14. Apakah fungsi Kelopak mata ?

A. Mengeluarkan air mata dan menjaga mata daripada dimasuki cahaya
B. Menjaga mata dan bulu mata
C. Melembapkan mata dan menjaganya daripada dimasuki habuk
D. Melembapkan bulu mata dan membersihkan mata






Soalan : Subjektif
Tajuk : Organ mata , telinga , hidung , kulit

1. Telinga dibahagikan kepada berapa bahagian ?

Jawapan : 3 bahagian

2. Namakan saraf yang mengahantar maklumat dari mata ke otak.

Jawapan : Saraf optik

3. Namakan organ kecil berbentuk lengkaran seperti yang terdapat
di dalam telinga.

Jawapan : Koklea ( cochlea )

4. Untuk menjaga kebersihan gigi yang betul kita mesti mendapat rawatan secara berkala sekurang-kurangnya ………………sekali .

Jawapan : 6 bulan .



Jawapan Objektif :

Soalan Jawapan Soalan Jawapan Soalan Jawapan
1 B 6 B 11 C
2 B 7 D 12 B
3 A 8 D 13 D
4 A 9 B 14 C
5 D 10 C

JAWAPAN KIPSP

NOTIS MAKLUMAN UTK PENGHUNI KIP SEBERANG PERAK.
TAJUK : PERTEMUAN SETIAUSAHA KIPSP DENGAN PENASIHAT
PERTUBUHAN KEBAJIKAN WARGA KIPSP
TN.HJ AZAMUDDIN BIN HJ AHMAD
BERKAITAN SOALAN OLEH PENGHUNI DAN JAWAPAN
OLEH PENASIHAT / PPD UNIT PEMBANGUNAN DAN BEKALAN.
TARIKH : 11 FEBUARI 2007
MASA : 2.30 PETANG
TEMPAT : BILIK PPD UNIT PEMBANGUNAN DAN BEKALAN


1. SOALAN PENGHUNI KIPSP :
PERMOHONAN MENDUDUKI RUMAH DAN PENGAMBILAN KUNCI RUMAH OLEH PENGHUNI BARU.

JAWAPAN : TN HJ AZAMMUDDIN HJ AHMAD
SEMUA URUSAN MESTILAH MELALUI PPD KOTA STAR.
PENGAMBILAN / PENYERAHAN KUNCI MESTILAH DI BAWAH URUSAN DAN PENGETAHUAN PPD (UNIT PEMBANGUNAN DAN BEKALAN).
JAWATANKUASA KIPSP TIDAK ADA HAK UNTUK MENYIMPAN, MEMEGANG ATAU MENERIMA KUNCI WAKIL KEPADA PEMOHON KIPSP.


2. SOALAN PENGHUNI KIPSP:
PERTUKARAN / PERPINDAHAN UNIT RUMAH OLEH PENGHUNI DAN KEUTAMAAN UNIT TINGKAT BAWAH KIPSP DI KALANGAN PENGHUNI.

JAWAPAN: TN HJ AZAMUDDIN BIN HJ AHMAD
SEBARANG PERMOHONAN UNTUK TUKAR UNIT RUMAH MESTILAH MELALUI PPD (UNIT PEMBANGUNAN/BEKALAN)
KEUTAMAAN TINGKAT BAWAH UNTUK PENGHUNI BERKELUARGA
(BERKAHWIN).
PEGAWAI BUJANG TIDAK LAYAK MENDUDUKI UNIT BAWAH MELAINKAN MENDAPATKAN SURAT SOKONGAN PPD SENDIRI.



3. SOALAN PENGHUNI KIPSP:
MASALAH PARKING KENDERAAN PENGHUNI.
PEREBUTAN PETAK PARKING ANTARA PENGHUNI.

JAWAPAN: TN HJ AZAMUDDIN BIN HJ AHMAD
SETIAP PENGHUNI LAYAK UNTUK SATU PETAK PARKING SAHAJA.
PENGHUNI AWAL DIBERI KEUTAMAAN SATU PETAK DAN SELEBIHNYA ADALAH HAK UNIT PENGHUNI LAIN.










4. SOALAN PENGHUNI KIPSP:
PONDOK OPERASI AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR
( MIDNIGHT CORNER)

JAWAPAN: TN HJ AZAMUDDIN BIN HJ AHMAD
SEKIRANYA PEMBINAAN PONDOK INI MEMBAWA KEBAIKAN , MENCEGAH MASALAH KECURIAN DAN MENCEGAH KEMUNGKARAN MAKA SAYA AMAT MENYOKONG FUNGSI PONDOK INI.SAYA GEMBIRA APABILA MENDAPAT TAHU BAHAWA BERBAGAI MASALAH TELAH DAPAT DIATASI SETELAH PONDOK JAGA DAN PONDOK OPERASI INI DILAKSANAKAN.


5. SOALAN PENGHUNI KIPSP:
SURAT LAYANG DAN AMALAN SIHIR/ JAMPI SIAM DI KALANGAN PENGHUNI SESAMA PENGHUNI.

JAWAPAN: TN HJ AZAMUDDIN BIN HJ AHMAD
MASYA ‘ALLAH…… MANUSIA JENIS APAKAH YANG MELAKUKAN PERBUATAN INI….APAKAH TINDAKAN JK KIPSP….?

TINDAKAN JK KIPSP :
PIHAK KAMI AKAN MENGADAKAN MAJLIS BACAAN YASSIN DAN SOLAT SUNAT HAJAT SETIAP KHAMIS MALAM JUMAAT (MULAI DISEMBER 2006 HINGGA KINI ) DI SURAU KIPSP..MEMOHON MANUSIA YANG TERLIBAT KEMBALI KE PANGKAL JALAN ATAU KEMBALI KEPADA ALLAH S.W.T…(INSYA’ALLAH)

6. SOALAN PENGHUNI KIPSP:
ISU MAKSIAT , PECAH MASUK RUMAH JIRAN DAN KARAOKE YANG MENGGANGGU IKATAN KEJIRANAN.


JAWAPAN: TN HJ AZAMUDDIN BIN HJ AHMAD
SILA CATATKAN MAKLUMAT DAN NAMA PENGHUNI TERLIBAT DAN SERAHKAN KEPADA SAYA UNTUK DI AMBIL TINDAKAN SUSULAN.
FAHAMILAH AMALAN KEJIRANAN DAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI PENGHUNI KIPSP.
SAYA BERSETUJU SUPAYA PIHAK JAWATANKUASA KIPSP MENGAMBIL TINDAKAN DENGAN MELIBATKAN KERJASAMA PIHAK JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH DAN POLIS DIRAJA MALAYSIA….




SEMOGA TUAN / PUAN BERPUASHATI DENGAN JAWAPAN OLEH PENASIHAT PERTUBUHAN WARGA KIPSP….

MESYUARAT AGUNG KIPSP

PERSATUAN WARGA KUARTERS INSTITUSI PENDIDIKAN SEBERANG PERAK
Minit Mesyuarat Agung Kali Pertama
Tarikh : 12 Ogos 2006
Masa : 2.30 petang
Kehadiran : 45 / 77
Tempat : Surau KISP
Perasmian : Tn.Hj Azamuddin Bin Haji Ahmad
PPPD Kota Setar.




Bil Perkara / Agenda / Minit Mesyuarat Tindakan
1 Ucapan Aluan Pengerusi Penaja KISP
1.1 Pengerusi Penaja mengucapkan terimakasih kepada semua
penghuni yang hadir
1.2 Mencadangkan mesyuarat diteruskan walaupun kehadiran tidak
memuaskan.

2 Membentang Penyata Kewangan Penaja KISP 2005/2006
2.1 Bendahari (En.Abdul Halim Bin Mansor ) meminta semua ahli
merujuk penyata kewangan yang diberikan.
2.2 Bendahari membentangkan penyata kewangan mulai 1 Mac
2005 dan Berakhir pada 31 Julai 2006 .
2.3 En.Abdullah meinta penjelasan tentang jumlah penyata
pendapatan yang tidak seimbang .
2.4 En.Abdul Halim membuat pembetulan jumlah penyata pendapatan
1 JANUARI 2006 hingga 31 JULAI 2006.Jumlah pendapatan
sebenar adalah RM 22 705.57 bukannya RM14 146.30
(Rujuk Lampiran A Kewangan )
2.5 En.Abdul Rashid (D-1-3) meminta penyata disahkan dengan
pindaan dan disokong oleh En.Firdaus Zainol (H-1-2).

3 Melantik Ahli Jawatankuasa Penaja KISP 2006/2007
3.1 Melantik Pengerusi Mesyuarat
3.1.1 Pn.Normala Binti Hashim
3.1.2 Pengerusi meminta penama KISP sahaja yang boleh dilantik
sebagai ahli jawatankuasa baru.
3.2 Perlantikan Pengerusi KISP 2006/2007
3.2.1 En.Abdul Rashid mencadangkan
En.Ishak Hashim sebagai Pengerusi
Sokongan: Pn.Norzita Binti Md Daud.
3.2.2 Pn.Vitna Salmiza mencadangkan
Pn.Normala Bt Hashim
Sokongan : Pn.Krishnan Veni a/p Kanan.
3.2.3 Pn.Norzita mencadangkan cadangan ditutup
Sokongan Sebulat suara.
3.2.4 Keputusan : Pengerusi Encik Ishak Bin Hashim
3.3 Perlantikan Setiausaha
3.3.1 En.Ishak mencadangkan
En.Abdul Rashid Bin Mohd Kassim
Sokongan : Pn.Rokiah
Cadangan diterima sebulat suara.


Bil Perkara / Agenda / Minit Mesyuarat Tindakan
3.4 Perlantikan Penolong Setiausaha
3.4.1 En.Abdul Rashid mencadangkan
Pn.Norzita Binti Md Daud
Disokong : Pn.Norliana
Cadangan diterima sebulat suara
3.5 Perlantikan Bendahari
3.5.1 Pn.Vitna Salmiza mencadangkan
Pn.Normala Binti Hashim
Disokong : En.Abdul Rashid
Cadangan diterima sebulat suara

3.6 Perlantikan 10 AJK KIPS baru
3.6.1 Pengerusi (En.Ishak Bin Hashim) mencadangkan perlantikan
Ahli jawatankuasa dan pemeriksa kira-kira dilantik oleh Jawatankuasa Induk
Disokong sebulat suara.
3.7 Perlantikan Pemeriksa Kira-kira
Pn.Normala Binti Hashim mencadangkan
En.Firdaus dan Encik Anuar
Cadangan disokong sebulat suara.

