Friday, April 11, 2008

KETANGKASAN






SOALAN TUGASAN
1. Ujian kecenderungan memusat membolehkan kita mendapatkan beberapa statistik yang relevan. Dapatkan satu set data berdasarkan skor markah ujian psikomotor dari sekolah.

a. Bentangkan skor tersebut mengikut taburan kekerapan dalam bentuk
seperti jadual di bawah atau suaikan jika perlu.
Berikan nilai N di bawah jadual tersebut.


Ujian Psikomotor digunakan untuk menilai kebolehan dan kecekapan fizikal murid yang melibatkan kemahiran-kemahiran otot-otot kecil dan otot-otot besar. Ujian ini juga membolehkan kita untuk mengukur tahap kelembutan, daya tahan otot , daya tahan kardiovaskular dan kepantasan murid-murid.
Di bawah ini dibentangkan skor mentah Ujian Ketangkasan Lompat Kuardran yang mengukur jumlah lompatan , 25 orang murid berdasarkan tempoh masa tertentu.



x t f
27 I 1
26 II 2
25 III 3
24 IIII 4
23 III 3
22 II 2
21 II 2
20 III 3
19 II 2
18 III 3
18 18 18 19 19
20 20 20 21 21
22 22 23 23 23
24 24 24 24 25
25 25 26 26 27















N = 25








b. Berdasarkan data anda, berikan nilai: min, median, mod, julat dan sisihan lazim. Berikan formula di mana perlu dan berikan langkah-langkah bagaimana anda mendapat jawapan anda. Gunakan jadual di mana perlu.
(10 markah)

18 18 18 19 19
20 20 20 21 21
22 22 23 23 23
24 24 24 24 25
25 25 26 26 27
Jadual menunjukkan bilangan 25 orang murid melakukan Ujian Ketangkasan Lompat Kuardran berdasarkan jumlah lompatan mengikut standard masa yang diberikan .







N = 25
Min adalah kaedah yang digunakan untuk mengukur kecenderungan memusat yang mewakili purata aritmatik suatu set pencerapan. Ia dikira dengan mencampurkan jumlah skor dan dibahagikan dengan jumlah bilangan skor.

i. Nilai Min : M = ΣΧ
N
18 +18+18+19+19+20+20+20+21+21+22+22+23+23+23+24+24+24+25+25+25+26+26+27
25

Maka , Min : 557 = 22.28
25


Daripada nilai Min yang diperolehi, bolehlah dirumuskan bahawa nilai tersebut adalah kecil iaitu 22.28. Nilai ini menunjukkan bahawa kecergasan pelajar adalah di tahap sederhana. Min yang diperolehi adalah dipengaruhi oleh nilai skor rendah. Secara keseluruhannya bolehlah dibuat kesimpulan bahawa daripada


25 orang calon, hanya sebilangan kecil sahaja yang mendapat skor yang tinggi di dalam ujian ini.


ii. Median : Median adalah suatu nilai tunggal daripada set data yang mengukur item memusat di dalam data.item tunggal ini ialah paling tengah atau paling memusat dalam sesuatu set nombor. Median juga membahagikan set data kepada dua bahagian yang sama besar


18,18,18,19,19,20,20,20,21,21,22,22 , 23 , 23,23,24,24,24,24,25,25,25,26,26,27

.
Median = 23






iii. Mod : Mod ialah satu ukuran kecenderungan memusat yang berbeza daripada Min tetapi agak menyerupai Median kerana ia bukanlah dikira melalui proses aritmatik biasa. Mod ialah nilai yang paling kerap berulangan dalam set data.Ia diwakili oleh titik tertinggi dalam keluk taburan sesuatu set data.Sebelum mengenalpasti Mod , data hendaklah disusun secara sistematik bagi memudahkan proses pencarian.

18,18,18,19,19,20,20,20,21,21,22,22,23,23,23, 24,24,24,24, 25,25,25,26,26,27


Mod , ialah : 24









iv. Julat : Julat ialah perbezaan antara nilai tercerap paling tinggi dan paling rendah.Julat mudah dicari dan difahami tetapi kegunaannya sebagai ukuran serakan adalah terhad.

x t f
27 I 1
26 II 2
25 III 3
24 IIII 4
23 III 3
22 II 2
21 II 2
20 III 3
19 II 2
18 III 3
















Julat : 27 – 18 = 9


v. Sisihan Lazim (S) : Ia merupakan ukuran kebolehubahan yang biasa digunakan untuk memberi gambaran yang lebih lengkap tentang pencapaian calon-calon dalam sesuatu ujian. Sisihan lazim sangat berguna untuk membuat analisa terhadap taburan-taburan markah yang mempunyai min yang sama, tetapi sebaran yang jauh berbeza.

Untuk Ujian Ketangkasan Lompat Kuardran ini , skor setiap pelajar diambil dan susun secara menaik agar mudah dikira. Nilai min diambil dan untuk mencari sisihan lazim skor setiap pelajar ditolak dengan nilai min kemudian di kuasa duakan. Jumlah semua skor tolak min yang telah dikuasa dua setiap pelajar diambil dan dimasukkan ke dalam formula.


Nilai min skor pelajar ialah 22.28 , nilai dua titik perpuluhan diambil untuk memudahkan pengiraan apabila mencari sisihan piawai nanti. Jumlah nilai skor tolak min kuasa dua ialah 179.93 dan jumlah semua pelajar adalah 25 orang. Semua formula dan jalan penyelesaian masalah diterangkan dengan lebih terperinci dengan berpandukan jadual skor yang telah disediakan.
Bil Nama Skor (x) M ( X - M) ( X - M )2
1 Munir Sobri 27 22.28 4.72 22.27
2 Khairul Anuar 26 22.28 3.72 13.83
3 Sail Zain 26 22.28 3.72 13.83
4 Rodzuan Awang 25 22.28 2.72 7.39
5 Tan Lee Lin 25 22.28 2.72 7.39
6 Mohd Kamarul Hafiz 25 22.28 2.72 7.39
7 Nafsiah Hussain 24 22.28 1.72 2.95
8 Nur Syuhada Mohd Rosli 24 22.28 1.72 2.95
9 Vithiyambigai 24 22.28 1.72 2.95
10 Tan Kar Ling 24 22.28 1.72 2.95
11 Fara Nor Asmira Jastan 23 22.28 0.72 0.52
12 Lim See Yee 23 22.28 0.72 0.52
13 Norhafezah Mustapa 23 22.28 0.72 0.52
14 Norashikin Chahep 22 22.28 -0.28 0.08
15 Nor Hernamawarni 22 22.28 -0.28 0.08
16 Shahirah Md Rasid 21 22.28 -1.28 1.64
17 Soo Mee Khuan 21 22.28 -1.28 1.64
18 Radziah Zolkefli 20 22.28 -2.28 5.19
19 Yogasheelan 20 22.28 -2.28 5.19
20 Nur Afiq Daud 20 22.28 -2.28 5.19
21 S. Uma shangkar 19 22.28 -3.28 10.75

22
Farah Nasuha Mohd Jumat
19
22.28 -3.28 10.75
23 Roszita Rusli 18 22.28 -4.28 18.32
24 Farah Dayana Sulaiman 18 22.28 -4.28 18.32
25 Ahmad Danial Ali 18 22.28 -4.28 18.32
JUMLAH 557 0.00 179.93
N= 25

i) Min (Xi)
M = ∑x Xi = min
n x = skor
n = jumlah pelajar
M = 557
25

= 22.28

ii) Sisihan Lazim (S)
S = 2.74








c. Apakah yang dapat dirumuskan dari dapatan di atas?
(1 markah)

Sisihan Lazim (S)
S = 2.74

Nilai sisihan piawai yang diperolehi adalah kecil iaitu 2.74, jadi taburan skor mentah bagi kelas berkenaan adalah lebih homogen atau menyeluruh. Sisihan piawai mengambil kira nilai bagi setiap skor. Selain itu ia adalah digunakan untuk menghitung ralat. Oleh itu semakin kecil nilai sisihan piawai maka semakin kecil nilai ralat atau kesilapan yang terdapat di dalam ujian itu.














d. Bagaimanakah dapatan ini berguna kepada anda atau kepada sesebuah sekolah? Huraikan. Rujuk kepada Rajah 1.7 dalam modul anda.
(2 markah)

Keperluan pengukuran dalam proses penilaian dapat memberikan guru dan sekolah maklumat berkaitan Ujian Psikomotor digunakan untuk menilai kebolehan dan kecekapan fizikal murid yang melibatkan kemahiran-kemahiran otot-otot kecil dan otot-otot besar. Ujian ini juga membolehkan kita untuk mengukur tahap kelembutan, daya tahan otot , daya tahan kardiovaskular dan kepantasan murid-murid.
Selain itu keperluan pengukuran juga melibatkan motivasi , penyelidikan , ramalan , Diagnosis , kelasifikasi , pencapaian dan penilaian pengajaran dan program. Ujian yang dijalankan sebagai alat yang direka bentuk dengan tujuan mendapatkan maklumat yang relevan untuk membuat keputusan yang praktikal. Seorang guru selepas mentakrif tujuan dan objektif-objektif pengajaran dan menentukan apakah jenis keputusan yang harus dibuat, akan memerlukan maklumat untuk proses penilaian. Guru haruslah membentuk atau memilih alat atau ujian yang baik untuk mendapat maklumat yang sesuai dan relevan.
Pertumbuhan otot saraf, pertumbuhan sosial dan emosi dan pertumbuhan organan merupakan tiga matlamat dalam proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani. Bagi matlamat pertumbuhan otot saraf, ianya adalah berkaitan dengan kebolehan motor seperti ketangkasan, kepantasan, kuasa, masa reaksi, kemahiran sukan, kinestetik, deria dan lain-lain kebolehan motor.




Kebanyakkan aktiviti sukan, ketangkasan dikalangan ahli sukan penting bagi menjamin kejayaan dalam acara sukan yang diceburi. Ketangkasan bererti mempunyai kemampuan fizikal yang membolehkan bergerak dengan pantas dan berkeupayaan mengubah posisi badan ke arah sasaran yang dikehendaki dalam jangka masa yang cepat dan tepat.

Faktor prestasi fizikal (Physical Performance Factor) yang meliputi kekuatan, ketangkasan, kuasa, koordinasi, kepantasan, masa reaksi, kelembutan, keseimbangan dan sebagainya adalah antara faktor yang mempengaruhi pergerakan yang kompleks dan berkualiti. Oleh itu, ujian ketangkasan amatlah perlu bagi mengetahui tahap ketangkasan seseorang itu mencapai ke tahap yang diperlukan.
Selain untuk mencapai prestasi yang tinggi dalam sesuatu acara sukan dan permainan, keperluan ketangkasan yang baik juga amat penting dari segi keselamatan. Pada sesuatu situasi yang tidak dapat dijangkakan atau diluar kawalan, faktor ketangkasan diperlukan untuk bergerak balas dengan pantas bagi mengelakan sesuatu objek atau orang lain yang datang dari arah yang bertentangan.







Penjelasan perlu dalam penekanan bahawa ketangkasan bukan sahaja penting dalam sukan malah merupakan satu elemen yang amat penting dalam kehidupan seharian. Setelah melihat akan peranan ketangkasan dalam Pendidikan Jasmani dan aktiviti sukan serta permainan dapatlah dikatakan bahawa ujian ketangkasan ini banyak kegunaan dan boleh diimplementasikan dalam bidang Pendidikan Jasmani dan sukan. Di antara kegunaan ujian – ujian ketangkasan adalah seperti berikut :

a) merupakan salah satu cara bagi memperbaiki akan kelemahan kecergasan fizikal para pelajar.
b) Mengetahui keberkesanan sesuatu program latihan yang telah diadakan keatas pelajar – pelajar.
c) Sebagai salah satu cara motivasi kepada pelajar untuk meningkatkan lagi prestasi dalam bidang yang diceburi.
d) Merupakan faktor pengukuran dalam ujian ketangkasan kebolehan motor.
e) Merupakan asas bagi meramal akan potensi pelajar dalam bidang sukan dan permainan.
f) Membuktikan bahawa ketangkasan amat penting dalam kehidupan seharian.




Daripada maklumat yang didapati itu, guru dapat mengukur pencapaian murid, mengetahui kelemahan-kelemahannya, meramal keupayaannya, memilihnya untuk sesuatu tujuan, atau sebagainya. Tetapi, mengukur prestasi seseorang murid dalam pelajaran misalnya, tidaklah semudah mengukur tinggi atau beratnya.

2. Sebagaimana yang kita maklum, terdapat beberapa kriteria pemilihan yang digunakan sebelum memutuskan kesesuaian sesebuah ujian pendidikan jasmani untuk pelajar di sekolah anda. Dapatkan salah satu ujian tersebut dari sekolah dan gunakan ujian ini sebagai asas untuk jawapan anda kepada ketiga-tiga bahagian di bawah. Sertakan salinan ujian ini bersama tugasan.

a. Apakah yang boleh anda simpulkan dari segi kesahan ujian tersebut ?
Berikan sebab-sebab anda menyatakan demikian.


Ujian Ketangkasan Lompat Kuardran dalam pendidikan jasmani ialah alat yang direka bentuk dengan tujuan mendapatkan maklumat yang relevan untuk membuat keputusan yang praktikal. Kesahan adalah kriteria terpenting yang perlu dipertimbangkan apabila melakukan penilaian dalam ujian. Secara tradisinya , kesahan merujuk kepada apa yang hendak dinilai dalam ujian.

Sebagai seorang guru , selepas mentakrif tujuan dan objektif-objektif pengajaran dan menentukan apakah jenis keputusan yang harus dibuat, akan memerlukan maklumat untuk proses penilaian. Guru haruslah membentuk atau memilih alat atau ujian yang baik untuk mendapat maklumat yang sesuai dan relevan. Daripada maklumat yang didapati itu, guru dapat mengukur pencapaian murid, mengetahui kelemahan-kelemahannya, meramal keupayaannya, memilihnya untuk sesuatu tujuan, atau sebagainya.




Menurut .Johnson & Nelson, (1986) menyatakan kesahan juga salah satu bentuk penilaian yang dikenali sebagai tafsiran kebolehpercayaan, terjadi apabila dua atau lebih individu mentadbir ujian yang sama, pada orang yang sama, pada orang yang sama dan memperolehi keputusan yang hampir-hampir sama. Kesahan bergantung sepenuhnya kepada kejelasan dan arahan ujian yang lengkap serta bagaimana prosedur ujian diikuti secara bersungguh-sungguh. Apabila penilai memperolehi catatan markah yang berbeza semasa menilai subjek yang sama, maka kesahan tidak berlaku.

Oleh itu, data-data yang diperolehi akan dikira sebagai tiada kebolehpercayaan dan kesahan. Percanggahan keputusan timbul apabila penilai menggunakan teknik pemarkahan atau penilaian yang berbeza dan juga apabila prosedur ujian tidak diikuti. Sebagai contoh; dua orang guru, Munir dan Rashid mengambil masa larian Khairul (berlari melalui beberapa kon). Munir menambah satu saat kepada skor akhir setiap kali kesalahan dilakukan, contohnya; melanggar kon. Rashid mencatat masa tanpa mengambil kira kesalahan yang dilakukan. Dengan itu catatan akhir amat ketara perbezaannya. Untuk memastikan adanya keobjektifan, penilai harus menilai subjek dengan cara yang sama dan mengikut prosedur ujian secara terperinci. (Strand,B.N.1993:11).

Penentuan kesahan sering dijalankan serentak dengan cara menentukan kebolehpercayaan. Kesahan diperolehi dengan kehadiran dua atau lebih penguji mentadbir ujian untuk kumpulan pelajar yang sama. Koefisyen kesahan akan dapat ditentukan daripada jumlah persefahaman di antara pentadbir-pentadbir ujian tersebut.(Miller,D.A. 1988). Dengan demikian, ujian yang baik mestilah mempunyai ciri-ciri tertentu. Ujian itu haruslah membantu seseorang guru membuat keputusan yang manfaat . Data-data yang diperolehi haruslah konsisten atau stabil, iaitu yang boleh diharapkan, dan mudah diperolehi.





b. Apakah ujian tersebut wajar dipilih untuk digunakan di sekolah anda?
Nilaikan ujian yang dipilih berdasarkan kriteria berikut:
i. Mudah ditadbir
ii. Kos pentadbiran ujian
iii. Sumber manusia dan peralatan
iv. Memenuhi objektif
v. Mencabar dan bermakna
(5 markah)

Pemilihan Ujian Ketangkasan Lompat Kuardran adalah berdasarkan kepada beberapa kriteria dan bersesuaian dengan kemampuan pelajar. Sebagai guru prosedur penilaian haruslah meliputi segala proses pengujian dan pengukuran. Oleh itu, ujian merupakan alat utama dalam prosedur penilaian. Keberkesanan penilaian amat bergantung kepada pembinaan dan pemilihan ujian yang baik. Semasa ujian penilaian dijalankan, haruslah terdapat empat konsep asas yang sangat penting iaitu kesahan (validity), kebolehpercayaan (reliability), keobjektifan (objectivity) dan norma (norms). Jika ujian penilaian yang dijalankan tidak memenuhi keempat-empat prinsip ini, maka keputusan yang boleh diperolehi tidak akan diterima melalui ujian pengukuran itu.

Selain itu aspek ujian yang dipilih berdasarkan ciri-ciri mudah ditadbir , kos pentadbiran ujian , sumber manusia dan peralatan , memenuhi objektif serta mencabar dan bermakna. Antara ciri-ciri berikut adalah :

i. Mudah ditadbir adalah kerana Ujian Ketangkasan Lompat Kuardran tidak memerlukan terlalu ramai penilai atau pembantu semasa proses ujian dijalankan. Arahan yang diberikan kepada pelajar mudah dan tidak mendatangkan kemudaratan kepada pengambil ujian.




ii. Kos pentadbiran ujian tidak memerlukan peralatan yang mahal dan peralatan yang diperlukan telah sedia ada di sekolah. Contohnya jam randik dan pita penanda.

iii. Sumber manusia dan peralatan yang diperlukan mencukupi untuk dijalankan Ujian Ketangkasan Lompat Kuardran ini. Peralatan yang digunakan telah sedia ada diperolehi di sekolah.

iv. Memenuhi Objektif iaitu ujian yang dijalankan adalah untuk Mengukur Ketangkasan dan Kepantasan bergerak sambil mengubah haluan tubuh badan dalam jangka masa yang tercepat mengikut keupayaan individu. Keobjektifan, satu bentuk kebolehpercayaan yang dikenali sebagai tafsiran kebolehpercayaan, terjadi apabila dua atau lebih individu mentadbir ujian yang sama, pada orang yang sama, pada orang yang sama dan memperolehi keputusan yang hampir-hampir sama.(Johnson & Nelson, 1986)

Paksi Kolerasi ini diperolehi semasa perbandingan keputusan, yang mana membuktikan tahap persetujuan penilai berkaitan nilai pengukuran tersebut. Keobjektifan bergantung sepenuhnya kepada kejelasan dan arahan ujian yang lengkap serta bagaimana prosedur ujian diikuti secara bersungguh-sungguh. Apabila penilai memperolehi catatan markah yang berbeza semasa menilai subjek yang sama, maka keobjektifan tidak berlaku.

Oleh itu, markah-markah yang diperolehi akan dikira sebagai tiada kebolehpercayaan dan kesahan. Percanggahan keputusan timbul apabila penilai menggunakan teknik pemarkahan atau penilaian yang berbeza dan juga apabila prosedur ujian tidak diikuti.



v. Mencabar dan bermakna bermaksud Ujian Ketangkasan Lompat Kuardran yang dijalankan amat penting demi tujuan ujian yang hendak dilakukan. Data yang diperolehi menunjukkan kesahan yang dapat membantu pihak sekolah dan guru menyediakan atlit yang benar-benar bersedia dari segi kecergasan psikomotor untuk sesuatu pertandingan.

c. Bagaimanakah anda akan merancang supaya ujian yang dipilih dilaksanakan dengan baik? Huraikan dalam konteks situasi anda dan pelajar di sekolah dari segi aspek berikut: persediaan pra-ujian, perlaksanaan ujian serta penilaian dan pelaporan ujian. Anda boleh merujuk kepada sub-topik 3.3. modul anda.
(12 markah)


Sekolah Kebangsaan Perak , Jalan Seberang Perak, 05050 Alor Setar, Kedah, merupakan sebuah sekolah yang mempunyai kemudahan peralatan yang mencukupi serta mempunyai ruang untuk menjalankan Ujian Ketangkasan Lompat Kuardran. Sebagai guru yang merancang ujian maka amat penting memastikan ujian yang dipilih dilaksanakan dengan baik. Perancangan dari aspek persediaan pra-ujian, perlaksanaan ujian serta penilaian dan pelaporan ujian dapat memantapkan lagi pengurusan dan pentadbiran ujian. Penilai merancang sebelum memberi ujian untuk memastikan persediaan yang dilakukan adalah memadai dan pentadbiran tersebut akan berjalan dengan lancar.
Persediaan pra-ujian adalah merangkumi kesemua persediaan yang wujud sebelum pentadbiran ujian tersebut. Ia termasuklah beberapa tugasan iaitu kriteria-kriteria yang diperlukan dalam pemilihan ujian dan penilaian. memahami ujian tersebut, memajukan prosedur ujian, memajukan arahan, pra perancangan terhadap individu yang hendak dilakukan ujian, merancangkan ujian percubaan dan pemanasan, menyediakan peralatan dan kemudahan untuk

ujian tersebut, membuat kertas permarkahan, menganggarkan masa ujian yang diperlukan, dan memberi ujian.

Perancangan pra-ujian harus dikendalikan secara sistematik bagi menentukan kejayaan dan keberkesanan sesuatu ujian yang ingin dilaksanakan.
Masalah pastinya akan berlaku semasa membuat perancangan sebelum dijalankan ujian. Namun demikian sebarang masalah yang timbul perlu diselesaikan supaya tidak ada perkara yang tidak diingini berlaku.

Pada keseluruhannya, pengalaman merupakan sumber yang amat penting dan berguna bagi menguruskan sesuatu persediaan pra-ujian sebelum dilaksanakan ujian. Ini adalah kerana, seseorang individu itu akan dapat mengenalpasti kelebihan dan juga kekurangan dalam aspek pengujianan.

Persedian pra-ujian yang dijalankan di sekolah ini , dijelaskan dengan terperinci di bawah:
(a) Memahami ujian
Apabila guru melakukan perancangan dalam pentadbiran ujian untuk pertama kali, guru akan membaca arahan atau manual ujian beberapa kali. Faktor ini bertujuan memahirkan tentang ujian yang penilai baca. Ini adalah cara untuk menghindarkan terlepas pandang segelintir prosedur , dimensi dan bentuk ujian tersebut.

(b) Memajukan prosedur ujian
Apabila guru sudah mahir dengan ujian yang dilakukan, mulakan dengan memajukan prosedur untuk pentadbiran tersebut. Ini termasuklah pemilihan prosedur penilaian yang berkesan, memutuskan sama ada untuk melakukan ujian secara serentak terhadap semua individu atau dalam berkumpulan dan memastikan


sama ada seorang sahaja melakukan ujian tersebut atau secara berpasangan melakukan ujian sesama sendiri.

(c) Memajukan arahan
Selepas guru mengenal pasti prosedur, sebagai penilai ianya hendaklah memajukan tujuan. Ia bertepatan penerimaan untuk membaca arahan kepada kumpulan sebelum melakukan ujian tersebut terhadap penerima ujian.

(d) Menyediakan pelajar atau prosedur program
Penilai sewajarnya memberitahu ujian yang akan dilakukan, maka pelajar boleh berlatih. Ia akan meningkatkan markah mereka. Bila kelas atau kumpulan tersebut tidak biasa dengan ujian yang diberikan, lebihkan masa kepada mereka untuk menerangkan, sehari sebelum ujian tersebut dilakukan. Ini termasuklah teknik-teknik untuk meningkatkan markah ujian, dan memerhati latihan pra ujian tersebut.

(e) Merancangkan ujian percubaan dan pemanasan
Sebelum ini, guru mempelajari bahawa kebolehpercayaan meningkatkan pemanasan pra ujian. Sifat terhadap pemanasan hendaklah dirancang. Pemanasan hendaklah dilakukan secara terperinci terhadap kemahiran yang hendak dilakukan.

(f) Menyediakan peralatan dan kemudahan untuk ujian
Guru hendaklah mempunyai semua peralatan yang diperlukan dan
persediaan kemudahan tempat sehari sebelum ujian dilakukan. Mempunyai kesemua peralatan yang diperlukan, membuat garisan halangan, menanda tempat yang betul apabila para pengambil ujian sampai pada waktunya dan menghindarkan masalah yang akan timbul apabila para pengambil ujian menunggu giliran mereka.

(g) Membuat kertas permarkahan
Menyediakan kertas permarkahan sebelum ujian untuk kesemua ahli kumpulan atau individu kad permarkahan. Masukkan kesemua nama peserta dalam kertas atau kad permarkahan sebelum ujian dilakukan. Terdapat banyak kelebihan menggunakan kertas permarkahan. Kad permarkahan membolehkan peserta untuk bergilir ketika melakukan ujian di stesen-stesen dan memudahkan mengisi markah dengan cepat selepas melakukan ujian tersebut. Apabila seseorang melakukan ujian sambil merekodkan permarkahan untuk setiap kumpulan, masa boleh dijimatkan.

(h) Menganggarkan masa ujian yang di perlukan
Apabila ujian tidak mengambil keseluruhan kelas atau waktu program atau apabila setengah kumpulan sedang mengambil ujian dalam hari tertentu, anda haruslah merancangkan beberapa aktiviti untuk mengisi masa yang terluang. Jika ujian program kecergasan dilakukan terhadap agensi atau syarikat, perancangan yang sama diperlukan. Menganggarkan masa yang diperlukan dalam mentadbir ujian boleh minimumkan kekeliruan dan maksimumkan penggunaan masa yang ada.










Perlaksanaan Ujian haruslah dirancangkan dengan teliti, penilaian yang
dilakukan akan berjalan dengan lancar. Penilai mestilah mengambil berat sewaktu hari ujian itu dilaksanakan. Guru juga haruslah lengkap dengan persediaan para pengambil ujian, motivasi dan keselamatan.

