Friday, April 11, 2008

KESELAMATAN PELAJAR DI SEKOLAH




1.0 PENGENALAN

Tahap keselamatan di kalangan pelajar-pelajar sekolah di Malaysia merupakan aspek penting diberi perhatian serius oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Keselamatan persekitaran kawasan sekolah merupakan agenda yang seringkali menjadi perhatian golongan masyarakat. Faktor ini adalah kerana terdapatnya rekod Kementerian Kesihatan yang menunjukkan bahawa keselamatan dan kemalangan merupakan satu masalah besar di Malaysia. Kemalangan masih merupakan sebab utama bagi kemasukan ke hospital kerajaan dan sebab yang keempat utama bagi kematian di hospital kerajaan (Statistik Kemalangan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Bandar Damansara, 2001). Kemalangan sedemikian merupakan kerugian sumber tenaga manusia yang besar dan amat trajik kerana kebanyakan daripada kemalangan ini boleh dicegah. Menurut statistik ini juga, kebanyakan kemalangan melibatkan remaja dan juga kanak-kanak.
Pendidikan boleh memainkan peranan penting dalam mencegah kemalangan. Memandangkan pentingnya aspek keselamatan ini, Kementerian Pendidikan telah menyediakan beberapa surat pekeliling mengenai keselamatan murid dan juga memasukkan aspek keselamatan ini dalam kurikulum melalui beberapa mata pelajaran. Di samping itu, pihak lain seperti Jabatan Bomba, Polis DiRaja Malaysia dan Jabatan Kerja Raya juga menyediakan garis panduan keselamatan untuk sekolah .

1.1 Latarbelakang sekolah

Kajian keselamatan ini dijalankan di sebuah sekolah yang dipilih iaitu Sekolah Kebangsan Seberang Perak, Alor Setar, Kedah Darul Aman. Kajian ini bertujuan untuk memberi gambaran tentang keadaan keselamatan di salah sebuah sekolah rendah yang merangkumi keadaan keselamatan bekerja, fizikal, pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah serta aktiviti ko-kurikulum.

Sekolah ini merupakan sekolah Melayu yang pertama bagi murid-murid perempuan di negeri Kedah Darul Aman. Penubuhannya adalah berikutan sekolah bercampur tidak Iangsung dibenarkan pada zaman sebelum Perang Dunia Kedua. Sekolah ini dibuka pada 23 November 1907 / 18 Syawal 1325 H oleh Tunku Yahya bin Tunku Zainol Abidin iaitu Penguasa Pelajaran Negeri Kedah yang pertama. Bangunan asal sekolah ini hanyalah sebuah rumah sewa yang terletak di Jalan Baharu, Alor Setar. Pada hari pertama pembukaannya, cuma 5 orang murid perempuan sahaja yang hadir. Gurunya ialah Che’ Aminah yang berasal dari Pulau Pinang. Pada mulanya sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Perempuan Alor Setar.

Pada penghujung tahun 1911 / 1329 H, semasa En. J. McDonough menjadi Penguasa Pelajaran Kedah, sekolah ini telah dipindahkan ke Kampung Perak. Pemindahan ini disebabkan kerosakan bangunan yang sudah terlalu uzur dimakan anai-anai dan masalah murid-murid perempuan yang kerap diganggu oleh segelintir pemuda. Guru sekolah ini pada masa itu ialah Che’ Papa Bee bt. Abdul Rahim Khan.

Sekolah ini kemudiannya berpindah dan Kampung Perak ke Jalan Kanchut pada tahun 1914/1333H. Apabila Tuan Haji Abdul Hamid menjadi Pelawat Utara, beliau telah mencadangkan supaya sekolah ini dipindahkan ke tengah-tengah bandar. Beliau berpendapat bilangan murid akan bertambah kerana kedudukannya yang berdekatan dengan Titi Batu, Sungai Korok dan Seberang Perak. Jadi, dalam tahun 1915/1334H sekolah ini telah berpindah ke Lorong Thean Kee (di hadapan bangunan Pejabat Pos Besar yang lama). Di sini terdapat 4 orang kanak-kanak Cina mendaftar diri untuk belajar. Tidak lama kemudian, sekolah ini dipindahkan ke Lot Tanah (berhampiran Rumah Kelahiran Tun Dr. Mahathir Mohamad di Jalan Pegawai, Alor Setar), iaitu menggunakan rumah Che’ Papa Bee sendiri.