4 Membahaskan Usul-usul
4.1 - Encik Ishak Bin Hashim mencadangkan usul :
Pindaan Undang-undang pertubuhan KIPS dibuat , dikaji dan
dinilai semula mengikut kesesuaian semasa
oleh Jawatankuasa KIPS 2006/2007.
4.1.1 -Pindaan Alamat dan tempat urusan
Cadangan : B-1-3 KIPS
4.1.2 -Pindaan Keahlian Penama / Pasangan
4.1.3 -Pindaan Yuran RM20 kepada RM15
4.1.4 -Pindaan Kewangan ,Tabung Yuran keahlian dan Kebajikan
Yuran RM15 dibahagikan kepada RM10 keahlian dan RM5
Tabung Kebajikan ahli.
4.1.5 Akaun Tabungan Persatuan dibuka di Bank Islam Cawangan
4.1.5 Alor Star ,Kedah ; melibatkan tiga penama / tandatangan Pengerusi , Setiausaha dan Bendahari. Untuk pengeluaran Wang Akaun Tabungan sama ada bentuk cek atau melalui buku bank maka tandatangan 2 daripada 3 penama tersebut di atas diperlukan.
4.1.6 Akaun Tabungan Kebajikan dibuka di BCB melibatkan
penama Pengerusi,Setiausaha dan Ketua Biro Kebajikan.
4.1.7 Untuk pengeluaran Wang Akaun Tabungan sama ada bentuk
4.1.8 cek atau melalui buku bank maka tandatangan 2 daripada 3
4.1.9 penama tersebut di atas diperlukan.

4.1.10 Pindaan Kelayakan Keanggotaan Jawatankuasa Induk
dan Ahli jawatankuasa.

Di sokong sebulat suara.




4.2 Usul Kebajikan dan Program : Pn. Norzita Hj Abu Mansor.
Majlis Sambutan Keagamaan , Usrah , Hari Keluarga ,
Sambutan Hari Raya
4.2.5 Pengerusi bersetuju dengan cadangan dan akan dibincangkan
dalam mesyuarat jawatankuasa untuk perlaksanaan.
Disokong sebulat suara.

4.3 Usul Keselamatan dan Keselesaan Penghuni
Pengawal Keselamatan, Kerosakan Unit ,dan Kebersihan.
Oleh : Hassanuddin Bin Senapi (F-3-1)
Telah dijelaskan oleh PPPD dalam ucapan perasmian
Pengerusi mengingatkan penyelengaraan oleh Syarikat Bertanggungjawab , berakhir bulan September 2006.

Disokong sebulat suara.



Pengerusi



Setiausaha
Bil Perkara / Agenda / Minit Mesyuarat Tindakan
5 Hal-hal lain
5.1 Bendahari -Pn.Normala menyatakan stiker kenderaan penghuni KIPS akan diberikan percuma 2 stiker setiap unit
( 1 untuk motosikal dan 1 untuk kereta) . Bayaran akan dikenakan
untuk stiker tambahan.
Yuran hendaklah dijelaskan RM20 sehingga keputusan pindaan
diterima oleh jawatankuasa daripada Pendaftar Pertubuhan

5.2 Encik Abdullah meminta Jawatankuasa Baru akan lebih
berkerjasama dan berhemah dalam membuat sesuatu keputusan.
Urusan dan penyata kewangan perlulah dibuat dengan teliti demi kepentingan semua pihak.

5.3 Encik Mazlan meminta Jawatankuasa dapat berkerjasama dalam
membuat sesuatu keputusan serta bertindak sejajar dengan
kredibiliti dan professionalisme penghuni KIPS di mata
masyarakat.Pindaan pertubuhan perlu dibuat sekiranya
kepentingan penghuni terabai dan menyulitkan pengurusan
Jawatankuasa pertubuhan KIPS untuk bertindak.

6 Ucapan Penangguhan
6.1 Pengerusi KIPSP Baru En.Ishak Bin Hashim mengucapkan
Terimakasih kepada semua pihak yang memberikan sokongan

Mesyuarat ditangguhkan pada Jam 5.30 petang
Disediakan oleh : Disahkan oleh :

……………………………… ……………………..
(ABDUL RASHID BIN MOHD KASSIM) ( ISHAK BIN HASHIM )














BADAN KEBAJIKAN KUARTERS INSTITUSI PENDIDIKAN SEBERANG PERAK
B-1-3, KUARTERS INTITUSI PENDIDIKAN SEBERANG PERAK,
LORONG INAI 13 OFF JALAN TERATAI,
05050 ALOR STAR, KEDAH DARUL AMAN.

RINGKASAN LAPORAN KEWANGAN
BAKI PADA 1 MAC 2005

PENDAPATAN JUMLAH (RM) PERBELANJAAN JUMLAH (RM)
Yuran ahli RM 19 819.00 JKR Air RM 8 944 .70
Derma RM 955.00 Mesin rumput kawasan RM 1 750 .00
Kutipan Duit Air RM 6 703.90 Alatan Surau /Kawasan RM 2 971 .75
Jamuan Surau RM 471 .00
Air Bayar Pada PPD RM 4 784.18

JUMLAH RM 27 477.90 JUMLAH RM 18 918 .63
BAKI pada 31.12.05 RM 8 559.27


RINGKASAN LAPORAN KEWANGAN
BAKI PADA 1 JAN 2006


PENDAPATAN JUMLAH (RM) PERBELANJAAN JUMLAH (RM)
Baki 1Jan 2006 RM 8 559.27 JKR Air RM 6 200. 00
Yuran Ahli RM 10 415.00 Mesin rumput kawasan RM 1 880 .00
Kutipan Duit Air RM 3 731.30 Alatan Surau /Kawasan RM 2 551 .75
Jamuan Surau RM 1 415 .80
Air Bayar Pada PPD

JUMLAH RM 22 705.57 JUMLAH RM 12 054 .50
BAKI pada 31.07.2006 RM 10 651. 07
















BADAN KEBAJIKAN KUARTERS INSTITUSI PENDIDIKAN SEBERANG PERAK
B-1-3, KUARTERS INTITUSI PENDIDIKAN SEBERANG PERAK,
LORONG INAI 13 OFF JALAN TERATAI,
05050 ALOR STAR, KEDAH DARUL AMAN.
____________________________________________________________________________
Rujuk : 0121-06-KDH/KIPSP/19/2006 (1)
Tarikh : 20 Ogos 2006


KEPADA:
Penasihat KIPSP
Tn. Hj Azamuddin Bin Hj. Ahmad
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kota Setar,
Pejabat Pelajaran Daerah Kota Setar,
Lebuhraya Sultanah Bahiyah,
05300 Alor Star,
Kedah.


Tuan,

MEMOHON UNIT B-1-3 KIPSP SEBAGAI PEJABAT DAN STOR
BADAN KEBAJIKAN KUARTERS INSTITUSI PENDIDIKAN SEBERANG PERAK
Perkara di atas adalah di rujuk .

2. Tujuan pihak kami memohon unit B-1-3 adalah untuk memudahkan urusan pentadbiran badan kebajikan KIPSP serta dapat menguruskan perjalanan pertubuhan ini dengan lebih kemas dan teratur selaras dengan profesionalisme pendidikan.

3. Pihak kami amat berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat memberikan persetujuan dan perhatian di atas permohonan ini.

Kerjasama dan sokongan pihak tuan amat kami hargai.


Sekian , terima kasih.


YANG MENJALANKAN TUGAS


………………………………………
Pengerusi ,
Persatuan Warga Kuarters
Institusi Pendidikan Seberang Perak.


Sk. Fail timbul



BADAN KEBAJIKAN KUARTERS INSTITUSI PENDIDIKAN SEBERANG PERAK
B-1-3, KUARTERS INTITUSI PENDIDIKAN SEBERANG PERAK,
LORONG INAI 13 OFF JALAN TERATAI,
05050 ALOR STAR, KEDAH DARUL AMAN.
____________________________________________________________________________
Rujuk : 0121-06-KDH/KIPSP/19/2006 (2)
Tarikh : 20 Ogos 2006

“JIRAN SEPAKAT MEMBAWA BERKAT”

Kepada :
____________________________

____________________________

____________________________

Tuan / Puan ,
Notis Mesyuarat Jawatankuasa KIP SEBERANG PERAK KALI KEDUA
Mesyuarat Jawatakuasa KIPSP kali Kedua 2006
Tarikh : 07 SEPTEMBER 2006
Masa : 9.15 malam ( Khamis Malam)
Tempat : Surau KIPS

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dengan segala hormat dan sembah takzim, mempersilakan tuan / puan untuk hadir ke mesyuarat tersebut demi kepentingan dan kebajikan bersama.

3. Kehadiran tuan / puan amat dihargai dan dapat menyemarakan lagi kesepakatan serta dapat menyumbangkan idea bernas dan profesionalisme kerja terhadap seluruh warga KIPS.


Kerjasama dan perhatian tuan / puan amat disanjung tinggi.

Sekian , terima kasih.

…………………………………………….
(ABDUL RASHID BIN MOHD KASSIM)
Setiausaha,
Persatuan Warga Kuarters Institusi Pendidikan
Seberang Perak.

AGENDA :
1. Aluan Pengerusi
2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat Kali 2
3. Kewangan – Laporan Terkini (Bendahari)
4. Perkara Berbangkit
5. Hal-hal lain.
6. Penangguhan Mesyuarat


BADAN KEBAJIKAN KUARTERS INSTITUSI PENDIDIKAN SEBERANG PERAK
B-1-3, KUARTERS INTITUSI PENDIDIKAN SEBERANG PERAK,
LORONG INAI 13 OFF JALAN TERATAI,
05050 ALOR STAR, KEDAH DARUL AMAN.
____________________________________________________________________________
Rujuk : 0121-06-KDH/KIPSP/19/2006 (3)
Tarikh : 20 Ogos 2006

“JIRAN SEPAKAT MEMBAWA BERKAT”
Kepada :

____________________________

____________________________

____________________________

Tuan / Puan ,

PERLANTIKAN SEBAGAI KETUA BLOK DAN BIRO KECIL
PERSATUAN WARGA KUARTERS INSTITUSI PENDIDIKAN
SEBERANG PERAK, ALOR STAR KEDAH DARULAMAN
Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Di atas pemerhatian Jawatankuasa Induk dan sumbangan tenaga profesionalisme tuan/puan
terhadap warga KIPSP maka pihak kami dengan ini melantik :

i. Nama :________________________________________
ii. Alamat : Blok _________
Kuarters Institusi Pendidikan Seberang Perak,
Lorong Inai 13 Off Jalan Teratai,
05050 Alor Star,
Kedah Darul Aman.


3. Kemahiran dan kepakaran Tuan/ Puan amat kami perlukan bagi menggerakkan perjalanan Persatuan KIPSP ini.Sesungguhnya sumbangan tenaga bakti tuan / puan amat kami hargai dan sanjung tinggi. Semoga diberikan balasan baik oleh Allah S.W.T. Insya’allah.

Sekalung Budi , Sejunjung Kasih di atas kerjasama yang tuan / puan berikan .



Saya Yang Menjalankan Tugas, Saya Yang Menjalankan Tugas ,

………………………………… …………………………………..
(ISHAK BIN HASHIM) (ABDUL RASHID BIN MOHD KASSIM)
Pengerusi , Setiausaha ,
Persatuan Warga Kuarters Institusi Pendidikan KIP Seberang Perak.
Seberang Perak.