(a) Persediaan
Para pengambil ujian seharusnya mengetahui ujian apa yang akan dilakukan dan mengapa ujian itu di laksanakan. Perkara pertama sekali yang perlu diambil kira adalah latihan. Selepas itu, guru akan menerangkan arahan dan prosedur tersebut. Selain itu, bertanyakan ujian sebelum dan selepas persembahan itu dilakukan. Bagaimanapun, ini boleh mengurangkan ketepatan ujian, kerana bagi setengah ujian, pengambil ujian tidak harus tahu dengan mendalam. Ini boleh meningkatkan ketidakbolehpercayaan ujian tersebut.
(b) Motivasi
Berikan kepada semua pengambil ujian yang sama tahap motivasi dan galakan. Walaupun kita semua memberikan galakan terhadap pengambil ujian yang lemah, kita seharusnya memberikan layanan yang sama terhadap semua pengambil ujian. Jika perlu, nyatakan markah ketika para pengambil ujian melakukan percubaan yang pertama. Ini akan memberikan motivasi kepada mereka untuk lakukan yang terbaik untuk percubaan yang kedua. Elakkan memaklumkan markah yang boleh memalukan para pengambil ujian.







(c) Keselamatan
Semasa sesi penilaian dilakukan, penilai atau guru haruslah perhatikan masalah keselamatan yang timbul. Para pengambil ujian akan mengabaikan keselamatan jika mereka tidak mengikut arahan.



Penilaian dan pelaporan merupakan aspek yang penting untuk guru lakukan supaya rasional melakukan penilaian adalah untuk mengumpul maklumat para peserta dan hal yang berkaitan dengan program pengajaran. Informasi ini hanya boleh digunakan selepas ujian itu dilakukan. Keputusan ujian dipulangkan kepada para peserta kerana ia akan lebih bermakna untuk mereka dalam proses penilaian. Penilaian dan pelaporan termasuk dalam prosedur selepas ujian.

Menilai markah ujian dan menyimpan serta melaporkan keputusan
ujian diterangkan seperti berikut:

(a) Menilai markah ujian
Selepas ujian dilakukan, markah ujian perlulah dinilai menggunakan teknik-teknik yang tertentu. Ini memerlukan memasukkan data dalam computer untuk dinilai, menyimpan rekod, dan/atau penerimaan data. Analisis adalah untuk mendedahkan ciri-ciri yang boleh mempengaruhi proses pengajaran atau melaksanakan program dan memberi maklumat terhadap kumpulan pengambil ujian dan menyediakan data untuk permarkahan atau tujuan yang lain. Sesetengah individu tertarik dengan markah mereka sendiri. Pelaporan keputusan ujian kepada peserta adalah cara motivasi yang berkesan.


(b) Menyimpan dan melaporkan keputusan ujian
Menyimpan keputusan ujian selalunya digunakan untuk menempatkan kertas permarkahan dan menganalisis mereka dalam fail yang tertentu. Maklumat yang dibuat boleh memberikan perbezaan di antara kelas dan kumpulan di antara tahun, program penilaian setiap tahun, dan pembangunan norma-norma. Untuk pengetahuan bahawa kumpulan atau taraf kelas, selalunya berdasarkan keputusan ujain dan analisis anda. Walaupun tidak penting untuk mengenalpasti markah, selalunya dalam situasi di mana rekod kad yang tetap untuk setiap pelajar atau pengambil ujian itu disimpan. Ia melalui kad yang disimpan, di mana mengikuti perkembangan para pelajar daripada satu tahap ke satu tahap dan para peserta dari tahun ke tahun, di mana anda boleh mengenalpasti peningkatan dari masa ke semasa.

Kesimpulannya maka dapatlah dinyatakan bahawa dalam proses merancang perlaksanaan ujian , penilai seharusnya mematuhi beberapa kriteria yang perlu dilaksanakan supaya Ujian Ketangkasan Lompat Kuardran dapat dilakukan dengan sebaik-baiknya. Ujian-ujian pendidikan jasmani ialah alat yang direka bentuk dengan tujuan mendapatkan maklumat yang relevan untuk membuat keputusan yang praktikal. Seorang guru selepas mentakrif tujuan dan objektif-objektif pengajaran dan menentukan apakah jenis keputusan yang harus dibuat, akan memerlukan maklumat untuk proses penilaian. Guru haruslah membentuk atau memilih alat atau ujian yang baik untuk mendapat maklumat yang sesuai dan relevan.

Dengan demikian, ujian yang baik mestilah mempunyai ciri-ciri tertentu. Ujian itu haruslah membantu seseorang guru membuat keputusan yang manfaat .Data-data yang diperolehi haruslah konsisten atau stabil, iaitu yang boleh diharapkan, dan mudah diperolehi. Prosedur penilaian meliputi segala proses pengujian dan pengukuran. Oleh itu, ujian merupakan alat utama dalam prosedur penilaian. Keberkesanan penilaian amat bergantung kepada pembinaan ujian yang baik.


Rujukan


Baechie,T.R.(1994).Essentials of Strength Training and Conditioning.
Champaign,Illinois:Human Kinetics

Barrow, H.M & Mc Gee.R.(1979). A Practical Approach To Measurement for
Evaluation in Physical Education (3rd ).Phil: Lea & Febiger.

Baumgartner, T.A and Jackson, A.S. (1991). Measurement for Evaluation in
Physical Education and Exercise Science (4th ed.). Dubuques :Wm.
C.Brown.

Morrow Jr., Jackson, A.W., Dish, J.G, & Mood, D.P. (1995). Measurement and
Evaluation in Human Performance. Champaign : Human Kinetics

Safrit, M.J.(1990).Introduction to Measurement in Physical Education and
Exercise Science.St.Louise:Times Mirror/Mosby.

Sharkey, B.J (1977) Fitness and Health (4th ed). Champaign : Human Kinetics.

Sheikh Kamarudin Bin Sheikh Ahmad.(1987).Buku Sumber Kecergasan Fizikal
Tahap 1. Kuala Lumpur: Persatuan Pendidikan Jasmani Dan Kementerian
Belia Dan Sukan Malaysia.

Borhan (2007). HBPE2203 Ujian , Pengukuran dan Penilaian dalam
Pendidikan Jasmani. Open University Malaysia.



http://www.atozfitness.com/
http://www.athletesnetwork.com/pat.htm
http://www.usask.ca/sportmedsci/exphys/testex.htm
http://www.usask.ca/sportmedsci/exphys/related.htm
http://www.humankinetics.com/products/subjectareas.cfm?suic=0ST
http://www.hampshire.police.uk/Recruitweb/recruitfit.htm
http://google.yahoo.com/bin/query?p=sport+agility+test&hc=0&hs=0
http://www.topendsports.com/testing/sport-hockey.htm
http://www.topendsports.com/testing/agility.htm









LAMPIRAN :

Ujian Ketangkasan Lompat Kuardran

Bil Perkara Maklumat / Butiran
1. Tajuk
Ujian lompat Kuadran

2.
Objektif
Mengukur Ketangkasan
(Kepantasan bergerak sambil mengubah haluan
tubuh badan dalam jangka masa yang tercepat
mengikut keupayaan individu)


3.
Kesahan
Kesahan Permukaan

4.
Keobjektifan
R= 0.96 diperolehi oleh Lary Malone, Northeast
Lousiana University Monroe 1969.


.
Kemudahan / Alatan
i. Jam randik – 1
ii. Pita penanda – 1

.
Arahan / Penerangan
i. Peserta berdiri di garisan permulaan.
ii. Apabila menerima isyarat mula peserta melompat dengan dua belah kaki ke dalam suku petak pertama kemudian kedua, ketiga,keempat dan balik semula ke petak pertama.
iii. Corak pergerakan ini diteruskan sehingga isyarat berhenti diberikan
iv. Petak-petak ditandakan I,II,III, dan IV (rujuk rajah dibawah)
v. Peserta diberi dua percubaan dengan rehat 30 saat antara percubaan.
vi. Masa terbaik diambil kira.
vii. Skor dikira pada jumlah bilangan kaki mendarat dengan tepat pada suku petak yang betuk selama sepuluh saat



Jadual 3. Skor untuk Lompat Kuardron

Pencapaian
Skor Untuk Wanita
Jumlah Lompatan
Skor Untuk Lelaki
Jumlah Lompatan

Cemerlang
31 dan ke atas
33 dan ke atas

Baik
25 - 30
27 - 32

Sederhana
13- 24
14 - 26

Lemah
7 - 12
8 - 13

Sangat
Lemah

0 - 6
0 - 7


Sumber :
Johnson, B.L. and Nelson, J.k (1992). Practical Measurement and Evaluation
in Physical Education, (4th ). Edina, Minnesota : Burgess Publishing.


*rujuk lampiran borang skor bagi mendapat jumlah lompatan yang betul


Rajah 3. Ujian Ketangkasan Lompat Kuardron




















X : Penguji (mengira jumlah lompatan)
Y : Penguji (mengira jumlah kesalahan)
PM : Pencatat Masa

Sumber:
Johnson, B.L. and Nelson, J.k (1992). Practical Measurement and Evaluation
in Physical Education, (4th edition). Edina, Minnesota : Burgess
Publishing.





Lampiran
Kad Skor Ujian Lompatan Kuadron
Jumlah lakuan Lompatan (X)
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27 28 29 30
31 32 33 34 35 36 37 38 39 40
41 42 43 44 45 46 47 48 49 50

Jumlah lakuan X : ( )

Bilangan Kesalahan
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27 28 29 30

Jumlah lakuan y : ( )

Skor sebenar Uian Lompatan Kuadron :
X- ½ (y) = ____________

Panduan :
1. Ketua penguji mengira jumlah lakuan .
2. Penolong penguji mengira jumlah kesalahan
3. Pencatat menandakan (/) pada bahagian jumlah lakuan lompatan dan bilangan kesalahan yang dilakukan oleh subjek .
4. Kirakan Skor sebenar.

AMALAN PEMAKANAN




PENGENALAN
Kehidupan penduduk di Malaysia kini semakin terpengaruh dengan amalan pemakanan tidak seimbang dan kurangnya amalan menjaga kesihatan badan. Faktor ini dikenal pasti sebagai penyumbang utama kepada peningkatan mendadak penyakit kronik seperti penyakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan buah pinggang. Dua puluh tahun lalu, hanya enam peratus rakyat Malaysia menghidap penyakit kencing manis, tetapi kini sudah meningkat kepada sembilan peratus dan jika amalan mengambil makanan segera berterusan, tidak mustahil jumlah pesakit akan meningkat 12 hingga 13 peratus pada menjelang 2020 nanti.

Amalan pemakanan tidak seimbang yang semakin popular di kalangan rakyat negara ini, umpama bom jangka yang boleh meledakan pelbagai penyakit kronik. Contohnya pengambilan makanan segera sejak usia bayi lagi menyebabkan sistem badan kita lemah dari awal lagi kerana kita sudah terdedah kepada kandungan gula, garam dan lemak yang melebihi paras minimum yang diperlukan badan kita. Budaya kehidupan masyarakat kini , dimana kita sering melihat dan mendengar masalah-masalah obesiti dan gaya hidup yang kurang sihat. Masyarakat seharusnya diberi kesedaran terhadap pengekalan tahap kecergasan fizikal secara optimum supaya kesihatan dan kecergasan dapat mencegah penyakit yang merbahaya.

Menurut Pettifor di dalam Eng Wee Hoe (2005), menyatakan bahawa sebagai insan yang inginkan kehidupan yang sihat maka adalah menjadi tanggungjawab semua untuk mengamalkan gaya hidup sihat dengan cara menjalankan aktiviti kecergasan fizikal bagi menyihatkan tubuh badan. Kecergasan merangkumi kecergasan fizikal, mental, emosi, sosial dan rohani.



Justeru itu kecergasan fizikal terbahagi kepada dua iaitu kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan dan kecergasan berlandaskan perlakuan motor. Aktiviti kecergasan fizikal dapat meningkatkan taraf kesihatan diri serta mempengaruhi minda,emosi dan rohani seseorang.

1. 1 Definisi Kecergasan Fizikal
Kecergasan fizikal bermaksud kemampuan menguruskan diri setiap hari, berekreasi dan bertenaga untuk bertindak balas dalam situasi yang mencemaskan tanpa rasa letih dan lesu. Contohnya, seseorang yang melakukan larian 2 400 m masih mampu melakukan aktiviti yang lain setelah menamatkan larian. Menurut Raddick (1982), menyatakan kecergasan fizikal adalah sebahagian daripada pendidikan yang menggunakan aktiviti fizikal sebagai medium untuk menekan tentang pembentukan sikap , pengetahuan , dan kemahiran yang berhubung dengan kesihatan , kecergasan dan rekreasi dengan cara hidup dan kualiti seseorang ditingkatkan.

Selain daripada itu menurut Aminuddin , Anuar & Asiah (2003), menjelaskan bahawa kecergasan fizikal melibatkan kemampuan individu melakukan perkara-perkara berikut:
• Mampu melakukan kerja sepanjang hari tanpa kelesuan.
• Mampu dan boleh mengambil bahagian di dalam aktiviti yang melibatkan fizikal dan rekreasi tanpa keletihan yang berlebihan.
• Mampu serta mempunyai tenaga bagi menghadapi keadaan kecemasan.