Semasa Encik E.A.G. Stuart menjadi Penguasa Pelajaran dalam tahun 1926/1344H, sekolah ini sekali lagi dipindahkan iaitu ke Seberang Perak, tempatnya yang kekal hingga ke hari ini . Seterusnya ia dikenali sebagai Sekolah Perempuan Seberang Perak.Sekolah Perempuan Seberang Perak ini juga disebut sebagal “Malay Girls School”. Di sini baharulah sekolah ini mempunyai bangunannya sendiri, iaitu sebuah bangunan batu satu tingkat berlantai papan. Keistimewaannya ialah tangga besar dan kukuh hingga ke saat ini .

Kertas Cadangan ini adalah bertujuan untuk mengkaji sejauhmana aspek keselamatan murid di Sekolah Kebangsaan Seberang Perak , Alor Setar, Kedah Darul Aman ; dilaksanakan dengan sebaik-baiknya . Dalam kajian ini, penyelidik ingin mendapatkan maklumat tentang aspek-aspek keselamatan yang merangkumi keadaan fizikal, pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah serta perjalanan aktiviti ko-kurikulum. Sesi pemerhatian dijalankan sendiri oleh penyelidik untuk mendapatkan sendiri maklumat yang berkaitan dengan aspek keselamatan yang disediakan oleh pihak sekolah. Manakala sesi temubual dan soal selidik bersama Puan Guru Besar, Hajjah Normah Binti Haji Ismail sedikit sebanyak dapat mengumpul maklumat tentang keberkesanan sisitem keselamatan yang dijalankan di sekolah berkenaan.

Hasil dapatannya mendapati keselamatan murid bagi pembelajaran di sekolah amat memuaskan. Di samping itu, pihak sekolah juga turut menyediakan peraturan-peraturan khas untuk setiap penggunaan seperti bilik darjah, alat pandang dengar, makmal Kemahiran Hidup dan Sains serta sebagainya.




2.0 Kelemahan pada keadaan sedia ada dan kesannya kepada
kesempurnaan berkerja dan belajar di sekolah .

Natt J. G (1999), menyatakan pengetua sekolah, guru-guru dan kakitangan lain sekolah terdedah kepada dakwaan (litigation) atas pelbagai tuduhan seperti kegagalan melaksanakan tanggungjawab, kecuaian, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan yang mungkin berlaku dan kegagalan ini boleh mengakibatkan pihak sekolah boleh menghadapi dakwaan sivil atau pun jenayah (civil or criminal suit).

Pemerhatian telah dijalankan oleh penyelidik di Sekolah Kebangsaan Seberang Perak , 05050 Alor Setar, Kedah Darul Aman. Dalam pemerhatian ini, penekanan ditumpukan terhadap permasalahan dan kelemahan yang melibatkan langkah keselamatan, keadaan bangunan, padang permainan, alat pencegah kebakaran, latihan kebakaran, peti kecemasan, buku laporan kes kemalangan serta faktor kebersihan yang dapat menjamin keselamatan pelajar.

2.1 Kelemahan pada keadaan sedia ada bangunan , padang dan bengkel.

Kelemahan pada keadaan untuk mendapatkan maklumat tentang keselamatan di kawasan pembelajaran Pendidikan Jasmani & Kesihatan , bengkel Kemahiran Hidup dan makmal Sains. Pelajar-pelajar perlu mendapatkan maklumat tentang peraturan tertentu apabila menjalankan pengajaran dan pembelajaran di kawasan Pendidikan Jasmani, bilik darjah, pusat sumber, makmal sains dan bengkel serta penggunaan alat pandang dengar.



Kelemahan pada keadaan untuk mendapatkan maklumat tentang taraf kebersihan yang dapat menjamin keselamatan bilik darjah, bilik air murid, kantin, padang, pusat sumber, asrama dan dewan makan. Aspek ini juga amat penting untuk diberikan perhatian supaya keselamatan pelajar-pelajar terjamin serta sekolah mempunyai peraturan tertentu untuk meningkatkan tahap keselamatan pelajar di sekolah.