BADAN KEBAJIKAN KUARTERS INSTITUSI PENDIDIKAN SEBERANG PERAK
B-1-3, KUARTERS INTITUSI PENDIDIKAN SEBERANG PERAK,
LORONG INAI 13 OFF JALAN TERATAI,
05050 ALOR STAR, KEDAH DARUL AMAN.
____________________________________________________________________________
Rujuk : 0121-06-KDH/KIPSP/19/2006 (4)
Tarikh : 22 Ogos 2006

“JIRAN SEPAKAT MEMBAWA BERKAT”

Kepada :

BIL NAMA UNIT TANDATANGAN
1 En.Ishak Bin Hashim –Pengerusi KIPSP B-1-1
2 En.Abdul Rashid Bin Mohd Kassim–S.Usaha KIPSP D-1-3
3 Pn. Norzita Binti Abu Mansor P.S/Usaha A– 2-3
4 Pn.Normala Binti Hashim Bendahari A -1-4
5 Wakil Blok A : Ustaz Zahir A 2-1
6 Wakil Blok B : Kamal B-1-2
7 Wakil Blok C : Habshah C-5-3
8 Wakil Blok D : En.Saiful Nizam Muhamad Sabri D-2-3
9 Wakil Blok E : Encik Aznan Bin Saidin E-1-4
10 Wakil Blok F : Encik Anuar Bin Ahmad F-1-2 019-4546822
11 Wakil Blok G : En.Hussain Bin Mohd Akhir G-1-3
12 Wakil Blok J : Mohd Tarmizi Bin Ali Bullah J-2-1 013-5034713
13 Wakil Blok H : Encik Fisol Bin Embi H-2-4
14 Wakil Blok K : Pn.Norizah Bt Md Daud K-2-3
15 Biro sukan : Hassanudin Bin Senapi F-3-1 012-4143498



Tuan / Puan ,
Notis Mesyuarat Jawatankuasa KIP SEBERANG PERAK KALI PERTAMA
Mesyuarat Jawatakuasa KIPSP kali Pertama 2006
Tarikh : 26 OGOS 2006
Masa : 2.30 petang
Tempat : Surau KIPSP


AGENDA :
1. Aluan Pengerusi
2. Membincang dan meneliti minit mesyuarat Agung 2006
3. Kewangan – Laporan Terkini (Bendahari)
4. Perlantikan Ketua Biro Kecil dan AJK berkaitan
5. Hal-hal lain.
6. Penangguhan Mesyuarat




PERSATUAN WARGA KUARTERS INSTITUSI PENDIDIKAN SEBERANG PERAK
Minit Mesyuarat AJK Kali Pertama
Tarikh : 26 Ogos 2006
Masa : 2.30 petang
Tempat : Surau KISP
Kehadiran :
Nama ahli Jawatankuasa KIPSP Kehadiran
En.Ishak Bin Hashim –Pengerusi KIPSP Hadir
En.Abdul Rashid Bin Mohd Kassim–S.Usaha KIPSP Hadir
Pn. Norzita Binti Abu Mansor P.S/Usaha Hadir
Pn.Normala Binti Hashim Bendahari Hadir
Wakil Blok A : Ustaz Zahir Hadir
Wakil Blok B : Kamal Tidak hadir / ada urusan
Wakil Blok C : Hjh. Habshah Binti Musa Hadir
Wakil Blok D : En.Saiful Nizam Muhamad Sabri Tidak hadir / ada urusan
Wakil Blok E : Encik Aznan Bin Saidin Tidak hadir / ada urusan
Wakil Blok F : Encik Anuar Bin Ahmad Hadir
Wakil Blok G : En.Hussain Bin Mohd Akhir Tidak hadir / ada urusan
Wakil Blok J : Mohd Tarmizi Bin Ali Bullah Hadir
Wakil Blok H : Encik Fisol Bin Embi Tidak hadir / ada urusan
Biro sukan : Hassanudin Bin Senapi Hadir


AGENDA :
2. Aluan Pengerusi
2. Membincang dan meneliti minit mesyuarat Agung 2006
3. Kewangan – Laporan Terkini (Bendahari)
4. Perlantikan Ketua Biro Kecil dan AJK berkaitan
5. Hal-hal lain.
6. Penangguhan Mesyuarat

Agenda Perkara / Minit Mesyuarat Tindakan
1 Ucapan Aluan Pengerusi
1.1- Terima kasih kepada ahli-ahli yang hadir.Bersama-sama
merancang dan menggerakkan persatuan untuk kebaikan
dan kepentingan semua.
1.2 - Perancangan yang dibuat mestilah dibincangkan bersama
serta mendapat mandat daripada Jawatankuasa supaya
tindakan dan perlaksanaan tidak bercanggah dengan kehendak
dan kepentingan ahli.
1.3- Masalah dan perkara berbangkit yang disuarakan oleh ahli
akan diselesaikan secara berhemah.Bersama-sama berusaha
untuk merapatkan hubungan persaudaraan dan
pemuafakatan sesama ahli.




1

2 Membincangkan dan Meneliti minit mesyuarat Agung 2006
2.1 –Membahaskan Usul-usul ahli
Alamat dan Pejabat Pertubuhan KIPSP akan dipinda
berdasarkan alamat B-1-3 dan segala urusan akan beroperasi
sepenuhnya di alamat tersebut setelah selesai baik pulih unit
oleh pihak yang bertanggungjawab.
2.2 - Yuran keahlian RM20.00 akan ditamatkan pada hingga
OKTOBER 2006. November dan Disember tidak dikutip
untuk memberikan peluang kepada ahli-ahli menjelaskan
YURAN TERTUNGGAK.

2.3 – Yuran RM15 akan dipunggut bermula JANUARI 2007
Manakala Tabungan kebajikan RM5 akan bermula
OKTOBER 06.
2.4- Mana-mana ahli yang lewat/ gagal menjelaskan Yuran
Tertunggak tidak layak memperolehi hak Tabungan
Kebajikan.
2.5- Yuran Pengurusan RM10 setiap ahli akan dimasukkan di
Public Bank Jalan Kota dan Tabungan Kebajikan RM5 akan
dimasukkan di Bank Bumiputra Commerce Jalan Pegawai.
2.6- Yuran Pengurusan Akaun RM10 dengan tiga(3) penama
Pengerusi,Setiausaha dan Bendahari akan dibuka bagi urusan
kewangan/ cek Persatuan.
Manakala Tabungan Kebajikan RM5 dengan tiga (3) penama
Pengerusi,Setiausaha dan Ketua Biro Kebajikan .
2.7- Pindaan peraturan dan undang-undang pertubuhan akan dibuat
serta dibentangkan dalam satu majlis dialog antara penghuni
pada 16 september 2006 pada jam 5.00 petang di kawasan
surau KIPSP.
2.8- Penama dan pasangan atau penghuni dicadangkan layak
menyertai ahli jawatankuasa. Jawatan esekutif utama tetap
terhad kepada penama KIPSP sahaja.


3












Kewangan –Laporan Terkini oleh Bendahari
3.1- Pembetulan penyata kewangan oleh Bendahari
Rujuk Lampiran Kewangan oleh Bendahari
3.2- Pengerusi berharap Lampiran Kewangan dapat diperincikan
mengikut item perbelanjaan dan pendapatan bagi
mengelakkan salah faham tentang pengurusan akaun.
3.3– Bendahari akan mempamirkan laporan kewangan bulanan
pada papan makluman di setiap blok untuk pengetahuan ahli-
ahli.
3.4- Mulai Januari 2007 , resit pembayaran bil Air dan resit
pembayaran Pengurusan (Maintenance) akan dikeluarkan
kepada ahli secara berasingan.
3.5- Ahli-ahli yang tertunggak Yuran dan Bil Air akan
dibincangkan bentuk tindakan dalam mesyuarat ke 2 AJK
pada 9 September 2006 ini.

2
4 Perlantikan Ketua Biro Kecil dan AJK berkaitan
4.1 Biro Pendidikan dan Penerangan
Ketua : En.Saiful Nizam Muhamad Sabri
Naib ketua :


4.15 Biro Sukan dan Rekreasi
Ketua :En.Hassanuddin Bin Senapi
Naib Ketua :
4.16 Biro Keceriaan Dan Kebersihan
Ketua : En.Hussain Bin Md Akhir
Naib Ketua :
4.17 Biro Agama
Ketua : Ustaz Zahir
Naib.Ketua: Ishak Bin Hashim
4.18 Biro Ehwal Wanita
Ketua :Hjh Habshah Binti Musa
N.Ketua : Pn.Norzita Binti Mansor
4.19 Biro Ekonomi
Ketua: En.Fisol Bin Emby
Naib Ketua ;
4.20 Biro Peralatan Dan Kelengkapan
Ketua : En.Tarmizi Ali Bullah
Naib ketua :
4.21 Biro Kebajikan dan Sosial
Ketua : En.Kamal
Naib Ketua:
4.22 Biro Pembangunan
Ketua : En.Anuar Bin Ahmad
N.Ketua: En Aznan Bin Saidin


5 Hal-hal Lain
5.1 Pengerusi : Majlis Dialog akan mengenai perubahan Peraturan
dan undang-undang Pertubuhan akan diadakan pada
“MAJLIS DIALOG DAN TAKLIMAT PENGURUSAN
KISP”
Tarikh : 16.09.2006
Masa : 5.00 petang
Tempat : Hadapan Surau

5.2 Ceramah Israk-Mikraj
Tarikh : 28 OGOS 2006
Masa : Lepas Maghrib
Tempat : Surau KIPSP

5.3 Bendahari : UPAH BACA METER RM20.00
Dipersetujui oleh semua AJK



3

5.4 En.Anuar cadangkan Elaun Saguhati Bulanan untuk
Pengerusi,Setiausaha ,Bendahari diberikan bagi kos telefon
dan urusan berkaitan pertubuhan KIPSP.

5.5 Setiausaha : Pembukaan cek Persatuan di Public Bank: Pengerusi,Setiausaha ,Bendahari pada 29.08.2006


5.6 Pengerusi : Yuran Bulanan KIPSP akan ditamatkan kutipan
pada akhir bulan Oktober 2006 dengan bayaran RM20.00
untuk memberikan peluang kepada ahli yang tertunggak
menyelesaikan bayaran sebelum DISEMBER 2006.
5.7 Tabung Kebajikan bermula OKTOBER 2006 khusus untuk
ahli yang menjelaskan YURAN SEPENUHNYA:
i) Saguhati Kecemerlangan Pendidikan
ii) Khairat kematian / Kesihatan
iii) Kemalangan
5.8 Ketua Biro diminta membuat Perancangan aktiviti untuk
dibentangkan kepada AJK dan dimaklumkan kepada ahli-ahli.
5.9 Bazaar Ramadhan : Surat Makluman akan dikeluarkan untuk
mendapat maklum balas ahli-ahli dan peserta luar.


