Friday, April 18, 2008

KENANGAN KIPSP 2007



SK SEBERANG PERAK
05050 ALOR SETAR

SOALAN TOPIK A : MATA, TELINGA , HIDUNG DAN KULIT
Bahagian Objektif
Soalan 1 : Gejala-gejalanya ialah mata menjadi merah dan terdapatnya lelehan nanah atau tahi mata yang diikuti dengan rasa gatal, perit, menyucuk dan terasa seperti adanya benda asing di dalam mata. Penyakit ini dikenali sebagai….
A. Telesemnia
B. Konjunktivitis
C. Otitis Externa
D. Kardiovaskular

Soalan 2: Tabiat yang sering membuang tahi telinga atau mengorek telinga jauh ke dalam hingga mencederakan telinga dan ini mendedahkannya kepada jangkitan.
A. Eustachio

B. Meningtis Interna

C. Dileksia

D. Otitis Externa


Soalan 3 : Penyakit ini adalah akibat jangkitan kuman virus yang terjadi di kulit disebabkan oleh virus Human Papilloma. Sel-sel kulit membiak begitu cepat dan membentuk ketumbuhan yang membonjol keluar. Penyakit ini dikenali sebagai….

A. Bisul

B. Kurap

C. Ketuat

D. Bengkak





SOALAN TOPIK A : MATA, TELINGA , HIDUNG DAN KULIT
Bahagian Objektif

1. Apakah tanda-tanda kudis buta?





Jawapan :
• Gatal di seluruh anggota, terutama pada malam hari.
• Terdapat bintit-bintit merah yang bernanah di bahagian-bahagian badan yang dijangkiti.

2. Bila anda perlu berjumpa doktor gigi?

_________________________________________________________________________
Jawapan :
• Gigi berlubang.
• Gusi berdarah semasa memberus gigi.
• Gusi bengkak, kemerahan dan sensitif.
• Gusi menyusut.
• Gigi longgar.
• Nafas terus-terusan berbau.
• Terdapat nanah di sekitar gusi dan gigi.
Soalan 3 :
Konjunktivitis adalah gejala mata terasa tidak selesa tetapi tidak sakit .Lelehan nanah/tahi mata yang pekat, berwarna putih, kuning kehijauan dan berkeruping. Ini menyebabkan kelopak mata melekat semasa pesakit bangun dari tidur.
Konjunktivitis disebabkan oleh ___________________________
Jawapan :
kuman bakteria

No comments: