Friday, April 11, 2008

SEKOLAH GEMILANG

.
Mengumumkan ketibaan Encik Azit bin Selamat, Kaunselor pentadbiran, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Star.
HADIRIN DIPERSILAKAN BERDIRI UNTUK NYANYIAN LAGU ‘NEGARAKU’
……………….terima kasih.
_________________________________________________________________________
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Yang dihormati, Encik Azit bin Selamat, Kaunselor pentadbiran, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Star.
Yang berusaha, Puan Ku Hamidah bt Ku Yaakob Pengetua Sek Men Keb Dato Wan Mohd Saman,
Guru-guru serta seluruh pelajar pelajar yang dirahmati sekalian.

Majlis mengalu-alukan kehadiran yang dihormati Encik Azit bin Selamat, serta seluruh warga Sek Men Keb Dato Wan Mohd Saman ke majlis kita pada pagi yang berbahagia ini.
Hadirin sekalian,
Bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan hidayat Nya dapat kita berada di Majlis Pelancaran Bulan Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat Sekolah Tahun 2008.
Bagi memberkati majlis ini, dijemput. Ustaz Rizuan bin Abdullah untuk membacakan doa. Majlis dengan segala hormatnya memipersilakan.
……………terima kasih Al Fadhil Ustaz di atas bacaan doa itu tadi.

Hadirin sekalian,
Majlis akan diteruskan dengan ucapan alu-aluan dari Yang berusaha PUAN PENGETUA. Majlis dengan ini mempersilakan.
………………terima kasih Puan pengetua.
Hadirin yang dihormati,
Seterusnya adalah bacaan perutusan…………………………………………………….. serta ucapan perasmian oleh Kaunselor Pentabdiran , Pejabat Pendidikan Daerah Kota Star.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

“WAHAI ANAK-ANAK PELAJAR, LIHATLAH! BETAPA BERSYUKUR DAN CERIA NYA BURUNG ITU TADI MENIKMATI KEBEBASAN HIDUP. ITULAH SIMBOLIKA KEPADA KEBEBASANMU ANAK-ANAK, JIKA KAMU MEMILIH UNTUK BEBAS DARI DADAH DURJANA!
………………TERIMA KASIH TUAN KAUNSELOR .
HADIRIN SEKALIAN, DENGAN UCAPAN PERASMIAN ITU TADI, maka sempurnalah sudah majlis kita pada pagi ini.
kalau ada sumur di ladang,
bolehlah kita menumpang mandi,
kalau ada umur yang panjang,
bolehlah kita berjumpa lagi.
Untuk itu, diumumkan keberangkatan pulang Yang dihormati, Encik Azit bin Selamat, Kaunselor pentadbiran, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Star.
Diharapkan Segala kesilapan dan kekurangan daripada pihak penganjur harap dimaafkan. Maka dengan itu, Majlis ditangguhkan dan diharap kita akan berjumpa di lain masa, di lain ketika.
sekian, wabillahi taufik wal hidayah assalamualaikum w.b.t.

UNTUK MAKLUMAN PELAJAR SEMUA, SATU VIDEO KLIP BERTAJUK
……………………………………………………………………………………………..
AKAN DITAYANGKAN SEBENTAR LAGI. OLEH ITU, PARA PELAJAR DIMINTA BERTENANG DAN HAYATI APA YANG BAKAL DIPAPARKAN.
YANG BAIK DIJADIKAN TELADAN, YANG BURUK DIJADIKAN SEMPADAN

ASSALAMUALAIKUM WBT. DAN SALAM SEJAHTERA,
YANG DIMULIAKAN
………………………………………………………
PEGAWAI AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN, KOTA STAR,

GURU-GURU DAN PELAJAR SEKALIAN.
KITA AMAT BERTUAH PADA PAGI INI KERANA, SATU CERAMAH YANG BERTAJUK ‘SEKOLAH BEBAS DADAH 2012’ AKAN DIPERDENGARKAN OLEH BELIAU.
MAJLIS DENGAN BERBESAR HATI MEMPERSILAKAN.
…………….TERIMA KASIH DIUCAPKAN.

SETERUSNYA, DIJEMPUT SEMUA WARGA SMK DWMS UNTUK MENINJAU SATU PAMERAH KHAS SEMPENA MAJLIS PELANCARAN BULAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2008.
BERSEMPENAAN MAJLIS YANG SAMA, DIJEMPUT PARA PELAJAR UNTUK MENJALANI SATU SESSI UJIAN AIR KENCING YANG AKAN BERLANGSUNG SEBENTAR LAGI.
TERIMA KASIH.

.......................................................................
Format Secara ringkas.
1. Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat.(hadirin diminta berdiri)
2. Ucapan salam dan selamat datang serta kesyukuran.
3. Pengenalan ringkas majlis yang diadakan.
4. Ucapan alu-aluan daripada tuan rumah.
4.1Perucap alu-aluan
- Mengucapkan Selamat datang
- Menyatakan fungsi dan objektif majlis
- Melaporkan aktiviti
- Mengemukakan Cadangan dan permintaan
- Mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada…….
5.Ucapan terima kasih drpd penganjur(jika perlu)
5.1Perucap terima kasih
- Berterima kasih diberi peluang berucap
- Mengucapkan selamat datang ke majlis
- Melaporkan aktiviti …..
- Mengemukakan cadangan dan permintaan
- Mengucapkan terima kasih kepada tamu kehormat dan AJK …..
6.Ucapan utama daripada tetamu kehormat(jika beliau ingin berucap)
6.1Perucap Utama
- Mengucapkan tahniah kepada pengelola
- Melaporkan informasi terkini…….
- Memberi nasihat
- Menjawab cadangan dan permintaan
- Kata penutup……..
7.Terus kepada agenda utama majlis seperti agenda makan malam atau pun anugerah.
8.penutup
9.mengumumkan keberangkatan pulang tetamu kehormat(hadirin diminta berdiri)
Semoga ianya dapat membantu sesiapa jua......................