Berdasarkan kenyataan di tadi dapatlah dibuat kesimpulan yang kecergasan fizikal merupakan keupayaan individu untuk berfungsi secara berkesan untuk menghadapi cabaran dalam kerja fizikal harian dan menggunakan masa lapang dengan lebih efektif di samping mempunyai lebihan tenaga untuk tujuan kecemasan.

Tahap kecergasan fizikal dapat dikelaskan kepada tiga kategori iaitu kecergasan fizikal tahap tinggi, tahap sederhana dan tahap rendah.

Rajah 1.1: Piramid tahap kecergasan









2. 1 Dua Cabang Utama Kecergasan Fizikal
2.1.1 Kecergasan berlandaskan kesihatan
Kecergasan berlandaskan kesihatan melibatkan bidang fisiologi dan psikologi tertentu dalam menentu membantu melindungi diri dari sebarang masalah kesihatan. Aspek-aspek kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan iaitu :
a) Daya tahan kardiovaskular bermaksud kemampuan dan kecekapan otot jantung , saluran darah (arteri , vena dan karpilari ) dan sistem pernafasan untuk membekalkan oksigen kepada otot secara berterusan semasa melakukan aktiviti.

b) Daya tahan otot bermaksud kemampuan otot untuk melakukan sesuatu aktiviti secara berulang-ulang dan berterusan tanpa berasa letih dan lesu dalam jangka masa panjang.
c) Kekuatan otot bermakna kemampuan otot atau sekumpulan otot menghasilkan daya dengan kuasa maksimum bagi mengatasi rintangan. Rintangan wujud semasa mengangkat , menarik atau menolak sesuatu beban.
d) Fleksibiliti dan kelenturan adalah keupayaan anjalan otot dan sendi melakukan pergerakan yang kemas dalam pergerakan yang maksimum. Kelenturan merujuk keupayaan sesuatu sendi badan boleh digunakan sejauh mungkin.
e) Komposisi badan bermaksud peratusan lemak badan berbanding otot , tulang dan tisu badan. Berat seseorang tidak dapat mencerminkan tahap komposisi badan . perkara yang penting dalam memahami konsep komposisi badan ialah lemak yang berlebihan pada badan seseorang.

Justeru itu , fizikal yang cergas akan dapat melahirkan masyarakat yang sihat serta dapat mengurangkan risiko penyakit berbahaya contohnya penyakit koronari, diabetes , berat badan yang berlebihan (kegemukan) , masalah mental-emosi dan penyakit-penyakit sedentari.

2.1.2 Kecergasan berlandaskan perlakuan motor
Kecergasan berlandaskan perlakuan motor terdiri dari komponen-komponen yang mempunyai kesan dalam proses menghasilkan perlakuan yang bermutu. Antara komponennya ialah kelajuan , ketangkasan , kuasa otot , imbangan , koordinasi dan masa tindak balas.


a) Kelajuan bermaksud kebolehan seseorang bergerak ke satu arah tertentu pada masa yang singkat.Ianya juga berkait rapat dengan masa tindak balas dan masa bergerak.
b) Ketangkasan ialah kebolehan individu menukar arah dengan pantas semasa bergerak. Ianya penting ketika menghadapi situasi kecemasan dan dapat melakukan pergerakan dengan cekap serta mengawal kedudukan badannya supaya berada dalam keseimbangan.
c) Kuasa otot adalah kombinasi kekuatan otot dan kelajuan. Kuasa merujuk kepada kebolehan individu melakukan pergerakan pantas yang cepat dalam jangkamasa yang singkat dengan kecekapan yang tinggi.
d) Imbangan merupakan kebolehan individu mengimbangkan badan dalam keadaan statik atau dinamik. Ianya merupakan kesan kepada reaksi dan kebolehan unuk mengekalkan keseimbangan apabila pusat graviti seseorang dan tapak yang menyokongnya diubah.
e) Koordinasi ialah keupayaan otot melakukan dan menyelaras pergerakan dengan kemas dan lancar. Ianya merupakan keberkesanan dan keseragaman yang cekap dalam pergerakan tubuh badan seseorang. Koordinasi melibatkan penggunaan kesemua anggota badan serta kebolehan menggunakan panca indera dan hubungannya dengan minda akan menghasilkan pergerakan yang sempurna. Koordinasi boleh dicapai dengan melakukan latihan yang bersistematik.
f) Masa tindak balas berlaku sebaik sahaja seseorang itu menerima rangsangan melaui sistem pendengaran atau perasaan masa tindak balas dilakukan dengan pantas. Kepantasan masa tindak balas dikaitkan dengan ketangkasan.

Sebagai seorang guru Pendidikan Jasmani seharusnya mempunyai pengetahuan dalam bidang sains sukan yang menjadi asas penting dalam melaksanakan aktiviti kecergasan fizikal. Pengetahuan tersebut dapat membantu guru untuk merancang dan melaksanakan program latihan dengan lebih bersistematik. Oleh sebab itu , masyarakat yang sihat serta kurang risiko penyakit berbahaya seperti koronari, diabetes, obesiti dan penyakit-penyakit sedentari sebenarnya memiliki fizikal yang cergas.

Rajah 1.2 : Carta komponen kecergasan fizikal

3.1 Komponen kecergasan fizikal ( 5 contoh)
Tahap kesihatan, kecergasan kardiovaskular, ketahanan otot, kekuatan otot, kelenturan dan komposisi badan berkait rapat dengan elemen penilaian tahap kecergasan fizikal. Menurut Clark ( 1976 ), kecergasan fizikal seseorang boleh diukur dari aspek fisiologi ataupun ianya diukur ketika sedang melakukan beberapa aktiviti kecergasan berdasarkan perlakuan. Kecergasan fizikal dengan perlakuan melibatkan ujian terhadap kelajuan, kuasa dan ketangkasan.

Komponen-komponen kecergasan adalah menjadi faktor penentu kepada tahap kesihatan dan kecergasan fisiologi manusia. Penyakit seperti darah tinggi, masalah obesiti dan jantung dapat dihindari melalui penglibatan aktif individu dalam aktiviti kecergasan. Oleh itu jelaslah bahawa kecergasan keseluruhan merupakan integrasi komponen-komponen mental, sosial, emosi, fizikal dan rohani. Ianya menggambarkan perasaan individu tentang kehidupan dan keupayaan diri berfungsi dengan lebih cekap dan berkesan.

Di sini akan dihuraikan lima aspek komponen kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan dan komponen berlandaskan perlakuan motor.

3.1.1 Kecergasan Fizikal Berlandaskan Kesihatan
3.1.1.1 Daya Tahan Kardiovaskular ( Cardiovascular Endurance )
Dikenali juga sebagai kecergasan aerobik. Daya tahan kardiovaskular
Bermaksud kemampuan dan kecekapan otot jantung, saluran darah
( arteri , vena dan kapilari )dan sistem pernafasan untuk membekalkan
oksigen kepada otot secara berterusan semasa melakukan aktiviti.
Aktiviti untuk membina daya tahan kardiovaskular melibatkan jantung,
otot-otot bahagian abdomen , tangan dan kaki. Semasa melakukan
aktiviti tersebut , otot-otot sentiasa terdedah kepada risiko kecederaan seperti terkoyak .Oleh itu, aspek keselamatan perlu diberi perhatian bagi mengelakkan kecederaan yang mungkin berlaku. Contohnya, aktiviti yang membina daya tahan kardiovaskular iaitu senamrobik .
Senamrobik ialah senaman yang mempunyai ritma dan banyak melibatkan pergerakan kaki dan tangan.Penggunaan muzik dapat menmbahkan minat dan keseronokan semasa melakukannya.Setiap pergerakan dalam aktiviti senamrobik ditekankan mengikut kiraan yang sesuai dengan ritmanya. Terdapat berbagi aktiviti yang boleh dilakukan dalam senamrobik.Setiap aktiviti diulang beberapa kali sebelum beralih kepada aktiviti seterusnya.
Berikut ialah beberapa contoh pergerakan asas yang dilakukan dalam senamrobik , parcourse dan latihan Fartlek bagi membina daya tahan kardiovaskular. Rajah 1.3 : Latihan Berkonsepkan Senamrobik
Rajah 1.4 : Latihan Berkonsepkan Parcourse
Jantung berfungsi mengepam darah melalui peredaran pulmonari dan
sistemik. Paru-paru pula membekalkan oksigen ke dalam darah serta
mengeluarkan karbon dioksida dari darah. Peranan yang dimainkan oleh
rangkaian arteri ialah membawa darah dari jantung ke seluruh tubuh
badan sementara vena membawa darah dari seluruh tubuh balik semula
ke jantung.
Rajah 1.5 : Latihan Fartlek untuk daya tahan kardiovaskular
Latihan Fartlek berasal dari Sweden. Ia adalah satu latihan daya tahan kardiovaskular yang berkonsepkan variasi kelajuan seperti berjalan pantas, lari pecut, berjogging dan berlari dengan kelajuan sederhana. Ianya dilakukan pada pelbagai permukaan tanah seperti pasir, rumput, bukit dan jalan raya. Latihan Fartlek dilakukan secara berterusan dengan beraneka tahap kelajuan seolah-olah bermain dengan kelajuan di sepanjang permukaan tanah yang berbeza. Objektifnya ialah untuk mengelakkan kebosanan selain daripada meningkatkan daya tahan kardiovaskular.
3.1.1.2 Kelenturan Badan (Flexibility)
Fleksibiliti atau kelenturan badan ialah keupayaan sesuatu sendi atau bahagian badan yang membolehkan sesuatu pergerakan untuk tempoh jangka masa yang panjang tanpa melibatkan kecederaan kepada mana-mana bahagian otot. Anggota badan menjadi lebih fleksibel apabila senaman regangan selalu dilakukan dengan secukupnya.
Aktiviti duduk berlunjur sambil tangan cuba menjangkau hujung kaki dan pergerakan kalistenik regangan adalah contoh aktiviti yang sesuai untuk kelenturan badan.Pergerakan yang disebutkan di atas tadi ditentukan oleh penguncupan dan pemanjangan tendon dan ligamen.

Rajah 1.6 : Aktiviti baring,angkat kaki ke sisi


Rajah 1.7 :Faedah senaman atau aktiviti untuk kelenturan.

Rajah 1.8 : Senaman berdiri,membongkok dan pegang hujung kaki
3.1.1.3 Daya Tahan Otot ( Muscle Endurance )
Daya tahan otot boleh didefinisikan sebagai keupayaan otot untuk
melakukan aktiviti secara berulang-ulang serta berterusan tanpa berasa
letih dan lesu dalam jangja masa yang panjang. Contohnya mendayung
sampan. Daya tahan otot terbahagi kepada dua iaitu daya tahan
otot statik dan daya tahan otot dinamik.

Daya tahan otot dinamik adalah keupayaan otot untuk menanggung beban
pada kedudukan yang sedang bergerak. Daya tahan otot statik pula ialah
keupayaan otot menanggung beban pada kedudukan yang tetap atau
tidak bergerak. Latihan yang sesuai untuk meningkatkan daya tahan otot
ialah seperti bangkit tubi, tekan tubi dan burpee. Melalui latihan seperti
inilah dapat dinilai atau diukur daya tahan otot seseorang.

Aktiviti yang dapat mempertingkatkan daya tahan otot ialah melalui latihan
litar, latihan jeda dan latihan bebanan. Di dalam latihan litar terdapat
aktiviti seperti bangkit tubi silang, bicep curl, tekan tubi, naik turun bangku,
mendagu dan lompat selang seli.


Rajah 1.9 : Aktiviti sokong dari lakuan duduk baik untuk otot tangan.
Rajah 1.10 : Antara latihan yang meningkatkan daya tahan otot
Agonist dan antoganist adalah otot penggerak utama semasa
menghasilkan sesuatu pergerakan. Ini dapat dilihat semasa fleksi dalam
aktiviti mendagu, otot utama bagi agonist ialah otot bisep brachii dan otot
utama nagi antoganist ialah otot trisep brachii.
Rajah 1.11 : Lompat selang seli untuk daya tahan otot
3.1.2 Kecergasan Fizikal Berlandaskan Perlakuan Motor.
3.1.2.1 Kelajuan (Speed )
Kelajuan merujuk kepada kemampuan seseorang melakukan pergerakan pantas dalam tempoh yang singkat dari satu tempat ke tempat yang lain.. Kelajuan bergantung kepada jarak per masa. Kelajuan berkait rapat dengan kekuatan otot dan masa tindak balas. Contoh aktiviti yang memerlukan kelajuan ialah lari pecut 100m, 200m, lari berpagar 110m, renang jarak dekat, mendayung dan acara sprint seperti berbasikal. Acara lompat jauh yang memerlukan kelajuan lari landas untuk melakukan lompatan.

Rajah 1.12. : Lari pecut 100m memerlukan kelajuan
Terdapat 3 elemen kelajuan iaitu :
• Masa tindak balas;
• Masa melakukan pergerakan; dan
• Jarak pergerakan.
(Sumber: Bompa T.O.,2000. Total Training for Young Champions.)