Kelemahan pada keadaan tentang keadaan fizikal bahagian bangunan sekolah seperti siling, tangga, lantai dinding dan system pendawaian. Bangunan utama sekolah ini telah dibina sebelum negara mencapai kemerdekaan. Justeru, usaha untuk membaik pulih bangunan ini memerlukan kos dan peruntukan kewangan yang agak tinggi. Keselesaan pelajar-pelajar semasa pembelajaran agak terganggu memandangkan keuzuran bangunan yang lama serta kesesuaiannya sebagai bilik darjah pembelajaran.

2.2 Keadaan Keselamatan pelajar-pelajar semasa aktiviti Pengajaran dan pembelajaran.

Terdapat beberapa kelemahan yang perlu diberi perhatian supaya keselamatan pelajar-pelajar semasa proses pembelajaran dapat menghindarkan daripada berlakunya kemalangan. Pendedahan maklumat tentang peraturan-peraturan khas untuk murid dan guru dalam menjalankan kegiatan kerja luar untuk sesuatu projek, sama dalam subjek Kajian Tempatan ataupun Sains serta tindakan yang perlu diambil semasa kecemasan seperti sama ada sekolah mempunyai pelan kecemasan dan kekerapan menjalankan aktiviti latihan kebakaran, bilangan alat mencegah kebakaran, kali terakhir diservis dan sama ada tempat letak alat tersebut mudah dicapai.



Kelemahan pada keadaan sedia ada ini juga menyentuh tentang peti kecemasan, prosedur penggunaannya, kandungan peti kecemasan, jumlah guru yang mempunyai kelayakan dalam pertolongan cemas serta rancangan sekolah untuk memberi latihan dalaman kepada guru tentang pertolongan cemas.

3.0 Senarai perkara- perkara yang perlu dilakukan

Kajian ini juga telah meninjau langkah pencegahan kemalangan yang diambil oleh pihak sekolah seperti latihan kebakaran, alat pencegah api, pengetahuan memberi pertolongan cemas di kalangan masyarakat sekolah dan penyimpanan rekod kemalangan.

Cadangan kepada pihak sekolah mengenai senarai perkara-perkara yang perlu dilakukan supaya keselamatan pelajar akan lebih terjamin pada masa hadapan. Dapatan cadangan ini dibahagikan kepada enam bahagian iaitu:

- Keselamatan ruang pembelajaran
- Peraturan sekolah tentang keselamatan
- Keadaan kebersihan sekolah yang menjamin keselamatan
- Keadaan fizikal sekolah
- Cadangan sekolah bagi meningkatkan keselamatan


3.1 Keselamatan ruang pembelajaran di sekolah
Ruang pembelajaran di sekolah perlu sentiasa kemas, tersusun dan mempunyai ciri-ciri keselamatan untuk menjamin aktiviti pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.


Pihak sekolah perlu menilai dan mengkaji semula sejauh mana keselamatan ruang pembelajaran dititikberatkan seperti di padang permainan, makmal, bengkel serta cara pengedaran dan pengumpulan alatan pengajaran dan pembelajaran di tempat-tempat tersebut.
Didapati sekolah ini telah mempunyai pelan tindakan semasa kecemasan dan telah menghantar pelan tersebut ke PPK. Didapati juga, maklumat tentang prosedur kecemasan biasanya disebarkan melalui perhimpunan dan guru bertugas. Papan kenyataan didapati kurang digunakan untuk tujuan ini.

3.1.1 Keselamatan Ruang Pembelajaran PJK

Kajian menyatakan ruang pembelajaran Pendidikan Jasmani selamat digunakan .Kesimpulannya, berdasarkan soal selidik yang dikaji, aspek keselamatan dari segi ruang pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan adalah memuaskan.

Namun berdasarkan soal selidik yang dijalankan didapati seramai 3 orang guru (21.4%) sahaja (daripada 14 orang guru) yang mempunyai kelayakan dan berkebolehan menghadapi kecemasan serta memberi bantuan awal kepada murid sekiranya berlaku kemalangan manakala 11 guru lagi (78.6%) tidak mempunyai kelayakan langsung serta tidak pernah menyertai kursus-kursus pertolongan cemas seperti PBSM dan St. John. Keadaan ini agak kurang memuaskan hati penyelidik kerana sekurang-kurangnya 60% guru di setiap sekolah mesti berkelayakan serta mengetahui tentang selok belok pertolongan cemas dan bantu mula.