Mesyuarat ditangguhkan pada JAM 5.10 petang





Disediakan oleh : Disahkan oleh :

……………………………… ……………………..
(ABDUL RASHID BIN MOHD KASSIM) (ISHAK BIN HASHIM)











4





BADAN KEBAJIKAN KUARTERS INSTITUSI PENDIDIKAN SEBERANG PERAK
B-1-3, KUARTERS INTITUSI PENDIDIKAN SEBERANG PERAK,
LORONG INAI 13 OFF JALAN TERATAI,
05050 ALOR STAR, KEDAH DARUL AMAN.
____________________________________________________________________________
Rujuk : 0121-06-KDH/KIPSP/19/2006 (6)
Tarikh : 28 Ogos 2006

“JIRAN SEPAKAT MEMBAWA BERKAT”
Kepada :

PENGHUNI KIPSP
PENIAGA MAKANAN BERLESEN
DAN AHLI-AHLI YANG BERMINAT


Tuan / Puan ,

MAKLUMAN BAZAAR RAMADHAN 2006M / 1427H
TARIKH PERMULAAN PERNIAGAAN :
24 SEPTEMBER 2006 / 1 RAMADHAN 1427 H
TEMPAT :
TAPAK LETAK KERETA SUDUT KIRI PINTU HADAPAN
KUARTERS INSTITUSI PENDIDIKAN
SEBERANG PERAK, ALOR STAR KEDAH DARULAMAN
Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sekiranya pihak Tuan/Puan berminat untuk menyertai aktiviti / perniagaan ini ,
dapatkan borang penyertaan di alamat :

Setiausaha Abdul Rashid Mohd Kassim D-1-3
atau
En.Fisol Bin Emby (Ketua Biro Ekonomi ) H-2-4
Kuarters Institusi Pendidikan Seberang Perak,
Lorong Inai 13 Off Jalan Teratai,
05050 Alor Star,
Kedah Darul Aman.

Sesungguhnya kerjasama tuan / puan amat kami hargai dan sanjung tinggi. Semoga diberikan balasan baik oleh Allah S.W.T. Insya’allah.

Sekalung Budi , Sejunjung Kasih di atas kerjasama yang tuan / puan berikan .


Saya Yang Menjalankan Tugas, Saya Yang Menjalankan Tugas ,



………………………………… …………………………………..
(ISHAK BIN HASHIM) (ABDUL RASHID BIN MOHD KASSIM)
Pengerusi , Setiausaha ,
Persatuan Warga Kuarters Institusi Pendidikan KIP Seberang Perak.
Seberang Perak.
BADAN KEBAJIKAN KUARTERS INSTITUSI PENDIDIKAN SEBERANG PERAK
B-1-3, KUARTERS INTITUSI PENDIDIKAN SEBERANG PERAK,
LORONG INAI 13 OFF JALAN TERATAI,
05050 ALOR STAR, KEDAH DARUL AMAN.
____________________________________________________________________________
Rujuk : 0121-06-KDH/KIPSP/19/2006 (7)
Tarikh : 28 Ogos 2006

Borang Penyertaan :

BAZAAR RAMADHAN 2006M / 1427H
TARIKH PERMULAAN PERNIAGAAN :
24 SEPTEMBER 2006 / 1 RAMADHAN 1427 H
TEMPAT :
TAPAK LETAK KERETA SUDUT KIRI PINTU HADAPAN
KUARTERS INSTITUSI PENDIDIKAN
SEBERANG PERAK, ALOR STAR KEDAH DARULAMAN

BAYARAN MENGIKUT LOT : 1 LOT RM 3/Hari
BAYARAN DEPOSIT : RM 30

Tuan,

Nama Peserta : _____________________________________
ALAMAT : _____________________________________
_____________________________________
_____________________________________

No.Lesen Perniagaan (Jika ada): __________________________
Jenis Perniagaan yang di jalankan : Makanan / Minuman / ____________
Pengalaman Berniaga : _____________________________


……………………………Kegunaan Urusetia……………………………….
Kepada :
_________________________
_________________________
_________________________

Permohonan Tuan / Puan : ……………………………………………..
Telah diterima / ditolak dan no petak perniagaan ialah ______________
Bayaran deposit RM________ ( )


Sekian , terima kasih ,

……………………….
BADAN KEBAJIKAN KUARTERS INSTITUSI PENDIDIKAN SEBERANG PERAK
B-1-3, KUARTERS INTITUSI PENDIDIKAN SEBERANG PERAK,
LORONG INAI 13 OFF JALAN TERATAI,
05050 ALOR STAR, KEDAH DARUL AMAN.
____________________________________________________________________________
Rujuk : 0121-06-KDH/KIPSP/19/2006 (8)
Tarikh : 05 SEPTEMBER 2006


KEPADA:
Pengarah Pelajaran Kedah,
Jabatan Pelajaran Kedah DarulAman,
05300 Alor Star,
Kedah.
U.p: Tn Hj Mohd Yusof Bin Sulaiman
Unit Perkhidmatan JPN

Tuan,

MEMOHON PERABOT TERPAKAI / HAPUS KIRA UNTUK
BADAN KEBAJIKAN KUARTERS INSTITUSI PENDIDIKAN SEBERANG PERAK
Perkara di atas adalah di rujuk .

2. Pihak kami memohon jasa baik pihak tuan untuk meluluskan permohonan perabot terpakai yang telah dihapus kira untuk kegunaan pertubuhan ini . Alatan yang diperlukan adalah:
i. 2 unit meja pejabat terpakai.
ii. 12 unit kerusi
iii. 1 unit almari fail besi
iv. 1 unit papan tulis / whiteboard

3. Tujuan permohonan ini adalah untuk melengkapkan bilik operasi dan memudahkan urusan pentadbiran badan kebajikan KIPSP serta dapat menguruskan perjalanan pertubuhan ini dengan lebih kemas dan teratur selaras dengan profesionalisme pendidikan.

3. Pihak kami amat berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat memberikan persetujuan dan perhatian di atas permohonan ini.

Kerjasama dan sokongan pihak tuan amat kami hargai.

Sekian , terima kasih.


YANG MENJALANKAN TUGAS


………………………………………
Pengerusi ,
Persatuan Warga Kuarters
Institusi Pendidikan Seberang Perak.

Sk. Fail timbul







BADAN KEBAJIKAN KUARTERS INSTITUSI PENDIDIKAN SEBERANG PERAK
B-1-3, KUARTERS INTITUSI PENDIDIKAN SEBERANG PERAK,
LORONG INAI 13 OFF JALAN TERATAI,
05050 ALOR STAR, KEDAH DARUL AMAN.
____________________________________________________________________________
Rujuk : 0121-06-KDH/KIPSP/19/2006 (12)
Tarikh : 18 SEPTEMBER 2006

KEPADA:
WARGA KUARTERS
PENGHUNI-PENGHUNI KIPSP


Tuan / Puan,

NOTIS / PEMBERITAHUAN PEMBACAAN METER AIR , PEMBAYARAN PENGGUNAAN AIR DAN PEMBAYARAN YURAN BULANAN AHLI
WARGA KIP SEBERANG PERAK MULAI SEPTEMBER 2006 / 2007
Perkara di atas adalah dirujuk .

2. Berdasarkan ketetapan dan keputusan Mesyuarat AJK KIPSP Kali Ke 2
pada 14.09.2006 telah bersetuju untuk melantik penama di bawah sebagai
Pembaca Meter Air dan Penerima Bayaran Penggunaan Air bagi WARGA KIPSP :

EN. TARMIZI BIN ALI BULLAH
J-2-1 KIP SEBERANG PERAK
TELEFON : 013-5034713

3. Untuk makluman tuan / puan tarif pembacaan meter untuk penggunaan air bagi setiap meterpadu ialah RM 0. 40 seunit ( Empat Puluh Sen Seunit) .


4. AJK KIPSP juga membuat keputusan bahawa Yuran Bulanan Ahli hendaklah diserahkan dan dijelaskan kepada BENDAHARI KIPSP 2006 / 2007 :

PN.NORMALA BINTI HASHIM
A-1-4 KIP SEBERANG PERAK
TELEFON : 012 4750799

Kerjasama dan sokongan pihak tuan / puan amat kami hargai.

Sekian , terima kasih.


YANG MENJALANKAN TUGAS .


………………………………………
Pengerusi ,
Persatuan Warga Kuarters
Institusi Pendidikan Seberang Perak.
Sk. Fail timbul

BADAN KEBAJIKAN KUARTERS INSTITUSI PENDIDIKAN SEBERANG PERAK
B-1-3, KUARTERS INTITUSI PENDIDIKAN SEBERANG PERAK,
LORONG INAI 13 OFF JALAN TERATAI,
05050 ALOR STAR, KEDAH DARUL AMAN.

KERTAS KERJA : BIRO AGAMA KIPSP
TARIKH : 17 SEPTEMBER 2006

TAJUK AKTIVITI : MAJLIS SAMBUTAN AWAL RAMADHAN ,BACAAN YASIN
DAN CERAMAH AGAMA
OBJEKTIF : MERAPATKAN SEMANGAT KEKELUARGAAN WARGA KIPSP
DAN MERAIKAN KEHADIRAN RAMADHAN YANG MULIA.
TARIKH PERLAKSANAAN: 21 SEPTEMBER 2006 ( KHAMIS MALAM)
28 SYAABAN 1427 H.
TEMPAT : SURAU KIPSP
MASA : 7.00 malam

A. ATURCARA :

MASA/WAKTU ATURCARA
7.00 malam Persiapan tempat dan Kehadiran Ahli dan Tetamu
7.24 malam Solat Maghrib Berjemaah
Imam Al Fadhil Kolej Universiti Insaniah
8.00 malam Majlis Bacaan Yasin
Tahlil
8.50 malam Solat Isyak Berjemaah
Tahlil
9.10 malam Jamuan
9.30 malam Ceramah Agama
“ Kemuliaan Ramadhan Al-Mubarak ”
OLEH : KUIN

B. ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Anggaran Jumlah Perbelanjaan
1 MAKANAN DAN MINUMAN
70 ahli Jemaah X 3.00 = RM 210 . 00
RM 210 . 00
2 SAGUHATI PENCERAMAH 1 X RM 50.00 RM 50. 00
3 KHEMAH 1 X RM120.00 RM 120 .00
4 URUSAN PELBAGAI
Petrol / Telefon / Persiapan tempat RM 20.00 RM 20. 00
JUMLAH RM 400 . 00

JUMLAH DALAM PERKATAAN : RINGGIT EMPAT RATUS SAHAJA

“ KESEMPURNAAN HIDUP DI BAWAH KEBERKATAN ALLAH SWT ”

DISEDIAKAN OLEH : DISAH DAN DILULUSKAN OLEH :


( USTAZ ZAHIR ) ( EN.ISHAK BIN HASHIM )
KETUA BIRO AGAMA PENGERUSI KIPSP


BADAN KEBAJIKAN KUARTERS INSTITUSI PENDIDIKAN SEBERANG PERAK
B-1-3, KUARTERS INTITUSI PENDIDIKAN SEBERANG PERAK,
LORONG INAI 13 OFF JALAN TERATAI,
05050 ALOR STAR, KEDAH DARUL AMAN.