Contoh aktiviti lain yang melibatkan kelajuan ialah Four-Second Dash dalam Ujian Kebolehan Motor Scott. Rajah 1.13 di bawah menunjukkan aktiviti tersebut.

Rajah 1.13 : Aktiviti yang melibatkan kelajuan.

3.1.2.2 Imbangan ( Balance ).
Imbangan adalah kemampuan individu mengimbangi dan mengekalkan
keseimbangan badan semasa melakukan aktiviti pergerakan statik atau dinamik. Imbangan terbahagi kepada dua iaitu imbangan dinamik dan imbangan statik.
Imbangan statik ialah kebolehan individu untuk mengekalkan kestabilan dalam tempoh jangka masa tertentu. Contoh aktiviti yang sesuai bagi imbangan statik ialah aktiviti dirian atau berdiri di atas tali. Sekiranya badan berubah kedudukan maka imbangan menjadi tidak stabil.
Imbangan dinamik pula ialah keupayaan mengimbangi badan ketika
melakukan pergerakan. Contoh aktiviti bagi imbangan dinamik ialah berjalan di atas alang imbang bagi acara gimnastik.

Rajah 2.2 di bawah menunjukkan senaman gulingan hadapan yang baik, kemas
dan lurus pergerakannya kerana tubuh dapat mengekalkan keseimbangan ketika
badan atau pusat grativiti diubah.


Rajah 1.14 : Senaman gulingan hadapan memerlukan imbangan

Rajah 1.15 : Aktiviti yang melibatkan imbangan dinamik.
PENUTUP

Peranan guru Pendidikan Jasmani menggunakan pengalaman dan pengetahuan tentang kecergasan fizikal yang berkait rapat dengan kesihatan dan perlakuan motor amat penting kepada pelajar-pelajar. Di dalam topik tugasan ini juga turut dihuraikan ialah komponen-komponen kecergasan yang terkandung di dalamnya yang melibatkan kecergasan berlandaskan kesihatan,
dan kecergasan berlandaskan perlakuan motor. Contoh-contoh senaman dan bentuk latihan sukan juga diberikan bagi meningkatkan pengetahuan guru tentang komponen tersebut.
Kesimpulannya, kecergasan fizikal dan mental boleh memberikan kejayaan kepada seseorang dalam bidang yang diceburi. Menurut Lockard et al. (1989), yang menyatakan bahawa pengetahuan tentang kecergasan fizikal menjadi satu landasan kepada jurulatih untuk meningkatkan prestasi atlet di dalam sukan yang diceburi. Justeru itu , sebagai seorang guru Pendidikan Jasmani menggabungkan teknik pengajaran dengan kaedah kecergasan fizikal dan perlakuan motor sangat relevan dengan proses pembinaan atlet untuk memperolehi kecemerlangan di bidang olahraga dan sukan.
RUJUKAN

Asiah, Abu Samah (1993). Panduan Penyeliaan Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan Sekolah Rendah dan Menengah. Kementerian Pendidikan
Malaysia.

Mohd Taib , Norlena (2007). HBPE1203 Kecergasan Fizikal.UNITEM
Sdn.Bhd .Kuala Lumpur .

Aminudddin , Anuar & Asiah (2003). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan
Kesihatan Tingkatan 1 , Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala
Lumpur.

Buku Panduan Guru Tingkatan I,II,III : Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
(1988): Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan
Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia.(1988). Panduan Ujian Kecergasan
Fizikal.Kuala Lumpur. Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2000).Sukatan Pelajaran Pendidikan
Jasmani, Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.

SEJARAH SEKOLAH SKSP KBA 2037



Sekolah ini merupakan sekolah Melayu yang pertama bagi murid-murid perempuan di negeri Kedah Darul Aman. Penubuhannya adalah berikutan sekolah bercampur tidak Iangsung dibenarkan pada zaman sebelum Perang Dunia Kedua.

Sekolah ini dibuka pada 23 November 1907 / 18 Syawal 1325 H oleh Tunku Yahya bin Tunku Zainol Abidin iaitu Penguasa Pelajaran Negeri Kedah yang pertama. Bangunan asal sekolah ini hanyalah sebuah rumah sewa yang terletak di Jalan Baharu, Alor Setar. Pada hari pertama pembukaannya, cuma 5 orang murid perempuan sahaja yang hadir. Gurunya ialah Che’ Aminah yang berasal dari Pulau Pinang. Pada mulanya sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Perempuan Alor Setar.

Jadual waktu persekolahannya adalah seperti berikut:
7.00 pagi — 9.00 pagi Tulisan & Bacaan Jawi dan Kira-kira
9.00 pagi — 11.30 pagi Jahitan sulaman dan kait-mengait
1.00 tengahari — 4.00 petang Kelas membaca Al-Quran

Dalam masa sebulan yang pertama, murid-murid didapati kian bertambah sehingga berjumlah 30 orang dan jumlah tersebut berlarutan sehingga ke penghujung tahun 1915/1334 H. Dalam tahun 1911/1329 H, guru bertambah seorang lagi berkemungkinan bernama Che Jah kerana beliau sudah biasa membantu Che’ Aminah. Pihak sekolah juga mengupah seorang tukang kebun untuk menjaga kebersihan dan kecantikan kawasan sekolah.

Sebagai Penguasa Pelajaran, Tunku Yahya sangat mengambil berat tentang kemajuan sekolah ini. Bagaimanapun, beliau tidak berupaya menambahkan bilangan mund menjadi lebih daripada 30 orang. Ini disebabkan sikap penduduk ketika itu yang tidak gemar menghantar anak perempuan mereka ke sekolah. Ibu bapa pada masa itu lebih suka anak mereka membuat kerja-kerja di rumah sahaja.

Pada penghujung tahun 191 1/1 329 H, semasa En. J. McDonough menjadi Penguasa Pelajaran Kedah, sekolah ini telah dipindahkan ke Kampung Perak. Pemindahan ini disebabkan kerosakan bangunan yang sudah terlalu uzur dimakan anai-anai dan masalah murid-murid perempuan yang kerap diganggu oleh segelintir pemuda. Guru sekolah ini pada masa itu ialah Che’ Papa Bee bt. Abdul Rahim Khan.

Sekolah ini kemudiannya berpindah dan Kampung Perak ke Jalan Kanchut pada tahun 1914/1333H. Pada masa ini tukang kebun telah diberhentikan kerana sikapnya yang malas. Apabila Tuan Haji Abdul Hamid menjadi Pelawat Utara, beliau telah mencadangkan supaya sekolah ini dipindahkan ke tengah-tengah bandar. Beliau berpendapat bilangan murid akan bertambah kerana kedudukannya yang berdekatan dengan Titi Batu, Sungal Korok dan Seberang Perak.Jadi, dalam tahun 1915/1334H sekolah ini telah berpindah ke Lorong Thean Kee (di hadapan bangunan Pejabat Pos Besar yang lama). Di sini terdapat 4 orang kanak-kanak Gina mendaftar diri untuk belajar. Tidak lama kemudian, sekolah ini dipindahkan ke Lot Tanah (berhampiran Rumah Kelahiran Tun Dr. Mahathir Mohamad di Jalan Pegawai, Alor Setar), iaitu menggunakan rumah Che’ Papa Bee sendiri.

Semasa Encik E.A.G. Stuart menjadi Penguasa Pelajaran dalam tahun 1926/1344H, sekolah ini sekali lagi dipindahkan iaitu ke Seberang Perak, tempatnya yang kekal hingga ke hari ini . Seterusnya ia dikenali sebagai Sekolah Perempuan Seberang Perak.Sekolah Perempuan Seberang Perak ini juga disebut sebagal “Malay Girls School”. Di sini baharulah sekolah ini mempunyai bangunannya sendiri, iaitu sebuah bangunan batu satu tingkat berlantai papan. Keistimewaannya ialah tangga besar dan kukuh hingga ke saat ini .




Bahagian bawah bangunan sekolah diturap simen sebagai tempat murid-murid bermain. Sebuah rumah guru juga disediakan di belakang bangunan sekolah. Kawasan sekolah dipagari dengan dinding pelupuh (dibuat daripada buluh) supaya murid-murid perempuan terlindung dari pandangan ramai. Pagar dinding pelupuh ini digunakan hinggalah ke akhir tahun 1950-an. Sekolah ini pada mulanya hanya menyediakan pendidikan bagi murid Darjah 1 hingga Darjah 4.

Apabila bilangan murid bertambah ramai, bahagian bawah bangunan juga digunakan sebagal tempat belajar, walaupun tanpa dinding. Di sekitar tahun 1940-an, ramai murid terpaksa berpindah ke Sekolah Kebangsaan Sungai Korok Baru kerana sekolah tidak mampu menampung bilangan murid yang ramai.

Pada zaman sebelum merdeka, persekolahan di sekolah ini hanyalah setakat Darjah 5 sahaja. Selepas merdeka, barulah dilanjutkan hingga ke Darjah 6. Zaman gemilang sekolah ini ialah dalam tahun 1950-an, dengan kemasukan ramai anak pembesar negeri termasuk Tunku Sakinah adinda YM Sultan Kedah Darul Aman. Di masa itu juga telah didirikan sebuah bangunan yang dikenali sebagai ‘rumah urusan’ sebagai tempat bertuanpunya kegiatan masak-memasak dan mengurus rumah tangga bagi murid-murid perempuan di Alor Setar. Sekolah ini juga telah menjadi pusat kegiatan guru-guru Melayu, persatuan-persatuan dan sebagainya. Sebuah gelanggang badminton juga telah dibina untuk kegiatan sukan murid-munid dan guru-guru di Alor Setar.

Dalam tahun 1960-an, bangunan sekolah diubahsuai untuk menampung jumlah murid yang semakin bertambah. Bahagian bawah bangunan telah dipasang dinding dawai dan bidai digunakan untuk melindungi murid-murid daripada panas dan tempias hujan. Selain bilik darjah, pejabat, bilik Guru Besar dan bilik guru juga ditempatkan di bahagian bawah. Sebuah kantin kecil (tuckshop) juga didirikan untuk kemudahan munid-murid yang selama ini tidak mempunyai tempat makan yang tetap.Pada akhir tahun 1970-an, Jabatan Pendidikan telah meluluskan peruntukan membina dinding batu untuk pejabat dan bilik Guru Besar, memandangkan ianya terdedah kepada hujan dan keadaannya yang semakin uzur.




Dalam tahun 1980-an, rumah urusan telah dijadikan perpustakaan pada tahun 1983, dua blok bangunan telah didirikan, mengandungi empat bilik darjah dan tandas guru dan murid. Tambahan bangunan ini membolehkan Tahun 1 hingga 4 dipindahkan ke bangunan baru. Tahun 5 dan 6 kekal di bangunan lama.Tahun 1987, semua dinding dawai di bahagian bawah telah digantikan dengan dinding batu. Beberapa ubahsuai dibuat untuk menempatkan bilik kelas pemulihan, bilik TV, bilik sembahyang dan bilik rehat guru.


Kantin lama telah dirobohkan pada 15hb Ogos 1992 dan bangunan kantun baru mulai didirikan pada 2Ohb Ogos 1992. Mulai 2Ohb April 1993, kantin baru mulai beroperasi sepenuhnya.Sehingga sekarang, sekolah ini mempunyai keluasan 160m x 50m, dengan 3 buah bangunan sekolah, sebuah kantin, sebuah bilik Sains dan sebuah makmal komputer.


PENGASAS SEKOLAH

Pengasas sekolah ini ialah Tunku Yahya bin Tunku Zainol Abidin, yang merupakan Penguasa Pelajaran yang pertama bagi negeri Kedah. Beliau yang dilantik memegang jawatan itu pada tahun 1906/1324 H, telah berusaha menubuhkan sekolah Melayu yang pertama bagi murid-murid perempuan di Alor Star, walaupun sambutan daripada ibu bapa pada masa itu sangat tidak memuaskan.Beliau sangat mengambil berat tentang perkembangan dan kemajuan sekolah ini dan berusaha untuk menambah bilangan murid sekolah ini sepanjang beliau menjadi Penguasa Pelajaran. (Setakat ini sejarah hidup beliau sukar dikesan)

PERANCANGAN STRATEGIK SEKOLAH


KANDUNGAN MUKA SURAT

ALUAN GURU BESAR 2
JAWATANKUASA PERANCANGAN STRATEGIK SEKOLAH 3
RASIONAL 5
MATLAMAT PERANCANGAN 5
OBJEKTIF 6
FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA 7
MATLAMAT PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH 7
SEJARAH SEKOLAH 8
PENGASAS SEKOLAH 11
VISI DAN MISI SEKOLAH 12
COGAN KATA SEKOLAH 12
LENCANA SEKOLAH 13
BENDERA SEKOLAH 13
LATAR BELAKANG AKADEMIK SKSP 14
PERANCANGAN DAN PERLAKSANAAN STRATEGIK 14
PERANCANGAN STRATEGIK 5 TAHUN KEWANGAN 17
PERANCANGAN STRATEGIK 5 TAHUN SEKOLAH 19
ANALISA PENCAPAIAN UPSR 2001 – 2005 20
PENCAPAIAN UPSR 2001-2005 21
PENLUNJURAN KELAS TAHUN 2006 -2010 22
PENGUNJURAN UPSR TAHUN 2006 – 2010 33
PERANCANGAN DAN PERLAKSANAAN STRATEGIK
5 TAHUN (2006-2010)
BAHASA MELAYU PEMAHAMAN 35
BAHASA MELAYU PENULISAN 55
BAHASA INGGERIS 79
MATEMATIK 105
SAINS 125
PROGRAM PENINGKATAN UPSR 146



ALUAN GURU BESAR

“PENDIDIKAN BERWAWASAN PENENTU PENCAPAIAN”

Impian seorang pendidik semestinya ingin memastikan anak didiknya mendapat bekalan ilmu dan kemahiran asas yang mencukupi sejajar dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Wawasan seorang ayah atau ibu apabila pertama kali menghantar anaknya ke sekolah adalah semoga anaknya menjadi seorang insan yang berilmu baik ilmu dunia mahupun akhirat dan institusi sekolah yang dijadikan wadah terbaik untuk anaknya mencapai maksud tersebut.
Justeru, Perancangan Strategik Sekolah Kebangsaan Seberang Perak ini digarap begitu rupa agar dapat menjadi pemangkin dalam usaha usaha positif menentukan hala tuju wawasan pendidikan sekolah ini. Semoga perancangan ini dapat diikuti dengan sebaik mungkin demi merealisasikan hasrat kita untuk menjadikan Sekolah Kebangsaan Seberang Perak ini sebagai sebuah sekolah warisan yang berprestij tinggi. lnsya Allah.

Sekian, Selamat Maju Jaya.

“Pendidikan Cemerlang , SKSP Gemilang.”


PN.HJH NORMAH ISMAIL
GURU BESAR



JAWATANKUASA PERANCANGAN STRATEGIK SEKOLAH

PENGERUSI : GURU BESAR
PN.HJH NORMAH ISMAIL

NAIB PENGERUSI : PENOLONG KANAN HEM
PUAN ANISYATI BINTI AHMAD

PENOLONG KANAN KK
CIK CHE BASHAH BINTI ABDUL RAHMAN

SETIAUSAHA : PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
PUAN SUSILAWATI BINTI BAHARUM

AHLI JAWATANKUASA:

PANITIA BAHASA MELAYU
PUAN HAZAMI BINTI ABU BAKAR (PEMAHAMAN)
ENCIK AZMI BIN CHE DAN (PENULISAN)

PANITIA BAHASA INGGERIS
PUAN SUSILAWATI BINTI BAHARUM

PANITIA MATEMATIK
ENCIK GHAZALI BIN HASSAN

PANITIA SAINS
PUAN HAJJAH PUZIAH BINTI ABDULLAH


AJK PENULISAN
ENCIK ABDUL RASHID BIN MOHD KASSIM
ENCIK AZMI BIN CHE DAN
PUAN ANISYATI BINTI AHMAD
ENCIK AHMAD BIN ABDULLAH
PUAN JAMALIAH BINTI JAMIL
PUAN ALIZA BINTI HASSAN






CARTA ORGANISASI
JAWATANKUASA PERANCANGAN STRATEGIK SEKOLAH



PENGERUSI
GURU BESAR

SETIAUSAHA
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
PUAN SUSILAWATI BINTI BAHARUM


AHLI JAWATANKUASA INDUK

PANITIA BAHASA MELAYU
PUAN HAZAMI BINTI ABU BAKAR (PEMAHAMAN)
ENCIK AZMI BIN CHE DAN (PENULISAN)
PANITIA BAHASA INGGERIS
PUAN SUSILAWATI BINTI BAHARUM
PANITIA MATEMATIK
ENCIK GHAZALI BIN HASSAN
PANITIA SAINS
PUAN HAJJAH PUZIAH BINTI ABDULLAH


AJK PENULISAN
ENCIK ABDUL RASHID BIN MOHD KASSIM
ENCIK AZMI BIN CHE DAN
PUAN ANISYATI BINTI AHMAD
ENCIK AHMAD BIN ABDULLAH
PUAN JAMALIAH BINTI JAMIL
PUAN ALIZA BINTI HASSAN




RASIONAL


Penguasaan ilmu di kalangan pelajar sekolah ini belum mencapai tahap yang membanggakan. Pengukuran ini dibuat berdasarkan pencapaian dalam Ujian Pencapalan Sekolah Rendah (UPSR).
Suatu tindakan yang drastik amat perlu dilaksanakan. Perancangan Strategik (PS) mempunyal halatuju yang jelas serta mudah difahami oleh guru bagi membolehkan suatu keselarasan tindakan dan pelaksanaan di peringkat sekolah.






MATLAMAT PERANCANGAN

Matlamat Perancangan Strategik sekolah ini adalah untuk murid-murid mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik serta berupaya memenuhi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Matlamat Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah.










OBJEKTIF AM

Objektif Perancangan Strategik sekolah ini adalah untuk
menyediakan perancangan dan strategi bagi meningkatkan pencapaian akadernik dali segi kuantiti dan kualiti.

OBJEKTIF KHUSUS


Diharapkan hasil daripada Perancangan Strategik ini,
objektif berikut akan tercapai:
- Peningkatan pencapaian sekurang-kurangnya 5% setiap tahun dalam UPSR bermula dan tahun 2006 dengan pencapaian 72.65 % dan mencapai 92.65 % pada tahun 2010

- Semua murid yang menduduki UPSR pada tahun 2006 akan lulus sekurang-kurangnya pangkat “C” dalam salah satu mata pelajaran yang diambilnya.

- Mensifarkan pencapaian “ D” dan “E” dalam UPSR pada tahun 2010.


FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
Falsafah Pendidikan Negara



Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dan segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warga negara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggung-jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

MATLAMAT PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH
Matlamat Pendidikan Sekolah Rendah

Matlamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk memastikan perkembangan potensi munid secara menyeluruh, seimbang dan sepadu. Perkembangan mi meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.


SEJARAH SEKOLAH

Sekolah ini merupakan sekolah Melayu yang pertama bagi murid-murid perempuan di negeri Kedah Darul Aman. Penubuhannya adalah berikutan sekolah bercampur tidak Iangsung dibenarkan pada zaman sebelum Perang Dunia Kedua.

Sekolah ini dibuka pada 23 November 1907 / 18 Syawal 1325 H oleh Tunku Yahya bin Tunku Zainol Abidin iaitu Penguasa Pelajaran Negeri Kedah yang pertama. Bangunan asal sekolah ini hanyalah sebuah rumah sewa yang terletak di Jalan Baharu, Alor Setar. Pada hari pertama pembukaannya, cuma 5 orang murid perempuan sahaja yang hadir. Gurunya ialah Che’ Aminah yang berasal dari Pulau Pinang. Pada mulanya sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Perempuan Alor Setar.

Jadual waktu persekolahannya adalah seperti berikut:
7.00 pagi — 9.00 pagi Tulisan & Bacaan Jawi dan Kira-kira
9.00 pagi — 11.30 pagi Jahitan sulaman dan kait-mengait
1.00 tengahari — 4.00 petang Kelas membaca Al-Quran

Dalam masa sebulan yang pertama, murid-murid didapati kian bertambah sehingga berjumlah 30 orang dan jumlah tersebut berlarutan sehingga ke penghujung tahun 1915/1334 H. Dalam tahun 1911/1329 H, guru bertambah seorang lagi berkemungkinan bernama Che Jah kerana beliau sudah biasa membantu Che’ Aminah. Pihak sekolah juga mengupah seorang tukang kebun untuk menjaga kebersihan dan kecantikan kawasan sekolah.

Sebagai Penguasa Pelajaran, Tunku Yahya sangat mengambil berat tentang kemajuan sekolah ini. Bagaimanapun, beliau tidak berupaya menambahkan bilangan mund menjadi lebih daripada 30 orang. Ini disebabkan sikap penduduk ketika itu yang tidak gemar menghantar anak perempuan mereka ke sekolah. Ibu bapa pada masa itu lebih suka anak mereka membuat kerja-kerja di rumah sahaja.

Pada penghujung tahun 191 1/1 329 H, semasa En. J. McDonough menjadi Penguasa Pelajaran Kedah, sekolah ini telah dipindahkan ke Kampung Perak. Pemindahan ini disebabkan kerosakan bangunan yang sudah terlalu uzur dimakan anai-anai dan masalah murid-murid perempuan yang kerap diganggu oleh segelintir pemuda. Guru sekolah ini pada masa itu ialah Che’ Papa Bee bt. Abdul Rahim Khan.

Sekolah ini kemudiannya berpindah dan Kampung Perak ke Jalan Kanchut pada tahun 1914/1333H. Pada masa ini tukang kebun telah diberhentikan kerana sikapnya yang malas. Apabila Tuan Haji Abdul Hamid menjadi Pelawat Utara, beliau telah mencadangkan supaya sekolah ini dipindahkan ke tengah-tengah bandar. Beliau berpendapat bilangan murid akan bertambah kerana kedudukannya yang berdekatan dengan Titi Batu, Sungal Korok dan Seberang Perak.Jadi, dalam tahun 1915/1334H sekolah ini telah berpindah ke Lorong Thean Kee (di hadapan bangunan Pejabat Pos Besar yang lama). Di sini terdapat 4 orang kanak-kanak Gina mendaftar diri untuk belajar. Tidak lama kemudian, sekolah ini dipindahkan ke Lot Tanah (berhampiran Rumah Kelahiran Tun Dr. Mahathir Mohamad di Jalan Pegawai, Alor Setar), iaitu menggunakan rumah Che’ Papa Bee sendiri.

Semasa Encik E.A.G. Stuart menjadi Penguasa Pelajaran dalam tahun 1926/1344H, sekolah ini sekali lagi dipindahkan iaitu ke Seberang Perak, tempatnya yang kekal hingga ke hari ini . Seterusnya ia dikenali sebagai Sekolah Perempuan Seberang Perak.Sekolah Perempuan Seberang Perak ini juga disebut sebagal “Malay Girls School”. Di sini baharulah sekolah ini mempunyai bangunannya sendiri, iaitu sebuah bangunan batu satu tingkat berlantai papan. Keistimewaannya ialah tangga besar dan kukuh hingga ke saat ini .

Bahagian bawah bangunan sekolah diturap simen sebagai tempat murid-murid bermain. Sebuah rumah guru juga disediakan di belakang bangunan sekolah. Kawasan sekolah dipagari dengan dinding pelupuh (dibuat daripada buluh) supaya murid-murid perempuan terlindung dari pandangan ramai. Pagar dinding pelupuh ini digunakan hinggalah ke akhir tahun 1950-an. Sekolah ini pada mulanya hanya menyediakan pendidikan bagi murid Darjah 1 hingga Darjah 4.

Apabila bilangan murid bertambah ramai, bahagian bawah bangunan juga digunakan sebagal tempat belajar, walaupun tanpa dinding. Di sekitar tahun 1940-an, ramai murid terpaksa berpindah ke Sekolah Kebangsaan Sungai Korok Baru kerana sekolah tidak mampu menampung bilangan murid yang ramai.

Pada zaman sebelum merdeka, persekolahan di sekolah ini hanyalah setakat Darjah 5 sahaja. Selepas merdeka, barulah dilanjutkan hingga ke Darjah 6. Zaman gemilang sekolah ini ialah dalam tahun 1950-an, dengan kemasukan ramai anak pembesar negeri termasuk Tunku Sakinah adinda YM Sultan Kedah Darul Aman. Di masa itu juga telah didirikan sebuah bangunan yang dikenali sebagai ‘rumah urusan’ sebagai tempat bertuanpunya kegiatan masak-memasak dan mengurus rumah tangga bagi murid-murid perempuan di Alor Setar. Sekolah ini juga telah menjadi pusat kegiatan guru-guru Melayu, persatuan-persatuan dan sebagainya. Sebuah gelanggang badminton juga telah dibina untuk kegiatan sukan murid-munid dan guru-guru di Alor Setar.

Dalam tahun 1960-an, bangunan sekolah diubahsuai untuk menampung jumlah murid yang semakin bertambah. Bahagian bawah bangunan telah dipasang dinding dawai dan bidai digunakan untuk melindungi murid-murid daripada panas dan tempias hujan. Selain bilik darjah, pejabat, bilik Guru Besar dan bilik guru juga ditempatkan di bahagian bawah. Sebuah kantin kecil (tuckshop) juga didirikan untuk kemudahan munid-murid yang selama ini tidak mempunyai tempat makan yang tetap.Pada akhir tahun 1970-an, Jabatan Pendidikan telah meluluskan peruntukan membina dinding batu untuk pejabat dan bilik Guru Besar, memandangkan ianya terdedah kepada hujan dan keadaannya yang semakin uzur.



Dalam tahun 1980-an, rumah urusan telah dijadikan perpustakaan pada tahun 1983, dua blok bangunan telah didirikan, mengandungi empat bilik darjah dan tandas guru dan murid. Tambahan bangunan ini membolehkan Tahun 1 hingga 4 dipindahkan ke bangunan baru. Tahun 5 dan 6 kekal di bangunan lama.Tahun 1987, semua dinding dawai di bahagian bawah telah digantikan dengan dinding batu. Beberapa ubahsuai dibuat untuk menempatkan bilik kelas pemulihan, bilik TV, bilik sembahyang dan bilik rehat guru.


