Generasi muda perlu diberi peluang awal oleh semua pihak untuk memahami erti berkerjasama, berdisiplin dan membina keyakinan diri dengan cara aktiviti perkhemahan ke arah menjadi rakyat yang bertanggungjawab dan hidup berdikari pada masa hadapan. Program Perkhemahan yang melibatkan Tunas Puteri dan Tunas Kadet Remaja Sekolah , bertujuan memupuk dan membina sikap jati diri dan semangat persahabatan dan kerja sama menerusi ko-kurikulum (perkemahan).
Empat objektif utama Program Perkhemahan Ko-Kurikulum ialah
• menggalakkan penyertaan murid dalam kegiatan bersama,
• mewujudkan sikap kerjasama dan tolong menolong,
• melahirkan persefahaman dan toleransi antara murid pelbagai kaum di sekolah
• berkongsi kemudahan, peralatan, tenaga dan kepakaran untuk kegiatan khas.
Adalah diharapkan program ini dapat membantu pelajar untuk membina keyakinan diri , membentuk sahsiah dan motivasi diri pelajar dalam masyarakat berbilang kaum . Segala program dan aktiviti yang dilaksanakan akan memberikan nilai positif dan amalan terbaik untuk murid-murid. Justeru itu diharapkan segala perancangan dan perlaksanaan nanti akan memberikan hasil dan mencapai objektif yang dikehendaki khususnya kepada pelajar-pelajar yang terlibat dalam program ini.
No comments:
Post a Comment