KERTAS KERJA : BIRO AGAMA KIPSP
TARIKH : 17 SEPTEMBER 2006

TAJUK AKTIVITI : MAJLIS JAMUAN MOREH RAMADHAN AL MUBARAK
ANJURAN JAWATANKUASA KIPSP
OBJEKTIF : MERAPATKAN SEMANGAT KEKELUARGAAN WARGA KIPSP
DAN JAMUAN SELEPAS SOLAT SUNAT TERAWIH SEMPENA
RAMADHAN YANG MULIA.
TARIKH PERLAKSANAAN:
28 SEPTEMBER 2006 ( KHAMIS MALAM)-JAMUAN MOREH
05 OKTOBER 2006 (KHAMIS MALAM)-JAMUAN MOREH
12 OKTOBER 2006 ( KHAMIS MALAM)-JAMUAN MOREH
17 OKOBER 2006 ( MAJLIS BERBUKA PUASA)

TEMPAT : SURAU KIPSP
MASA : 7.00 malam

A. ATURCARA :

TARIKH ATURCARA
28/09/2006 JAMUAN MOREH - KHAMIS MALAM
05/10/2006 JAMUAN MOREH – KHAMIS MALAM
12/10/2006 JAMUAN MOREH – KHAMIS MALAM
17/10/2006 MAJLIS BERBUKA PUASA WARGA KIPSP

B. ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Anggaran Jumlah Perbelanjaan
1 MAKANAN DAN MINUMAN
JAMUAN MOREH 50 ahli Jemaah X 3.00
X 3 MALAM
= RM 450 . 00
RM 450 . 00
2 MAJLIS BERBUKA PUASA
WARGA KIPSP 100 ahli X 3.00 =
RM 300.00 RM 300 . 00
JUMLAH RM 750 . 00

JUMLAH DALAM PERKATAAN : RINGGIT TUJUH RATUS LIMA PULUH SAHAJA



“ KESEMPURNAAN HIDUP DI BAWAH KEBERKATAN ALLAH SWT ”



DISEDIAKAN OLEH : DISAH DAN DILULUSKAN OLEH :


( USTAZ ZAHIR ) ( EN.ISHAK BIN HASHIM )
KETUA BIRO AGAMA PENGERUSI KIPSP



BADAN KEBAJIKAN KUARTERS INSTITUSI PENDIDIKAN SEBERANG PERAK
B-1-3, KUARTERS INTITUSI PENDIDIKAN SEBERANG PERAK,
LORONG INAI 13 OFF JALAN TERATAI,
05050 ALOR STAR, KEDAH DARUL AMAN.


BENDAHARI,
KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH,
NEGERI KEDAH


TUAN ,

TUNTUTAN BAYARAN PENGGUNAAN AIR BAGI KAKITANGAN
INSANIAH DI KUARTERS INSTITUSI PENDIDIKAN SEBERANG PERAK

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Pihak kami memohon maaf di atas kesulitan berkenaan Penama Cek yang dikeluarkan oleh pihak tuan untuk pembayaran bil air.

3. Pindaan Penama di atas cek pembayaran penggunaan air hendaklah dibuat kepada ,

Akauntan Jabatan Bekalan Air Kedah

dan diserahkan kepada Pengerusi KIPSP , Encik Ishak Bin Hashim di alamat
B 1-1 Kuarters Institusi Pendidikan Seberang Perak
nombor telefon : 019-4292337


Perhatian dan kerjasama pihak tuan amat kami hargai.

Sekian , terima kasih .


Yang menjalankan Tugas,


…………………………..
(ISHAK BIN HASHIM)
PENGERUSI
KUARTERS INSTITUSI PENDIDIKAN
SEBERANG PERAK.





BADAN KEBAJIKAN KUARTERS INSTITUSI PENDIDIKAN SEBERANG PERAK
B-1-3, KUARTERS INTITUSI PENDIDIKAN SEBERANG PERAK,
LORONG INAI 13 OFF JALAN TERATAI,
05050 ALOR STAR, KEDAH DARUL AMAN.

KERTAS KERJA / MESYUARAT : BIRO AGAMA KIPSP
TARIKH : 28 JANUARI 2007 MASA : 9.15 MALAM

TAJUK AKTIVITI : MAJLIS SAMBUTAN AWAL MUHARRAM 1428H
BUBUR AS’SYURA
ANJURAN JAWATANKUASA BIRO AGAMA KIPSP
OBJEKTIF : MERAPATKAN SEMANGAT KEKELUARGAAN WARGA KIPSP

TARIKH PERLAKSANAAN:
TEMPAT : SURAU KIPSP
MASA : 8.00 PAGI – 10 MALAM

A. ATURCARA :

MASA ATURCARA
8.00 PAGI MENYEDIAKAN TEMPAT DAN BAHAN
MULA MEMASAK
12.00 TGH MAKAN TENGAHARI
02.00 PTG PENGAGIHAN BUBUR ASSYURA
08.20 MLM CERAMAH AGAMA
JAMUAN RINGAN

B. ANGGARAN PERBELANJAAN
1.1 BAHAN-BAHAN BUBUR ASSYURA = RM
1.2 MAKANAN-MINUMAN / SARAPAN AHLI = RM
1.3 MAJLIS CERAMAH AGAMA / SAGU HATI = RM
1.4 JAMUAN RINGAN MAJLIS = RM



C. ANGGARAN PENDAPATAN = RM












“ KESEMPURNAAN HIDUP DI BAWAH KEBERKATAN ALLAH SWT ”



DISEDIAKAN OLEH : DISAH DAN DILULUSKAN OLEH :

( USTAZ ZAHIR ) ( EN.ISHAK BIN HASHIM )
KETUA BIRO AGAMA PENGERUSI KIPSP













































BADAN KEBAJIKAN KUARTERS INSTITUSI PENDIDIKAN SEBERANG PERAK
B-1-3, KUARTERS INTITUSI PENDIDIKAN SEBERANG PERAK,
LORONG INAI 13 OFF JALAN TERATAI,
05050 ALOR STAR, KEDAH DARUL AMAN.
____________________________________________________________________________
Rujuk : 0121-06-KDH/KIPSP/19/2006 (18)
Tarikh : 15 .04.2007

“JIRAN SEPAKAT MEMBAWA BERKAT”

Kepada :

BIL NAMA UNIT
1 En.Ishak Bin Hashim –Pengerusi KIPSP B-1-1
2 En.Abdul Rashid Bin Mohd Kassim–S.Usaha KIPSP D-1-3
3 Pn. Norzita Binti Abu Mansor P.S/Usaha K-2-3
5 Wakil Blok A : Ustaz Zahir A 2-1
6 Wakil Blok B : En. Kamal B-1-2
7 Wakil Blok C : Hjh. Habshah C-5-3
8 Wakil Blok D : En.Saiful Nizam Muhamad Sabri D-2-3
9 Wakil Blok E : Encik Aznan Bin Saidin E-1-4
10 Wakil Blok G : En.Hussain Bin Mohd Akhir G-1-3
11 Wakil Blok J : Mohd Tarmizi Bin Ali Bullah J-2-1 013-5034713
12 Wakil Blok H : Encik Fisol Bin Embi H-2-4
13 Wakil Blok F : Hassanudin Bin Senapi F-3-1 012-4143498
14 Wakil Insaniah : En.Nasir F-3-3


Tuan / Puan ,
Notis Mesyuarat Jawatankuasa KIP SEBERANG PERAK KALI- 5
Tarikh : 16 APIL 2007
Masa : 9.30 MLM
Tempat : Surau KIPSP


AGENDA :
1. Aluan Pengerusi
2. Mengesahkan minit mesyuarat lalu.
3. Perkara-perkara Berbangkit
4. Kewangan – Laporan Terkini
5. Hal-hal lain.






BADAN KEBAJIKAN KUARTERS INSTITUSI PENDIDIKAN SEBERANG PERAK
B-1-3, KUARTERS INTITUSI PENDIDIKAN SEBERANG PERAK,
LORONG INAI 13 OFF JALAN TERATAI,
05050 ALOR STAR, KEDAH DARUL AMAN.
____________________________________________________________________________
Rujuk : 0121-06-KDH/KIPSP/19/2006 (17)
Tarikh : 22.Febuari 2007
Minit Mesyuarat AJK Kali ke 4
Tarikh : 22 Febuari 2007
Masa : 9.00 malam
Tempat : Surau KISP
Kehadiran :

BIL NAMA UNIT
1 En.Ishak Bin Hashim –Pengerusi KIPSP B-1-1
2 En.Abdul Rashid Bin Mohd Kassim–S.Usaha KIPSP D-1-3
3 Pn. Norzita Binti Abu Mansor P.S/Usaha K-2-3
4 Wakil Blok A : Ustaz Zahir A 2-1
5 Wakil Blok C : Hjh. Habshah C-5-3
6 Wakil Blok D : En.Saiful Nizam Muhamad Sabri D-2-3
7 Wakil Blok G : En.Hussain Bin Mohd Akhir G-1-3
8 Wakil Blok J : Mohd Tarmizi Bin Ali Bullah J-2-1 013-5034713
9 Wakil Blok H : Encik Fisol Bin Embi H-2-4
10 Wakil Blok F : Hassanudin Bin Senapi F-3-1 012-4143498
11 Wakil Insaniah : En.Nasir F-3-3

AGENDA :
1. Aluan Pengerusi
2. Mengesahkan minit mesyuarat lalu.
3. Perkara-perkara Berbangkit
4. Kewangan – Laporan Terkini
5. Hal-hal lain.

AGENDA 1
ALUAN PENGERUSI
1.1 Terima kasih atas kehadiran AJK dan Bersama-sama berbincang untuk memberi pandangan mengenai mesyuarat Agong ke 2.