Kantin lama telah dirobohkan pada 15hb Ogos 1992 dan bangunan kantun baru mulai didirikan pada 2Ohb Ogos 1992. Mulai 2Ohb April 1993, kantin baru mulai beroperasi sepenuhnya.Sehingga sekarang, sekolah ini mempunyai keluasan 160m x 50m, dengan 3 buah bangunan sekolah, sebuah kantin, sebuah bilik Sains dan sebuah makmal komputer.

PENGASAS SEKOLAH

Pengasas sekolah ini ialah Tunku Yahya bin Tunku Zainol Abidin, yang merupakan Penguasa Pelajaran yang pertama bagi negeri Kedah. Beliau yang dilantik memegang jawatan itu pada tahun 1906/1324 H, telah berusaha menubuhkan sekolah Melayu yang pertama bagi murid-murid perempuan di Alor Star, walaupun sambutan daripada ibu bapa pada masa itu sangat tidak memuaskan.Beliau sangat mengambil berat tentang perkembangan dan kemajuan sekolah ini dan berusaha untuk menambah bilangan murid sekolah ini sepanjang beliau menjadi Penguasa Pelajaran. (Setakat ini sejarah hidup beliau sukar dikesan)

VISI DAN MISI SEKOLAH
COGAN KATA SEKOLAH


“ BERUSAHA DAN BERDIKARI”

Setiap guru dan murid sekolah ini sewajarnya mengamalkan sikap sentiasa rajin berusaha, di samping berdikari dalam mencapai kejayaan bagi memajukan diri. Sesuatu yang amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah penglibatan murid secara aktif. Jadi, setiap murid yang rajin berusaha dan berdikari tentulah berpeluang mencapai kejayaan yang cemerlang.
Pendidikan di sekolah rendah adalah memberi perhatian kepada perkembangan menyeluruh. Oleh itu, dengan mengamalkan sikap berusaha dan berdikari di kalangan murid di sekolah ini, maka diharapkan setiap murid akan mengalami perkembangan yang seimbang dan segi intelek, rohani dan jasmani bagi memenuhi kehendak Wawasan 2020.

LENCANA SEKOLAH

UKURANLENCANASEBENAR : Tinggi : 4.5cm
Lebar : 4cm
Obor yang merah menyala melambangkan cita-cita tinggi murid-murid di sekolah ini. Bulan sabit yang melingkungi obor melambangkan tenaga pengajar di sekolah ini yang bertungkus lumus menaburkan ilmu kepada murid-murid supaya meraka berjaya. Buku pula melambangkan satu media yang terpenting untuk mencapai kejayaan.

BENDERA SEKOLAH

UKURAN BENDERA SEBENAR Panjang : 173cm
Lebar : 85cm
Bendera Sekolah Kebangsaan Seberang Perak (P) berlatar belakangkan warna biru dan putih. Warna biru dalam bendera ini melambangkan kerjasama yang erat di kalangan murid-murid yang saling bantu membantu di antara satu sama lain.
Warna putih pula melambangkan tenaga pengajar di sekolah ini yang bertungkus lumus menaburkan ilmu kepada murid-murid supaya mereka berjaya. Buku melambangkan satu media yang terpenting untuk mencapai kejayaan

LATAR BELAKANG AKADEMIK SKSP
Latar belakang Akademik SKSP

Setiap tahun pihak sekolah menyediakan perancangan kurikulum bertujuan untuk memastikan peningkatan prestasi akademik sekolah ini mencapai tahap kecemerlangan. Aktiviti kurikulum yang dirancang biasanya merangkumi aspek-aspek berikut:
1 . Pembentukan Jawatankuasa Kurikulum
2. Penyediaan pengajaran dan pembelajaran
3. Penyemakan kerja bertulis
4. Penilaian / Ujian dan analisis
5 Perjumpaan & Perbincangan dengan waris
6. Program perkembangan staf
7. Kelas tambahan terancang
8. Peranan Pusat Sumber Sekolah
9 . Penilaian fardu ‘ain (PAFA)
lO Program motivasi meningkatkan pencapaian akademik
11 . Aktiviti pengukuhan pelajaran semasa perhimpunan

PERANCANGAN DAN PERLAKSANAAN STRATEGI
Di antara strategi yang pernah dirancang dan dilaksanakan bagi tujuan khusus untuk meningkatkan prestasi UPSR, di samping mengurangkan peratus D dan E adalah seperti berikut:
1 Program Celik 3M, iaitu program pemulihan bagi murid Tahun 1,2 dan 3 yang
lemah dalam pelajaran di luar waktu belajar.

2.Program jangka pendek meningkatkan prestasi UPSR,
-program mentor-mantee dan I See You
-program galus
-kelas tambahan

3.Program persediaan Tahun 5 ke arah UPSR
-pendedahan soalan UPSR
-cara pemarkahan
-kelas tambahan


PERANCANGAN STRATEGIK LIMA TAHUN

PERANCANGAN STRATEGIK LIMA TAHUN
PENCAPAIAN UPSR
PERATUS PENCAPAIAN UPSR 2001 HINGGA 2005
TAHUN 2001 2002 2003 2004 2005
PERATUS 62.5 74.2 58.6 55.5 71.4
PERATUS PENCAPAIAN MATA PELAJARAN DALAM UPSR
DARI TAHUN 2001-2005

GIMNASTIK ARTITISTIK



Pendahuluan

Gimnastik Artistik sering dianggap sebagai aktiviti pendidikan yang bertujuan untuk memperbaiki kualiti pergerakan supaya lebih baik dan sempurna di kalangan murid sekolah. Terdapat enam pola pergerakan dalam gimnastik artistik iaitu pola pendaratan , pola statik , pola gerak edar , pola putaran, pola imbangan dan pola ayunan. Menurut Borhanunudin (2006), Gimnastik artistik ialah pergerakan tubuh badan yang memerlukan fleksibiliti , imbangan, kekuatan,ketangkasan, dan daya tahan otot yang baik.
Gimnastik artistik ialah aktiviti yang berkait rapat dengan kecergasan fizikal. Ia lebih banyak berfokus kepada komponen kecergasan berkaitan dengan kemahiran motor. Dalam melakukan aktiviti gimnastik artistik penekanan tertumpu kepada kekuatan dan daya than otot, kuasa fleksibiliti, imbangan dan ketangkasan. Selain daripada itu, tumpuan fikiran yang tinggi juga diperlukan. Gimnastik artistik menekankan kepada tiga aktiviti utama iaitu imbangan, ketangkasan dan lombolan. Ketiga-tiga aktiviti tersebut dipecahkan kepada beberapa pola pergerakan dominan yang menjadi asas kepada perkembangan kemahiran gimnastik. Setiap pola pergerakan seharusnya dapat dikuasai oleh pelajar sebagai persediaan kepada pergerakan gimnastik yang lebih sukar.
Pola-pola pergerakan yang dianggap penting ialah:
• Pendaratan
• Statik
• Gerak edar
• Putaran
• Hamburan
• Ayunan

Perkara-perkara penting yang perlu diberi perhatian ketika melakukan aktiviti gimnastik artistik, ialah:
• Keuapayaan untuk meningkatkan kecergasan fizikal dalam aspek-aspek regangan, fleksibiliti, daya tahan dan kekuatan otot, ketangkasan imbangan, kemahiran serta melombol.
• Kebolehan merangkaikan imbangan, ketangkasan dan melomboldalam satu pergerakan.
• Meningkatkan keyakinan diri dalam melaksanakan sesuatu pergerakan yang lebih sukar.
• Penumpuan kepada pengekalan postur yang baik ketika melakukan pergerakan.
• Keupayaan untuk menguasai kemahiran supayakeindahan pergerakan dapat dihasilkan
• Keupayaan untuk menghayati pergerakan kinestetik dan estatik.
1.0 Sejarah Gimnastik Artistik

Sukan Gimnastik telah berkembang sejak 2000 tahun dahulu. Aktiviti senaman bagi tujuan upacara keagamaan telah mula diamalkan oleh masyarakat pada sejarah peradapan Cina 2000 tahun dahulu. Manakala tamadun India dan Persia dikatakan telah menggunakan senaman beramai awal seratus tahun daripada itu.
Orang-orang Greek telah menamakan pergerakan ini sebagai Gymnastics serta tempat senaman ini dikenali sebagai gymnasium. Ahli Falsafah Greek terkenal Aristotle menyatakan bahawa gimnastik bukan sahaja sebagai seni , malahan merupakan ilmu sains kemasyarakatan.
Gimnastik Artistik merupakan salah satu disiplin dalam sukan gimnastik yang memerlukan setiap peserta melakukan rutin pendek dalam lingkungan 30 hingga 90 saat. menggunakan pelbagai peralatan (apparatus). Gimnastik Artisitik merupakan salah satu jenis sukan yang dipersembahkan di hadapan penonton (spectator) yang paling terkenal pada Sukan Olimpik Musim Panas. Sukan ini terbuka kepada umum sama ada lelaki mahupun wanita.

Tidak seperti sukan-sukan yang lain seperti bola sepak ataupun badminton, sukan jenis ini memerlukan (required) para peserta membuat persembahan di hadapan para penonton. Sukan ini juga memerlukan daya ketahanan fi zikal dan kemahiran (skill) yang cukup tinggi walaupun ketika membuat persembahan di peringkat asas. Latihan yang lebih diperlukan berbanding (compared) sukan jenis lain untuk memantapkan ketahanan fizikal dan kemahiran diri.

Walaupun begitu, masih belum ramai lagi yang menceburi sukan ini kerana sukan ini dikenali sebagai sukan yang ‘mahal’. Manakan tidaknya, perbelanjaan (expenses) untuk membeli sut pakaian sahaja boleh menelan sehingga ribuan ringgit sehelai. Walaupun begitu, penyertaan peserta di dalam sukan gimnastik ini pada asasnya lebih menjurus kepada keseronokan dan kesihatan (fitness) berbanding kemenangan.

2.0 Aspek Keselamatan
Aspek keselamatan amat dititikberatkan ketika menjalankan aktiviti gimnastik. Kita mestilah memahami penjelasan konsep-konsep penting pergerakan dan aspek biomekanik seperti aplikasi dan penyerapan daya serta kedudukan pusat seperti aplikasi dan penyerapan daya serta kedudukan pusat graviti. Kamu juga mesti mengamalkan beberapa perkara berikut untuk mengelakkan risiko kecederaan.
• Gunakan alatan yang sempurna, sesuai dan selamat
• Lakukan aktiviti memanaskan badan, kelonggaran dan regangan yang secukupnya pada bahagian-bahagian otot dan sendi utama bagi mengelakkan risiko kecederaan
• Lakukan aktiviti setelah menerima arahan guru dengan jelas
• Lakukan aktiviti yang sukar dengan bantuan penyokong
• Lakukan aktiviti di kawasan berumput atau bertilam

3.0 Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Lompat Kangkang

Melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran berdasarkan Rancangan Mengajar Tahun 5 di bawah Tunjang Gimnastik Artistik memfokuskan kepada Pola Pergerakan seperti gerak edar dan putaran. Gerak edar bermaksud pergerakan badan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Putaran pula bermaksud pergerakan memusingkan keseluruhan anggota badan. Dalam kemahiran Grak edar terdapat 3 bahagian gerakan badan iaitu lompat tegak ke hadapan , gelongsor kaki ke sisi bersilang dan lompat kangkang.

Dalam Gimnastik Artistik pola pergerakan Gerak edar di bawah tajuk kemahiran Lompat Kangkang , pelajar-pelajar di dedahkah dengan pendedahan aktiviti berikut :
- Berdiri tegak dengan tangan lurus di sisi
- Langkah kaki kanan ke hadapan
- Rapat kaki kiri pada kaki kanan
- Lompat sambil mengangkangkan kedua-dua belah kaki.
- Cuba sentuh hujung kaki semasa melakukan layangan.
- Mendarat dengan kedua-dua belah kaki.
- Berdiri tegak dengan mendepangkan kedua-dua belah tangan ke atas.

3.1 Kemahiran berdiri tegak dengan tangan lurus di sisi.

Sebelum memulakan larian untuk Pola Gerak Edar Lompat Kangkang pelajar-pelajar perlu memahirkan diri dengan kemahiran berdiri tegak ini supaya mereka dapat memfokuskan penumpuan dan keseimbangan terhadap kemahiran Lompat Kangkang ini.

3.2 Kemahiran Langkah kaki kanan ke hadapan
Langkah kaki kanan ke hadapan untuk memulakan Pola Gerak Edar kemahiran Lompat Kangkang memberikan momentum dan kuasa pergerakan kepada pelajar-pelajar supaya mereka dapat melakukan kekuatan gerakan otot dan kuasa hayunan untuk kemahiran Lompat Kangkang ini.


3.3 Kemahiran aktiviti Rapat kaki kiri pada kaki kanan
Pelajar perlu memahirkan diri untuk menguasai kemahiran ini supaya tumpuan otot
- otot utama yang terlibat contohnya Gasteriod dan Quadreceps dapat memberikan hayunan tenaga untuk membuat lompat kangkang.