3.1.2 Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup

Kajian menyatakan bahawa keadaan bengkel bagi Kemahiran Hidup perlu selamat digunakan dan terdapat masalah seperti kesesakan ruang dan tiada pintu keselamatan. Keseimpulannya, berdasarkan soal selidik yang dikaji menunjukkan bahawa bengkel untuk Kemahiran Hidup di sekolah ini memerlukan tindakan supaya selamat digunakan.

Selain itu Bengkel Kemahiran Hidup perlu mempunyai peti kecemasan yang mencukupi bagi murid dan staf. Tempat peti kecemasan ini diletakkan dan kandungannya telau ditinjau oleh penyelidik. Dapatannya adalah sebanyak 3 buah peti terdapat dalam Bilik Kemahiran Hidup dan didapati kandungannya agak baik dan tidak terusik. Daripada pemerhatian yang dilakukan, didapati kandungan dalam peti kecemasan tersebut hanya mengandungi panadol, kapas dan antiseptik sahaja.

3.1.3 Keselamatan Makmal Sains
Hasil kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa keadaan makmal sains untuk kegunaan mata pelajaran Sains mestilah selamat. Rekod kemalangan murid dapat memberi maklumat mengenai kemalangan-kemalangan yang berlaku dan ini boleh dijadikan asas untuk menjaga keselamatan murid di sekolah.

Hasil kajian tersebut mendapati sekolah ini mempunyai rekod kemalangan murid secara tersusun. Makmal Sains memerlukan aspek keselamatan yang terbaik khususnya penyediaan alat pencegah kebakaran, bila servis terkhir dilakukan dan sama ada alat tersebut diletakkan di tempat yang mudah dicapai.

Masa untuk bertindak sekiranya berlaku kebakaran adalah amat terhad. Oleh itu, latihan kebakaran perlu dijalankan di sekolah. Kajian ini meninjau kekerapan latihan ini dijalankan. Menurut Puan Guru Besar, Hjh Normah Binti Ismail, latihan kebakaran di sekolahnya dilakukan sebanyak 3 kali dalam setahun iaitu awal persekolahan, pertengahan dan di akhir persekolahan dalam setahun. Dengan ini, sekolah ini didapati telah memenuhi kehendak Jabatan Bomba dari sesi mengadakan latihan kebakaran.


4.0 Senarai kelengkapan dan Menetapkan Kenyataan polisi keselamatan digunapakai oleh warga sekolah.

Senarai kelengkapan serta peraturan yang baik dan ketat dalam penggunaan ruang pembelajaran amat diperlukan supaya dapat menjamin keselamatan murid. Dalam cadangan kajian ini, beberapa kelengkapan dan ketetapan polisi keselamatan untuk digunapakai oleh warga sekolah supaya sekolah mempunyai peraturan tertentu dalam penggunaan bilik darjah/ pusat sumber/ makmal/ bengkel. Cadangannya adalah seperti berikut:


4.1.1 Kelengkapan Peraturan Menggunakan Tempat tertentu di Sekolah
Hasil kajian yang dijalankan, didapati penyediaan peraturan untuk penggunaan tempat adalah lengkap. Penyelidik bersetuju tentang cara penyediaan peraturan di tempat-tempat di sekitar sekolah. Penyediaan peraturan tempat yang dimaksudkan adalah seperti berikut:
a) Bilik darjah
b) Pusat Sumber
c) Makmal Sains
d) Bengkel Kemahiran Hidup
e) Kawasan PJK
f) Tandas

4.1.2 Kelengkapan Peraturan Penggunaan APD disebarkan kepada Guru dan Murid
Sebaran maklumat tentang peraturan penggunaan APD di sekolah dijalankan melalui:
i) Penerangan : mesyuarat, taklimat, perhimpunan, siaraya
ii) Edaran : pekeliling, notis, edaran, poster, gambar
iii) Penerangan dan edaran

Berdasarkan cara penyebaran maklumat tersebut, hasil kajian menyatakan cara penyebaran peraturan penggunaan APD kepada guru dan murid dilakukan melalui edaran seperti pekeliling, notis dan sebagainya manakala turut menyatakan hanya menerima maklumat tersebut hanya melalui lisan sahaja.