Tindakan :

AGENDA 2
PEMBENTANGAN MINIT MESYUARAT YANG LALU
2.1 Setiausaha Membentangkan Minit mesyuarat JK kali ke 3
2.2 Cadangan minit disahkan oleh En.Tarmizi Ali Bullah
2.3 Sokongan oleh Ustaz Zahir

Tindakan :





AGENDA 3
PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1 Yuran diturunkan kepada RM15.00 mulai Januari 2007

Tindakan : Bendahari

AGENDA 4
LAPORAN KEWANGAN
4.1 Bendahari tidak hadir dan memberikan surat letak jawatan
4.2 AJK membuat keputusan sebulat suara , bersetuju memohon jasa baik pihak PPD Kota Setar (Selaku Penasihat)- memandangkan beliau (Bendahari) tidak memberikan kerja sama maka memohon jasa baik PPD memberi nasihat untuk pihak
BENDAHARI Penaja : Encik Abdul Halim dan
PENGERUSI Penaja – Puan Normala Hashim
untuk kedua-duanya hadir pada Mesyuarat Agong yang akan diadakan nanti.
4.3 Mohon PPD keluarkan surat supaya Bendahari dan Pengerusi Penaja hadir untuk memberi penjelasan mengenai kewangan bermula 23.02.2006 hingga 12.08.2006

Tindakan : Pengerusi dan Setiausaha

AGENDA 5
HAL-HAL LAIN
5.1 Merancang mesyuarat Agong pada 2 Mac 2007 -Jumaat
5.2 Pengerusi mencadangkan Ustaz Sayuti dilantik sebagai Pengerusi Mesyuarat
Untuk mesyuarat Agong nanti. Dipersetujui sebulat suara.
5.3 Pengerusi mencadangkan Jumlah Undi ialah jumlah kehadiran
Penghuni KIPSP(bujang) atau suami dan isteri . Dipersetujui sebulat suara.
5.4 AJK bersetuju membawa idea untuk membubarkan Persatuan sedia ada dan
menubuhkan Badan Kebajikan Warga KIPS pada hari mesyuarat Agong.
5.5 Pengerusi dan setiausaha akan menjelaskan rasional pembubaran ini kepada pendaftar.
5.6 Surat kepada Bendahari untuk menyediakan akaun kewangan yang lengkap untuk
dibentangkan dalam mesyuarat Agung.
5.7 JK bersetuju untuk memberikan amanah kepada Pengerusi untuk menerima wang
yang diserah oleh BENDAHARI : Pn. Normala Hashim bersama penyata kewangan yang
selengkapnya.
5.8 JK sebulat suara memohon Bendahari menyediakan Penyata kewangan yang kemaskini
berakhir 28 Febuari 2007.
5.9 Masalah Parking - pembinaan yang seragam

Tindakan :

MESYUARAT DITANGGUHKAN PADA JAM 11.45 MALAM


Disediakan oleh : Disahkan oleh :



BADAN KEBAJIKAN KUARTERS INSTITUSI PENDIDIKAN SEBERANG PERAK
B-1-3, KUARTERS INTITUSI PENDIDIKAN SEBERANG PERAK,
LORONG INAI 13 OFF JALAN TERATAI,
05050 ALOR STAR, KEDAH DARUL AMAN.
____________________________________________________________________________
Rujuk : 0121-06-KDH/KIPSP/19/2006 (19)
Tarikh : 08.05.2007

“JIRAN SEPAKAT MEMBAWA BERKAT”

Kepada :

BIL NAMA UNIT
1 En.Ishak Bin Hashim –Pengerusi KIPSP B-1-1
2 En.Abdul Rashid Bin Mohd Kassim–S.Usaha KIPSP D-1-3
3 Pn. Norzita Binti Abu Mansor P.S/Usaha K-2-3
5 Wakil Blok A : Ustaz Zahir A 2-1
6 Wakil Blok B : En. Kamal B-1-2
7 Wakil Blok C : Hjh. Habshah C-5-3
8 Wakil Blok D : En.Saiful Nizam Muhamad Sabri D-2-3
9 Wakil Blok E : Encik Aznan Bin Saidin E-1-4
10 Wakil Blok G : En.Hussain Bin Mohd Akhir G-1-3
11 Wakil Blok J : Mohd Tarmizi Bin Ali Bullah J-2-1 013-5034713
12 Wakil Blok H : Encik Fisol Bin Embi H-2-4
13 Wakil Blok F : Hassanudin Bin Senapi F-3-1 012-4143498
14 Wakil Insaniah : En.Nasir KUIN F-3-3


Tuan / Puan ,
Notis Mesyuarat Jawatankuasa KIP SEBERANG PERAK KALI- 5
Tarikh : 10 MEI 2007
Masa : 9.30 MLM
Tempat : Surau KIPSP


AGENDA :
1. Aluan Pengerusi
2. Mengesahkan minit mesyuarat lalu.
3. Perkara-perkara Berbangkit
4. Kewangan – Laporan Terkini
5. Hal-hal lain.








LAPORAN AKTIVITI JK KIPSP 2006/2007

BIL TARIKH AKTIVITI YANG DI JALANKAN
1 12/08/2006 MESYUARAT AGUNG KALI PERTAMA
2 20/08/2006 PERTEMUAN PENGERUSI DAN SETIAUSAHA
DENGAN TN.HJ AZAMUDDIN DI PPD
TAKLIMAT DAN HALATUJU PERSATUAN

1 16/09/2006 MAJLIS PERJUMPAAN DAN TAKLIMAT BERSAMA PENGHUNI / SERAHAN BORANG ENCORPS
2 28/07/2006 CERAMAH ISRAK MIKRAJ SURAU KIPSP
3 18/10/2006 MAJLIS BERBUKA PUASA DAN TAHLIL
BAYARAN ZAKAT FITRAH
4 15/09/2006 MAJLIS SAMBUTAN AWAL RAMADHAN
DAN CERAMAH AGAMA
5 06/10/2006 MAJLIS BERBUKA PUASA DAN TAHLIL
6 11/11/2006 MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI / DEEPAVALI
7 09/02/2007 SAMBUTAN HARI AS-SYURA AWAL MUHARRAM 1428
8 05/02/2007 GOTONG ROYONG MEMBAKAR SARANG TEBUAN

MIMPI BERTEMU RASULLULLAH SAW


Menurut pemeriksaan kami terhadap beberapa kitab hadis ( Jami’e As-Soghir oleh Imam As-Suyuthi & Fathul Bari : Syarah Sahih Imam Al-Bukhari oleh Al-Imam Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-‘Asqolaniy ) dan juga melalui cakera padat (cd) yang mempunyai program pencarian sumber hadis ( Takhrij Al-Ahadist ) ternyata hadis pertama yang saudara bawakan itu, BUKANLAH diriwayatkan oleh Saidina Abu Hurairah (r.a), tetapi sebenarnya, ianya diriwayatkan oleh Saidina Anas (r.a), iaitu :

حَدِيثُ أنس رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ رَآنِي فِي الْمَنَامِ فَقَدْ رَآنِي فَإِنَّ الشَّيْطَانَ لَا يَتَمَثَّلُ بِي


Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “ Barangsiapa yang pernah melihat aku dalam mimpinya, bererti dia benar-benar melihatku. Sesungguhnya syaitan tidak boleh menjelma dengan rupaku “. { { Jami’e As-Soghir Imam Suyuthi : 8688 , Musnad Imam Ahmad : 3 / 269 , Sahih Al-Bukhari : 12 / 6994 , Sunan At-Tirmidzie : 4 / 2276 ) –HADIS HASSAN SAHIH.

Adapun hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Abu Hurairah ialah dengan mempunyai tambahan kalimah : “ FIL YAQODZAH “ …ertinya : “ Di dalam keadaaan sedar “. Dan hadisnya secara teks aslinya adalah sebagai berikut :

حَدِيثُ أبي هريرة رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ رَآنِي فِي الْمَنَامِ فَسيرَانِي في اليقظة , و لَا يَتَمَثَّلُ الشَّيْطَانَ بِي


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “ Barangsiapa yang pernah melihat aku dalam mimpinya, bererti dia akan dapat melihatku di dalam keadaan sedar. Sesungguhnya tidak boleh syaitan menjelma dengan rupaku “. { Jami’e As-Soghir Imam Suyuthi : 8690 , Sahih Al-Bukhari : 12 / 6993 , Sahih Muslim : 4 / 2266 . Sunan Abu Dawud : 4 / 5023 }. – HADIS SAHIH .

HADIS KEDUA :

Manakala hadis kedua yang saudara bawakan itu, teks aslinya adalah sebagaimana berikut :

حَدِيثُ أَبِي قَتَادَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ رَآنِي فَقَدْ رَأَى الْحَقَّ


Diriwayatkan daripada Abu Qatadah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Sesiapa yang pernah melihat aku dalam mimpinya maka dia benar-benar melihat sesuatu yang benar { { Jami’e As-Soghir Imam Suyuthi : 8689, Sahih Al-Bukhari : 12 / 6996 , Musnad Ahmad 5 / 306 , Sahih Muslim 4 / 2267 }.

***********************

PANDANGAN AL-IMAM ASY-SYAHID HASSAN AL-BANNA ( RH ) MENGENAI PERMASALAHAN MIMPI DAN SEUMPAMANYA :

Kami berasa amat perlu diterangkan di sini pandangan Imam Asy-Syahid mengenai permasalahan mimpi ini, disebabkan beliaulah merupakan idola dan pencetus Gerakan Dakwah & Harakah Islam terulung di alam moden ini. Dan sudah pasti, seseorang yang yang mampu melaksanakan perjuangan sebesar itu , adalah seorang yang ‘alim, hinggakan dilihat seluruh dunia mempunyai pewaris-pewaris perjuangannya walaupun hebat ditekan oleh para pendokong Sekularisme : Berhala Moden di abad ini .

Al-Imam Asy-Syahid memperkatakan hal ini di dalam kitabnya yang terkenal : “ RISALAH AT-TA’ALIM “ , di bawah perbicangan Asas ke–3 daripada Usul-1, katanya :

و للإيمان الصادق و العبادة الصحيحة و المجاهدة نور و حلاوة يقذفها الله في قلب من يشاء من عباده . ولكن الإلهام و الخواطر و الكشف و الرؤى ليست من أدلة الأحكام الشرعية و لا تعتبر إلا بشرط عدم إصطدامها بأحكام الدين و نصوصه


Ertinya : Dan iman yang benar, ibadat yang sah, dan mujahadah, semuanya itu mempunyai cahaya dan kemanisan yang dicurahkan oleh Allah ke dalam hati sesiapa sahaja yang dihendaki-Nya. Manakala ilham, lintasan-lintasan hati, kasyaf dan mimpi itu BUKANLAH menjadi dalil kepada hukum-hakam syariat. Perkara-perkara tersebut hanya dapat diterima dengan syarat perkara-perkara tersebut tidak bertentangan dengan hukum-hakam agama dan nas-nasnya.

***********************

BEBERAPA KISAH TELADAN MENGENAI MIMPI – MIMPI :

( 1 ) KISAH -I :

Kisah Khalifah Al-Mahdi Al-‘Abbasi hendak membunuh Qadhi Syarif Ibni Abdullah :

Tatkala Qadhi tersebut mengadap khalifah , maka baginda pun bercadang untuk memenggal tengkuknya. Lalu Qadhi bertanya : “ Apakah salah hamba wahai tuanku !? “.

Khalifah pun menjawabnya : “ Aku bermimpi melihat engkau yang berpaling daripada mengadapku . Lalu aku pun bertanya kepada ahli ta’abir ~ penafsir ~ mimpiku akan apakah maksudnya mimpiku itu, dan dia pun berkata : Sebenarnya qadhi itu berpura-pura mentaati tuanku tetapi hatinya menyimpan kebencian yang mendalam terhadap tuanku ! “.

Lalu Qadhi Abdullah pun menjawab kembali : “ Wahai tuanku ! Tuanku bukanlah seorang seperti Nabi Ibrahim a.s yang mendapat mimpi yang sangat benar, dan ahli ta’abir mimpi tuanku itu juga, bukanlah seorang ahli ta’abir mimpi yang benar-benar ‘arif seperti Nabi Yusuf a.s ! “.

Akhirnya, Khalifah Al-Mahdi pun melepaskan Qadhi Abdullah.