contoh teks ucapan majlis penyampaian hadiah sempena majlis tadarus Al-Quran peringkat sekolah

MAJLIS TADARUS AL QURAN PERINGKAT SEKOLAH
SMK BALABAN JAYA 2006

Yang berusaha Cik Huang Lee Yung, pengetua SMK Balaban Jaya, yang dihormati Pn. Hanisah Obing, PK 1 SMKBJ, PK HEM, Pn Rashida ahmad, En. Senguan Musa, PK Ko-kurikulum, yang dihormati para hadirin jemputan, guru-guru, peserta-peserta majlis Tadarus Al-Quran dan pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan limpah rahmatNya, dapat kita berkumpul untuk sama-sama meraikan Majlis Tadarus Al-Quran peringkat sekolah SMKBJ.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Untuk memberkati lagi majlis kita pada hari ini, majlis dengan segala hormatnya, menjemput ketua pelajar kita Abdul Malek b Mohd Arwin untuk membacakan doa. Dipersilakan..

Terima kasih diucapkan kepada Abdul Malek Mohd arwin.

Untuk meneruskan lagi majlis kita pada hari ini, majlis dengan segala hormatnya, menjemput Cik Huang Lee Yung, Pengetua SMKBJ ( Pn Hanisah Obing, PK 1 SMKBJ ) untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.

Terima kasih diucapkan kepada Cik Huang Lee Yung ( Pn hanisah Obing )

Seterusnya bagi menghargai para hakim jemputan, yang turut sama menjayakan majlis pada hari ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput PK Ko-kurikulum, En. Senguan Musa untuk menyampaikan cenderahati.

Dipersilakan :

1) Ust. Hasanudin Che Man ( SK Kolapis)
2) Ust Wan Mohd Sukri Wan Teh ( SK Sg. Nangka )
3) Ust Mohd Shukri Abdul Kudus ( SK Kolapis )
4) Ust Fifi ( SK Balaban Jaya )

Terima kasih diucapkan kepada En. Senguan Musa

Majlis diteruskan lagi dengan acara yang dinanti-nantikan iaitu acara pengumuman keputusan dan penyampaian hadiah. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya, menjemput Pn. Hanisah Obing, PK 1 SMKBJ untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Dimulakan dengan acara tilawah Al-Quran, bagi kategori Qari, johan disandang oleh …………………………………, dan naib johan ialah ……………………………….
Bagi kategori Qariah, johan disandang oleh…………………………….., dan naib johan………………………………

Acara hafazan, bagi kategori lelaki, johan disandang oleh …………………………. Dan naib johan…………………………….
Bagi kategori perempuan, johan disandang oleh………………………….., dan naib johan……………………………………

Terima kasih diucapkan kepada Pn Hanisah ________________________________________________________________

Majlis diteruskan dengan acara syarahan dan nasyid. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput Pn. Rashida Ahmad, PK HEM SMKBJ untuk menyampaikan hadiah.

Dipersilakan…

Untuk acara syarahan bagi kategori lelaki, johan disandang oleh…………………, dan naib johan ……………………………..
Bagi kategori perempuan, johan dimenangi oleh……………………………., naib johan ialah………………………………..

Seterusnya, acara yang terakhir iaitu nasyid. Johan disandang oleh kumpulan………………………., naib johan kumpulan.....…………………………… dan tempat ketiga……………………………

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn. Rashida Ahmad.

Seterusnya, untuk menceriakan lagi majlis pada hari ini, dijemput johan bagi setiap acara berikut iaitu tilawah, syarahan dan nasyid untuk membuat persembahan.

Untuk itu, dijemput johan Qari dan Qariah iaitu………… untuk memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran.

Dipersilakan…..

Terima kasih….

Seterusnya, dijemput johan syarahan bagi kategori lelaki dan perempuan untuk menyampaikan syarahan masing-masing.

Dipersilakan….

Terima kasih…..

Seterusnya, untuk persembahan terakhir kita pada hari ini, dijemput johan bagi acara nasyid untuk membuat persembahan. Dengan segala hormatnya dipersilakan..

Terima kasih diucapkan kepada pemenang-pemenang yang telah sudi menyampaikan persembahan.

Dengan berakhirnya persembahan nasyid sebentar tadi, maka berakhirlah sudah Majlis Tadarus Al- Quran peringkat SMKBJ.

Untuk itu, majlis turut merakamkan ucapan tahniah kepada para pemenang, bagi yang tidak Berjaya jangan putus asa dan teruskan usaha anda. Terima kasih juga pada para hadirin yang turut sudi mejayakan majlis ini.

Sehingga kita berjumpa lagi di tahun hadapan..wassalam.

1 comment:

MdNira MSN said...

Mengumumkan ketibaan Encik Azit bin Selamat, Kaunselor pentadbiran, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Star.
HADIRIN DIPERSILAKAN BERDIRI UNTUK NYANYIAN LAGU ‘NEGARAKU’
……………….terima kasih.
_________________________________________________________________________
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Yang dihormati, Encik Azit bin Selamat, Kaunselor pentadbiran, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Star.
Yang berusaha, Puan Pengetua....