4.1.3 Kelengkapan Peraturan bagi Kerja Luar
Kajian ini juga meninjau bagaimana sekolah menentukan keselamatan murid semasa menjalankan aktiviti kerja luar khususnya bagi mata pelajaran Kajian tempatan dan Sains. Hasil kajian menyatakan bahawa sekolah ini mempunyai peraturan bagi kerja luar yang disediakan oleh puhak sekolah dan ini telah terbukti apabila peraturan tersebut dengan melampirkan kepada penyelidik untuk rujukan.

4.1.4 Kelengkapan Kebersihan yang Menjamin Keselamatan

Kebersihan persekitaran sekolah merupakan salah satu factor utama dalam mengawal keselamatan murid. Oleh itu, kajian ini telah meninjau sejauh mana kebersihan sekolah dijaga.
Didapati sekolah ini mempunyai taraf kebersihan yang amat memuaskan dan boleh menjamin keselamatan murid. Walau bagaimanapun, kebersihan bilik air lelaki dan perempuan serta kantin boleh dipertingkatkan lagi. Sekolah digalakkan mempunyai program bagi menjaga kebersihan. Aspek ini telah ditinjau dan didapati sekolah ini mempunyai program kebersihan sekolah. Antara program yang dijalankan adalah pertandingan kebersihan kelas, gotong-royong, ceramah dan kempen kebersihan.


Jadual 1 : Keadaan kebersihan di Sekolah (Berdasarkan kepada 40 responden)
KEMUDAHAN BERSIH TIDAK BERSIH
Bilik Darjah
Bilik Air Lelaki
Bilik Air Perempuan
Kantin
Padang
Pusat Sumber 30 (75%)
27 (67.5%)
28 (70%)
27 (67.5%)
37 (92.5%)
35 (87.5%) 10 (25%)
13 (32.5%)
12 (30%)
13 (32.5%)
3 (7.5%)
5 (12.5%)



5.0 Menilai keterangan bagaimana projek ini akan mendatangkan kesan positif kepada sekolah, pelajar dan kakitangan.

Keadaan fizikal yang baik akan dapat mengelakkan berlakunya kemalangan.
Maklumat yang diperolehi daripada kajian keselamatan ini dapat memberikan kesan positif kepada sekolah , pelajar dan kakitangan . Justeru , bolehlah dirumuskan seperti berikut

5.1 Kesan positif kepada sekolah
Pihak sekolah diharapkan dapat menilai semula keadaan keselamatan di persekitaran sekolah sama ada keselamatan ruang pembelajaran untuk mata pelajaran Sains, Kemahiran Hidup,Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Masalah yang dihadapi dalam hal ini pada amnya ialah kesesakan ruang dan kurangnya pintu kecemasan. Pengedaran dan pengumpulan peralatan bagi matapelajaran Sains, Kemahiran Hidup, Kemahiran Manipulatif, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan kerap juga dilakukan oleh murid sahaja. Ini mungkin menimbulkan risiko kemalangan jika guru tidak mengawalnya dengan rapi.

Justeru, sekolah yang dikaji maka didapati telah menyediakan peraturan tentang penggunaan bilik darjah, kerja luar dan penggunaan alat pandang dengar. Walau bagaimanapun, cara peraturan ini disebarkan dan dikuatkuasakan tidak begitu memuaskan. Secara keseluruhannya, sekolah yang dikaji ini mempunyai tahap kebersihan yang memuaskan. Walaupun begitu, keadaan kebersihan seperti bilik air dan kantin harus dipertingkatkan.

Kilander (1971), dalam petikan Wee Eng Hoe, 1998 ), menggariskan prinsip-prinsip berikut sebagai panduan yang boleh menyumbang ke arah pembangunan satu program pendidikan keselamatan :
• Pendidikan keselamatan seharusnya menjadi tanggungjawab masyarakat dan sepatutnya selaras dengan kefahaman terhadap pertumbuhan manusia dan pembangunan masyarakat.
• Sekolah patut membekalkan kepimpinan dalam usaha mengembangkan kehidupan yang selamat,
• Pendidikan keselamatan seharusnya merupakan sebahagian daripada program kesihatan sekolah dan sepatutnya mengembangkan lagi kefahaman, sikap, nilai, kemahiran, tabiat dan apresiasi yang akan menolong pelajar memenuhi tanggungjawab kehidupan selamat di dalam dunia ini.
• Sekolah seharusnya menggunakan sumber-sumber yang wujud di dalam masyarakat untuk melaksanakan program kesihatan masyarakat dalam hal pendidikan keselamatan.
• Pendidikan keselamatan sepatutnya mewujudkan kesedaran secara berterusan tentang nilai nyawa manusia dan kesihatan menyeluruh individu dan pada masa yang sama mengakui pencapaian orang lain dalam usaha mencapai kehendak tersebut.
• Pendidikan keselamatan semestinya berterusan dan menyumbang ke arah pengayaan semua aspek kehidupan.