( 2 ) KISAH KE-II
Imam Ibnu Hazm (rh) pernah menceritakan :

Pernah ada seseorang yang bermimpi bahawa dia terlihat Saidina Umar Al-Khattab (r.a) yang mengadap Baginda Rasulullah s.a.w, tetapi baginda s.a.w tidak mahu menerima kunjungan Saidina Umar (r.a) itu, lalu beliau (r.a) pun bertanya darihal mengapakah Baginda s.a.w berkelakuan begitu terhadapnya, maka Baginda s.a.w pun bersabda : “ Aku berpaling daripadamu wahai Umar !, disebabkan engkau telah membatalkan puasamu dengan menciumi isterimu tadi !!! “.

Imam Ibnu Hazm ( rh ) memberikan komentarnya terhadap mimpi ini dengan katanya : “ Sesungguhnya mimpi seperti ini adalah BATIL ( tertolak ) !!! kerana bertentangan dengan sebuah hadis yang sahih riwayat Imam Abu Daud (rh) , bahawa di dalam keadaan berpuasa, pernah Saidina Umar (r.a) mencium isterinya, lalu beliau (r.a) pun mengadu hal tersebut kepada Baginda s.a.w dengan katanya : “ Wahai Rasulullah !, adakah batal puasaku disebabkan aku mencium isteriku di dalam keadaan aku berpuasa ? “.

Jawab Baginda s.a.w : “ Wahai Umar !, andainya engkau berkumur-berkumur di dalam keadaan berpuasa, adakah batal puasamu ? “.

Jawab Saidina Umar : “ Itu tidak membatalkan puasa “.

Rasulullah s.a.w pun menerangkan kepadanya : “ Maka begitulah juga halnya dengan perbuatanmu mencium isterimu, tidaklah membatalkan puasamu “.

( 3 ) KISAH KE - III
Imam Al-Ghazali (rh) pernah menceritakan :

“ Pernah ada beberapa penduduk kampung bermaksud hendak membunuh seorang soleh di kampung itu gara-gara ada di kalangan mereka yang bermimpi bertemu dengan Iblis, lalu ditanya kepada Iblis : “ Wahai Iblis ! Engkau ini sudah memasuki banyak kampung, tetapi mengapa pula Engkau tidak masuk ke dalam kampung ini ? “.

Jawab Iblis : “ Tak perlulah aku masuk ke dalam kampung kamu semua , disebabkan di dalamnya sendiri aku sudah mempunyai teman – iaitu orang soleh di dalam kampung itu – yang mengatakan bahawa Al-Quran adalah makhluk ! “.

Setelah orang soleh itu mendengar sebab tersebut, maka beliau pun bertanya kepada penduduk-penduduk kampungnya : “ Wahai saudara-saudara sekalian ! Jika kamu semua bertemu dengan Iblis di dalam keadaan jaga – bukannya di dalam keadaan kamu semua bermimpi – lalu Iblis pun mengatakan bahawa sayalah yang mengatakan bahawa Al-Quran itu adalah makhluk. Patutkah kamu percaya akan fatwanya itu ? “.

“ Tidak !!! “ , jawab penduduk-penduduk kampung.

Orang soleh itu melanjutkan soalannya : “ Baiklah, kalau begitu, fatwanya di dalam keadaan kamu semua mimpi juga sudah pasti BUKANLAH LEBIH BAIK daripada fatwanya di dalam keadaan kamu semua sedar !. Adakah patut kamu semua percayakan kata-kata Sang Iblis !? “.

Lalu bersurailah penduduk-penduduk kampung dan selamatlah orang yang soleh itu serta kecewalah Iblis dek kegagalannya mempengaruhi penduduk-penduduk kampung itu.

# CATATAN : Kisah ini dipetik daripada kuliah ‘Allamah Prof. Dr Yusuf Al-Qaradhawie ketika beliau (h.a ) menghuraikan kitab “ Risalah At-Ta’alim “ karangan Al-Imam Asy-Syahid Hassan Al-Banna (rh ).

***********************

KESIMPULANNYA :

1 – Masalah mimpi bertemu ataupun melihat Baginda s.a.w ini, samalah dengan permasalahan karamah, ma’unah, kasyaf, ilham yang benar, mimpi yang hak dan yang seumpamanya. Yang mana semuanya ITU adalah ANUGERAH dan REZEKI daripada Allah Ta’ala ke atas beberapa individu dengan hikmah yang Allah Ta’ala yang Lebih Lagi Maha Mengetahui akan sebabnya.

Oleh kerana itu adalah rezeki dan anugerah Allah Ta’ala, maka tidaklah selayaknya, orang yang diberikan mimpi sedemikian rupa, menceritakannya kepada orang lain dengan tujuan untuk RIYA’ , TAKBUR, dan seumpamanya, apatah lagi jika ianya diceritakan dengan maksud untuk mengeksploitasi ataupun mempergunakannya dengan tujuan untuk menipu manusia ataupun melakukan apa-apa yang bertentangan dengan dasar-dasar syariat, terutamanya Al-Quran dan As-Sunnah ( al-Hadist ).

2 - Mimpi bertemu ataupun melihat Baginda s.a.w ini juga merupakan satu perkara yang harus dan mungkin sahaja terjadi, samada di zaman dahulu , zaman sekarang ataupun bagi zaman yang mendatang. Dan ada mimpi yang perlu dita’abir ( dihuraikan ) dan ada pula yang tidak perlu dita’abir kerana mimpi itu jelas lagi terang.

3 - Orang yang bertemu ataupun melihat Rasulullah s.a.w melalui mimpi , akan tetap bertemu secara sedar. Hadis ini secara umum memberikan peluang dan khabar gembira kepada setiap orang yang beriman bahawa mereka mempunyai peluang untuk bertemu dengan Rasulullah s.a.w di atas muka bumi ini ( ketika hidupnya Rasulullah s.a.w ) ataupun di hari akhirat kelak.

4 - Orang yang bermimpi itu mestilah juga seorang yang jujur lagi adil ( ertinya ialah Islam ) dan tetap berpegang-teguh ( percaya ) dengan mimpinya itu lagi berpegang-teguh juga dengan ajaran-ajaran Islam, dan juga mestilah juga seorang yang waras dan berkeupayaan untuk menceritakan mimpi tersebut sebagaimana yang dialaminya.

5 - Mimpi dan seumpama dengannya – sebagaimana telah disebut di atas – TIDAK BOLEH MENGHARAMKAN YANG HALAL ATAUPUN MENGHALALKAN YANG HARAM. Dan jauh sekali untuk mengubah syariat Islam yang telah sempurnah di zaman Baginda Rasulullah s.a.w !.

6 - Mimpi ini adalah anugerah dan rezeki daripada Allah Ta’ala untuk menambahkan lagi kekuatan iman
dan berjuang di jalan Allah Ta’ala dan juga merupakan peneguh dan penambah kemanisan iman. Kemanisan iman ini bukanlah satu perkara yang boleh dimungkiri sebagaimana manisnya orang yang merasai makanan yang manis ataupun yang bergula.

7 - Apabila terdapatnya perselisihan pendapat mengenai hal ini di kalangan muslimin, maka hendaklah diselesaikan dengan cara yang baik seperti berbincang dan bermuzakarah, bukannya dengan melontarkan tohmahan bahawa lawannya itu adalah orang yang telah menjadi ahli bid’ah ( mubtadi’e ) , kafir dan jauh sekali menjadi seorang yang musyrik !.

8 - Masalah mimpi seperti ini juga BUKANLAH MERUPAKAN USUL ATAUPUN RUKUN IMAN, yang menyebabkan boleh dikafirkan seseorang muslim yang agak kurang selesa untuk menerima hakikatnya !.

9 - Masalah seperti ini juga BUKANLAH DALIL kepada golongan seperti Al-Arqam yang “ beriman “ bahawa Haji Ashaari Muhammad ( Pengasas Al-Arqam ) ataupun Syeikh Abdullah As-Suhaimi telah bertemu dengan Saidina Rasulullah s.a.w di dalam keadaaan sedar, lalu mengambil tareqat mereka yang dikenali sebagai “ Aurad Muhammadiah “ di dalam Ka’abah Al-Musyarrafah. Apatah lagi, kesesatan jemaah ini semakin terserlah apabila berbagai kisah pengasas jemaah mereka yang direka-cipta dengan 1001 macam kisah yang penuh khurafat lagi takhyul serta bid’ah dholalah !.

CEUPACS LAGI


Cuepacs Batal Hasrat Boikot Hari Pekerja

KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) hari ini membatalkan hasratnya untuk memboikot sambutan Hari Pekerja pada 3 dan 29 Mei ini, kata Presidennya Omar Osman.

Beliau berkata ini kerana lima tuntutan kesatuan itu telah diterima oleh kerajaan dalam pertemuan mereka dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Putrajaya semalam.

"Mesyuarat khas ini diadakan untuk menerangkan kepada ahli kongres mengenai tuntutan yang diterima dan ditolak oleh kerajaan semalam dan kita juga membuat keputusan untuk tidak memboikot sambutan Hari Pekerja bulan depan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan mesyuarat khas di pejabat Cuepacs di sini.

Lima tuntutan yang dipersetujui kerajaan adalah kadar pencen mengikut perkhidmatan sebenar, pelanjutan umur persaraan dari 56 tahun kepada 60 tahun, pengubahan kaedah peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) serta elaun kritikal dan imbuhan tetap perumahan.

Satu lagi tuntutan iaitu pemberian honorarium RM2,000 kepada 1.2 juta kakitangan awam bagaimanapun ditolak kerajaan kerana keadaan semasa termasuk masalah kenaikan harga barang.

"Lima perkara ini telah lama kita perjuangkan kira-kira lima hingga 12 tahun yang lalu manakala honorarium baru saja dituntut bagi menggantikan pemberian bonus setelah kakitangan awam menerima kenaikan gaji tahun lepas," katanya.

Omar berkata anggota kongres akan sama-sama menyokong dan menghadiri sambutan Hari Pekerja anjuran Kementerian Sumber Manusia pada 3 Mei dan 29 Mei ini yang dianjurkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

"Cuepacs juga akan mengadakan Hari Pekerja pada 1 Mei ini di Johor Bahru," katanya.

Pada 2 April lepas, Cuepacs mengumumkan akan memulaukan sambutan Hari Pekerja jika kerajaan gagal memenuhi permintaannya.

-- BERNAMA

KENANGAN KIPSP 2007



SK SEBERANG PERAK
05050 ALOR SETAR

SOALAN TOPIK A : MATA, TELINGA , HIDUNG DAN KULIT
Bahagian Objektif
Soalan 1 : Gejala-gejalanya ialah mata menjadi merah dan terdapatnya lelehan nanah atau tahi mata yang diikuti dengan rasa gatal, perit, menyucuk dan terasa seperti adanya benda asing di dalam mata. Penyakit ini dikenali sebagai….
A. Telesemnia
B. Konjunktivitis
C. Otitis Externa
D. Kardiovaskular

Soalan 2: Tabiat yang sering membuang tahi telinga atau mengorek telinga jauh ke dalam hingga mencederakan telinga dan ini mendedahkannya kepada jangkitan.
A. Eustachio

B. Meningtis Interna

C. Dileksia

D. Otitis Externa


Soalan 3 : Penyakit ini adalah akibat jangkitan kuman virus yang terjadi di kulit disebabkan oleh virus Human Papilloma. Sel-sel kulit membiak begitu cepat dan membentuk ketumbuhan yang membonjol keluar. Penyakit ini dikenali sebagai….

A. Bisul

B. Kurap

C. Ketuat

D. Bengkak





SOALAN TOPIK A : MATA, TELINGA , HIDUNG DAN KULIT
Bahagian Objektif

1. Apakah tanda-tanda kudis buta?





Jawapan :
• Gatal di seluruh anggota, terutama pada malam hari.
• Terdapat bintit-bintit merah yang bernanah di bahagian-bahagian badan yang dijangkiti.

2. Bila anda perlu berjumpa doktor gigi?

_________________________________________________________________________
Jawapan :
• Gigi berlubang.
• Gusi berdarah semasa memberus gigi.
• Gusi bengkak, kemerahan dan sensitif.
• Gusi menyusut.
• Gigi longgar.
• Nafas terus-terusan berbau.
• Terdapat nanah di sekitar gusi dan gigi.
Soalan 3 :
Konjunktivitis adalah gejala mata terasa tidak selesa tetapi tidak sakit .Lelehan nanah/tahi mata yang pekat, berwarna putih, kuning kehijauan dan berkeruping. Ini menyebabkan kelopak mata melekat semasa pesakit bangun dari tidur.
Konjunktivitis disebabkan oleh ___________________________
Jawapan :
kuman bakteria

Thursday, April 17, 2008

Soalan Ujian April 2008




Bahagian B
30 Markah

BAHAGIAN A
Bina lima ayat yang lengkap berdasarkan gambar di bawah ini.
MUKA SURAT 2

BAHAGIAN B

Tulis sebuah karangan bagi tajuk-tajuk yang diberikan. Panjangnya karangan kamu mestilah tidak kurang daripada 80 patah kata dan tidak melebihi 120 patah kata.
Kamu boleh memilih sama ada ,

Soalan 1

Kelab Alam Sekitar sekolah kamu telah mengadakan satu aktiviti keceriaan sekolah.
Selaku Setiausaha Kelab, tulis laporan tentang aktiviti keceriaan tersebut.

ATAU

Soalan 2

Huraikan jenis-jenis pencemaran alam sekitar serta kesannya terhadap kehidupan manusia.

ATAU

Soalan 3

Kamu telah menyertai suatu Program Gotong-Royong di sekolah.Catatkan aktiviti yang kamu sertai dengan selengkapnya.


BAHAGIAN B
1 Bunga ros yang baru dipetik itu akan
selepas beberapa hari.
A lembik C layu
B kulai D kedut

Soalan 2 berdasarkan Gambar 1















Gambar 1

2 Kami menolong kakak menghidangkan lauk yang masih itu .
A panas C keras
B pedas D mentah

3 Pokok kelapa yang itu telah ditumbang.
A senget C condong
B patah D bengkok

4 Puan Suria berasa kerana anaknya lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan STPM.
A gembira C kagum
B megah D sedih

5 Luka di kakinya itu apabila terkena air.
A pahit C pedih
B kelat D bengkak

6 Pokok rambutan Pak Husin berbuah tahun ini.
A banyak C kuat
B lebat D rimbun


7 Fatimah ________ menziarahi ibu bapanya di kampung.
A jarang-jarang
B sering-sering
C hampir-hampir

8. Murid-murid perempuan tidak dibenarkan memakai _______ ke sekolah.
A manik-manik
B anting-anting
C renda-renda
D jentik-jentik

9. Penduduk Kampung Melati ________ untuk membaiki jambatan yang rosak itu.
A bergotong-royong
B berliang-liuk
C berberguling-gantang
D bercelam-celum

10. Mulut Azri ________ semasa membaca novel cinta itu.
A gerak-geri B kumat-kamit
B robak-rabik D silang-siur

11. _______ pekerja-pekerja asing itu sentiasa diwasai oleh pihak majikan mereka.
A Saki-baki
B Lekak-lekuk
C Susur-galur
D Tindak-tanduk

12. Tilaga mempelajari _________ mengurus perniagaan daripada ayahnya.
A selok-belok
B ceruk-meruk

13. Perompak-perompak itu telah ditangkap oleh polis. Esok, akan didakwa di mahkamah.
A dia C mereka
B beliau D baginda

14. Tiga orang pemuda itu memberitahu Sarjan Hamid bahawa telah dirompak.
A dia C kami
B saya D mereka

15. Sekumpulan pengakap berkumpul di padang. akan menjalani latihan kawad.
A Dia C Kami
B Mereka D Kita

16.Yang Di-Pertuan Agong berkenan untuk menghadiri majlis itu. diiringi Raja Permaisuri Agong.
A Beliau C Dia
B Baginda D Beta



17 Adila pergi ke Seremban. menaiki KTM Komuter dari Stesen Komuter KL Sentral.
A Kami C Mereka
B Dia D Kalian

18 Saya dan Suzie berjiran. tinggal di Taman Jasmin.
A Kita C Kami
B Saya D Mereka


19. Beberapa daripada se pinang itu sudah masak.
A ulas…tandan C biji…tandan
B sisir…tampok D tangkai…longgok

20. Pada kelapa sawit, ada 80
buah kelapa sawit.
A setangkai…biji
B selonggok…butir
C setandan…biji
D seikat…sisir
21. Daripada durian itu, hanya se yang elok isinya.
A ulas…pangsa C pangsa…ketul
B biji…pangsa D belah…potong


Soalan 22 berdasarkan Gambar 2

















Gambar 2
22. Tiga roti itu dijual dengan harga RM 2.00.
A biji C buku
B ulas D bentuk




22. I Senarai nama peserta perkhemahan itu ada pada saya,” kata Rozie.
II “Buku itu saya belum beli lagi, cikgu,” kata Yasmin.
III “Mak, berapakah biji epal yang perlu dikupas?” soal Munira.
IV “Daripada duduk sahaja, lebih baik saya menjahit,” kata Ayu.

A I dan II C I, II, dan IV
B I dan IV D I, II, III, dan IV

23. I Semua guru-guru di sekolah itu berkelulusan tinggi.
II Rancangan kartun itu diterbitkan seminggu sekali.
III Penduduk luar bandar masih ketinggalan dalam arus pembangunan.
IV Pada pendapat saya, bukit itu tidak harus ditarah.

A I dan II C II dan IV
B II dan III D III dan IV

24. I Gunung Kinabalu adalah gunung yang tertinggi di Malaysia.
II Banyak tentera Afghanistan yang gugur dalam pertempuran itu.
III Beliaulah yang mencuri kereta Haji Salim semalam.
IV Yang Berbahagia Datuk Isa adalah antara Wakil Rakyat yang disayangi.

A I sahaja C I dan III
B II sahaja D II dan IV

25. I Mak Sarah menghidangkan pelbagai lauk-pauk yang enak-enak.
II Meja yang diperbuat daripada kayu getah diminati oleh orang ramai.
III Kejayaan pasukan Malaysia bergantung pada pasukan yang bakal ditentangnya.
IV Ina mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Fadhil.

A I dan II C II dan III
B I dan III D II, III, dan IV

26. Sebulan sekali Siti pulang ke kampung untuk neneknya.

A melihat C menjengah
B menemui D menengok





27. Sesiapa yang dapat menjawab dalam masa yang dia ialah pemenangnya.
A terbaik C terlaju
B terpantas D terderas

28. Setem-setem yang oleh Alina berjumlah 600 keping.
A disediakan C disimpankan
B dikumpulkan D dihimpunkan

29. Kapal besar itu sedang di pelabuhan untuk memunggah barang-barang.
A berhenti C berlabuh
B singgah D mendarat










































Soalan 30 berdasarkan Gambar 3













Gambar 3

30. Faridah pakaian itu sebelum menyimpannya di dalam almari.
A melipat C mengemas
B menyusun D menyidai


































Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.



31 Majlis tersebut dibuat di peringkat
A sekolah. C negeri.
B daerah. D kebangsaan.

32 Siapakah yang mungkin sekali menyampaikan ucapan tersebut?
A Ketua Murid
B Guru Sukan
C Penolong Kanan Kokurikulum
D Guru Besar

33 Apakah tujuan majlis itu diadakan?
A Untuk menghargai jasa Asraf
B Untuk meraikan kejayaan Asraf
C Untuk merangsang murid
D Untuk mengucapkan terima kasih


34 Apakah sikap Asraf yang dapat
dicontoh?
A Jujur C Gigih
B Sabar D Rajin

35 Maksud tidak terhingga nilainya
dalam petikan tersebut ialah
A tidak berharga.
B bermaruah mulia.
C sangat berharga
D tidak boleh dikira.












Baca petikan syair di bawah ini. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.



36. “Anakanda” dalam syair itu mungkin
sekali
A murid sekolah rendah.
B pelajar sekolah menengah.
C pegawai di jabatan kerajaan.
D penuntut pusat pengajian tinggi.

37. Apakah maksud rangkap kelima syair
tersebut?
A Rajin belajar
B Bekerja keras
C Berbudi pekerti mulia
D Tabah menghadapi dugaan

38. Apakah anggapan ayahanda terhadap
ke- hidupan di dunia?

A Tempat untuk mencari rezeki
B Tempat untuk menjadi masyhur
C Tempat sebagai persiapan menuju
akhirat
D Tempat meningkatkan taraf hidup

39. Nasihat-nasihat yang berikut diberikan
oleh ayahanda, kecuali

A rajin beramal ibadat.
B menghormati orang lain.
C sentiasa jujur dan amanah.
D menganggap diri sentiasa benar.






40. Kata memberi gusar dalam petikan boleh membawa maksud

A berasa kecewa.
B menambahkan kebimbangan.
C membangkitkan kemarahan.
D menimbulkan kegelisahan.




























































MUKA SURAT 4




BAHAGIAN C

Tulis beberapa nilai atau pengajaran yang kamu boleh dapati daripada petikan di bawah ini. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Melisa selalu mendapat pujian guru-gurunya kerana dia sentiasa mencapai keputusan cemerlang dalam pelajaran. Melisa seorang murid yang rajin belajar. Di dalam kelas, dia menumpukan sepenuh perhatian semasa guru mengajar. Melisa rajin bertanya soalan kepada guru jika dia kurang faham tentang pelajarannya.
Melisa juga bergaul mesra dengan rakan-rakannya. Dia selalu bermain dan belajar bersama-sama mereka. Melisa sering mendorong rakan-rakannya supaya belajar bersungguh-sungguh. Melisa juga aktif dalam kegiatan kokurikulum. Dia mewakili rumah sukannya dalam acara lompat tinggi, menyertai persatuan pengakap, kelab komputer, dan tae-kwan-do.
Di rumah, Melisa akan belajar secara sistematik mengikut jadual waktu yang telah disediakannya. Pada hujung minggu, Melisa akan membantu ibunya mengemas rumah. Melisa juga selalu membasuh kasut sekolahnya sendiri. Dia tidak suka membebankan ibunya dengan kerja-kerja yang boleh dilakukannya sendiri.

















MUKA SURAT 5