3.4 Kemahiran Lompat sambil mengangkangkan kedua-dua belah kaki.

3.5 Cuba sentuh hujung kaki semasa melakukan layangan.
3.6 Mendarat dengan kedua-dua belah kaki.
3.7 Berdiri tegak dengan mendepangkan kedua-dua belah tangan ke atas.
4.0 Ansur Maju aktiviti Lompat Kangkang

Ansur Maju amat penting sebelum aktiviti kemahiran dijalankan untuk memberikan keyakinan kepada pelajar-pelajar supaya kemahiran yang diajar dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.

4.1 Ansur maju melalui aktiviti lompat ke hadapan dengan pendaratan
Sebelah Kaki
- Berdiri tegak ,kedua-dua tangan di sisi.
- Lompat sambil mengangkangkan kedua-dua belah kaki melepasi gulungan tilam.
- Angkat sebelah kaki. Tangan yang bertentangan dengan kaki yang di angkat,di ayun tinggi ke atas.
- Lonjak kedua-dua belah kaki ke atas
- Aktiviti dilakukan dengan mendarat dengan sebelah kaki.

4.2 Ansur maju melalui aktiviti lompat ke hadapan dengan pendaratan
Dua belah kaki
Berdiri tegak ,kedua-dua tangan di sisi.
- Lompat sambil mengangkangkan kedua-dua belah kaki melepasi gulungan tilam.
- Angkat sebelah kaki. Tangan yang bertentangan dengan kaki yang di angkat,di ayun tinggi ke atas.
- Lonjak kedua-dua belah kaki ke atas
- Aktiviti dilakukan dengan mendarat dengan dua belah kaki
4.2 Ansur Maju Fasa Layangan dan Fasa Pendaratan

- Secara berpasangan , pelajar akan cuba melompat kangkang melepasi
rakannya yang membongkok dan cuba sentuh hujung kaki semasa
melakukan layangan.
- Hayun kaki bebas dengan pantas
- Paha pada posisi horizontal dan kekalkan posisi
- Fasa lonjakan kaki bebas dibawa ke hadapan
- Badan dinaikkan kehadapan
- Kaki lonjak dibawa ke hadapan menyertai kaki bebas
- Tangan dihayun ke atas cuba sentuh hujung kaki semasa melakukan layangan.
- Semasa menghala ke kawasan mendarat, tangan dihayun ke hadapan dan menghala ke bawah untuk bantu sasaran kaki
- Kedua kaki dibawa ke hadapan dan diluruskan untuk mendarat
- Berdiri tegak dengan mendepangkan kedua-dua belah tangan ke atas.
- Mata pandang ke hadapan

5.0 RINGKASAN MENGAJAR TAHUN 5 2007

Nama sekolah : Sekolah Kebangsaan Seberang Perak
Tarikh : 22 Oktober 2007
Hari : Selasa
Masa : 07:45-08.15 ( 30 minit )
Tahun : 5
Bilangan Murid : Lelaki =15 Perempuan =16
Umur : + 11 Tahun

Tunjang pembelajaran : Kemahiran – Gimnastik Artistik
Tajuk : Gimnastik Artistik
Kemahiran : 6.1 Pergerakan dalam Gimnastik Artistik
Kemahiran yang diajar : Lompat Kangkang
Pengetahuan sedia ada
1. Murid pernah melakukan lompat tegak ke hadapan dan gelongsor kaki ke sisi bersilang
dengan teknik yang betul semasa pembelajaran terdahulu.
2. Murid pernah melakukan pergerakan gerak edar , lompat tegak ke hadapan dan
gelongsor kaki ke sisi bersilang dengan tema dan fasa yang betul
3. Murid pernah melakukan pergerakan gerak edar, lompat tegak ke hadapan dan
gelongsor kaki ke sisi bersilang dengan teknik yang betul.

Objektif Pengajaran dan Pembelajaran :

PSIKOMOTOR :
Di sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :

Melakukan aktiviti pergerakan Lompat Kangkang dengan menggunakan keseluruhan anggota badan pada tahap kemampuan diri pelajar tersebut serta melakukan 3 percubaan Lompat Kangkang dengan teknik yang betul sekurang- kurangnya 3 kali

KOGNITIF :
Di sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :

Menyatakan dengan betul tiga dari empat soalan-soalan yang berkaitan dengan Lompat Kangkang

AFEKTIF :
Di sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :

Mendisiplinkan diri ketika melakukan aktiviti penilaian kendiri dan mempunyai komitmen yang tinggi terhadap kumpulan ketika melakukan aktiviti berkumpulan.

Pengabung jalinan :
Bahasa Melayu dan Matematik

Nilai-nilai Murni : Keberanian , Keyakinan dan Kerjasama

ABM / BBM : Carta Bergambar Lompat Kangkang
Skital . Gulungan tilam alas dan tali

LANGKAH FOKUS PEMBELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN CATATAN
Set Induksi
3 minit
1.1 Memanaskan badan :
a. ‘slow jog’
b. Lari skip

1.2 Regangan dan
kelonggaran
1.2.1 Quadriceps stretch
1.2.2 Adductor stretch
1.2.3 Lateral flexor stretch
( berpasangan )
- Lari perlahan dalam kawasan yang di tetapkan.

- Lari lutut tinggi sambil hayun tangan tinggi.

1.2.1 Tarik kaki dari belakang. Cuba luruskan kaki tersebut, lakukan 6 –10 saat. Kurangkan ketegangan, kemudian tarik kaki berkenaan sekali lagi dengan lebih kuat. Lakukan prosedur untuk kedua-dua belah kaki.

1.2.2 Luruskan kaki ke sisi badan dan paksakan ke arah lantai dan kekalkan 6 –10 saat. Kurangkan tekanan dan tekan kaki berkenaan dengan kuat dan ulang untuk kaki berikutnya.

Tolak menentang daya rakan;iaitu cuba menegakkan badan, lakukan 6-10 saat.
Lari mengelilingi kawasan 20m x 20m

Dalam formasi bulatan

1.2.1
1.2.2
1.2.3

LANGKAH FOKUS PEMBELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN CATATAN
Perkembangan
Langkah 1
( 10 minit )

Memperkenalkan Lompat Kangkang
Melalui penggunaan Carta.

Ansur maju
Lompat ke hadapan

a. Sebelah Kaki
b. Dua belah kaki

Guru memperkenalkan Lompat Kangkang kepada pelajar dengan menggunakan carta berkenaan teknik lompatan dan otot-otot yang terlibat.

1. Berdiri tegak dengan tangan lurus di sisi
2. Langkah kaki kanan ke hadapan
3. Rapat kaki kiri pada kaki kanan
4. Lompat sambil mengangkangkan kedua-
dua belah kaki.
- Berdiri tegak ,kedua-dua tangan di sisi.
- Kedudukan kepada menghala ke hadapan. Dagu tinggi
- Angkat sebelah kaki. Tangan yang bertentangan dengan kaki yang di angkat,di ayun tinggi ke atas.
- Lonjak kedua-dua belah kaki ke atas
- Mendarat dengan sebelah kaki
- Mendarat dengan dua belah kaki


Carta Gambar teknik
Lompat Kangkang
Gulungan Tilam

LANGKAH FOKUS PEMBELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN CATATAN
Perkembangan
Langkah 2

10 minit

Ansur Maju :

c. Fasa layangan
d. Fasa Pendaratan
5. Cuba sentuh hujung kaki semasa
melakukan layangan.
6. Mendarat dengan kedua-dua belah kaki.

- Hayun kaki bebas dengan pantas
- Paha pada posisi horizontal dan kekalkan
posisi
- Fasa lonjakan kaki bebas dibawa ke
hadapan
- Badan dinaikkan kehadapan
- Kaki lonjak dibawa ke hadapan menyertai
kaki bebas
- Tangan dihayun ke atas cuba sentuh hujung
kaki semasa melakukan layangan.
- Semasa menghala ke kawasan mendarat,
tangan dihayun ke hadapan dan menghala
ke bawah untuk bantu sasaran kaki
- Kedua kaki dibawa ke hadapan dan
diluruskan untuk mendarat
- Berdiri tegak dengan mendepangkan
kedua-dua belah tangan ke atas.
- Mata pandang ke hadapan
Otot utama yang terlibat :
i. Gasteriod
ii. Hamstring group & rektus femoris
iii. Quadreceps

LANGKAH FOKUS PEMBELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN CATATAN
Perkembangan
Langkah 3

4 minit
Pertandingan
Lompat Kangkang
( dengan 2 belah kaki )
Dua kumpulan A dan B

Lompatan Kangkang
-Pemenang kumpulan dinilai melalui
Pendaratan dua belah kaki, berdiri tegak dengan mendepangkan ke dua belah tangan berdasarkan jumlah kejayaan ahli kumpulan
Penutup

3 minit
Menyejukkan badan


1.2.4 Quadriceps
stretch
1.2.5 Adductor stretch
1.2.6 Lateral flexor
stretch
( berpasangan) - Tarik kaki dari belakang. Cuba luruskan
kaki tersebut, lakukan 6 –10 saat.

- Kurangkan ketegangan, kemudian tarik
kaki berkenaan sekali lagi dengan lebih
kuat.
Lakukan prosedur untuk kedua-dua belah
kaki.

- Luruskan kaki ke sisi badan dan
paksakan ke arah lantai dan kekalkan
6 –10 saat. Kurangkan tekanan dan
tekan kaki berkenaan dengan kuat
dan ulang untuk kaki berikutnya.

- Tolak menentang daya rakan;iaitu cuba
menegakkan badan, lakukan 6-10 saat.

Dalam formasi bulatan

1.2.4
1.2.5
1.2.6

LAMPIRAN
RUMUSAN

Gimnastik Artistik merupakan salah satu komponen dalam Pendidikan Jasmani dan Kesihatan ( PJK ). Gimnastik Artistik adalah kemahiran dan aktiviti yang mengandungi unsur-unsur dan disiplin ilmu yang disampaikan melalui aktiviti-aktiviti yang berunsur pendidikan yang akan mempengaruhi dan membina sifat-sifat fizikal, sosial dan emosi yang sihat.
Gimnastik Artistik bertujuan memberi peluang kepada para pelajar mengambil bahagian dalam aktiviti yang menyegarkan dan membantu perkembangan pertumbuhan serta kecergasan fizikal mereka. Dengan erti kata lain, ianya membawa maksud tujuan untuk memupuk perkembangan yang optima kepada para pelajar dari aspek perkembangan fizikal, mental, emosi dan sosial. Melalui aktiviti fizikal, ianya dapat membentuk nilai-nilai personaliti yang sihat yang akan mencorakkan warganegara yang sihat, cergas dan produktif. .Misalnya terdapat sikap mematuhi undang-undang, berdisiplin, berkerjasama, bertanggungjawab, bertolak ansur, bersatu padu dan sebagainya. Sifat-sifat yang berkualiti ini memang dikehendaki oleh semua negara khususnya di negara kita ini.

Pembelajaran yang berkualiti sebenarnya bergantung kepada kebolehan pendidik menggunakan pendekatan pengajaran yang dapat memenuhi kehendak, minat serta kebolehan pelajar agar proses pengajaran ini dapat menepati objektifnya. Guru yang terlibat dalam pengajaran pendidikan jasmani hendaklah dapat menggalakkan pelajar menguasai kemahiran berfikir supaya setiap tugasan pelajaran dapat difahami dan dinilai untuk dilaksanakan.
Penglibatan dalam aktiviti dan tugasan yang terancang ini memberi peluang kepada pelajar mencuba dan merasai keadaan yang sebenar. Percubaan ini secara tidak langsung memberikan satu bentuk pengalaman baru selaras dengan konsep belajar melalui aktiviti fizikal dalam pembelajaran pendidikan jasmani di sekolah yang meliputi aspek kecergasan fizikal, psikomotor, kognitif, afektif dan sosial.



RUJUKAN


Abu Bakar Nordin. (1994). Reformasi pendidikan dalam menghadapi cabaran 2020. Kuala
Lumpur: Nurin Enterprise.

Borhannuddin, Abdul Razak, & Hamizon (2006). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan
Kesihatan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka .


Mohd.Sofian, Omar Fauzee (2002). Pendekatan Psikologi dalam Menangani Masalah
Atlit. Shah Alam : Karisma Pub;lications Sdn.Bhd.

Shaharudin Abd.Aziz. (2001). Mengaplikasi Teori Psikologi dalam Sukan.
Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributors Sdn.Bhd.

Vasudevan T.Arasoo (1991). Psikologi Sosial dalam Penddikan Jasmani dan Sukan.
Petaling Jaya : Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Asiah Abu Samah . ( 1985 ) . Ko – kurikulum Dalam Pendidikan Di Malaysia : Satu
Tinjauan . Dalam Seminar Kebangsaan Ko – kurikulum , Kementerian Pendidikan
Malaysia . Universiti Utara Malaysia , Kedah , Ogos , 18 – 20 .

Saifol Bahary & Hasnul Faizal(2007). Pergerakan Asas dan Pendidikan Pergerakan.; Kuala
Lumpur : Open University (OUM).

Kementerian Pendidikan Malaysia (2000).Sukatan Pelajaran Pendidikan
Jasmani, Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.

http://www.msn.gov.com.my/gimnastik/artistik. (21 Oktober 2007)
http://www.moe.gov.edu.my/huraian (21 Oktober 2007)