Carta Gantt perlulah disediakan oleh pihak sekolah mengenai Plan Tindakan keselamatan sepanjang tahun supaya jaminan keselamatan pelajar dapat diberi perhatian sewajarnya.





Jadual 2 : Carta Gantt Plan Tindakan Aktiviti Keselamatan di Sekolah
BIL AKTIVITI UTAMA PERLAKSANAAN
TAHUN 2007
BULAN

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
1 Pendidikan Keselamatan Latihan pertolongan cemas X X X X
Ceramah tentang keselamatan X X X
Kempen keselamatan x x X
Perkhemahan x X
Pertandingan lalu lintas x X
Latihan penggunaan alat pencegah kebakaran x x X
Pertandingan bercerita dan melukis poster bertemakan keselamatan. x x


5.2 Kesan positif kepada pelajar
Langkah pencegahan kemalangan didapati telah dilaksanakan di sekolah ini. Langkah tersebut merangkumi pelan tindakan semasa kecemasan, latihan kebakaran, pembekalan peti kecemasan di kawasan sekolah dan penyediaan alat pencegahan kebakaran. Walau bagaimanapun, pelan tindakan kecemasan yang terdapat di sekolah ini didapati kurang terperinci dan bukan semua guru diberitahu tentang pelan tersebut.

Kekerapan menjalankan latihan kebakaran kurang memuaskan
kerana sekolah ini tidak merancang untuk melatih staf dan murid sehingga mereka boleh bertindak secara automatik apabila berlakunya kebakaran. Penjagaan dan pengetahuan alat pencegahan kebakaran kurang diberi tumpuan yang terperinci.

Kandungan peti kecemasan juga kurang diperiksa dan diisi semula apabila bekalan ubatan habis.Terdapat ramai guru di sekolah ini yang tidak mempunyai kelayakan dalam pertolongan cemas. Ini mungkin menjejaskan keselamatan murid apabila berlakunya kemalangan.

Penyimpanan rekod kemalangan dalam buku khas kurang dilakukan di sekolah ini. Kemalangan yang serius sahaja direkodkan dalam Buku Catatan harian. Oleh yang demikian adalah sukar bagi pihak sekolah mengenalpasti kekerapan dan jenis kemalangan yang berlaku di sekolah untuk membolehkan mereka membuat perancangan yang teliti untuk mengelak dan meminimumkan kemalangan tersebut berulang.

5.3 Kesan positif kepada kakitangan

Dengan menjalankan kajian seperti ini adalah diharapkan agar pihak sekolah terutamanya serta kakitangan serta pihak-pihak yang berkaitan seperti Jabatan dan Kementerian Pendidikan akan sedar betapa pentingnya mengutamakan keselamatan murid semasa di sekolah apabila melakukan aktiviti dalam kelas serta luar kelas.

Dalam kurikulum Pendidikan Kesihatan telah digariskan betapa pentingnya mengutamakan keselamatan diri sendiri, keluarga, dan juga masyarakat. Oleh hal yang sedemikian, di sinilah pihak sekolah harus merujuk tentang isi kandungan mata pelajaran Pendidikan Kesihatan untuk dijadikan bahan rujukan selain daripada yang dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan amnya.



Penubuhan Jawatakuasan Keselamatan sekolah yang dianggotai oleh guru, ibu-bapa dan ahli masyarakat setempat akan dapat mengukuhkan jaminan keselamatan pelajar-pelajar di sekolah ini. Kaki tangan sekolah akan merasai tanggungjawab yang dipikul bersama demi kesejahteraan pelajar- pelajar di sekolah.

Jadual 3 : Carta Organisasi Keselamatan di Sekolah
PBSS SK SEBERANG PERAK , ALOR SETAR , KEDAH








Dengan melakukan kajian seperti ini, pihak sekolah akan secara tidak langsung dapat menyedari dan menyetahui tentang kekurangan dari aspek keselamatan di sekolah tersebut dan ini akan membuatkan pihak sekolah segera mengambila tindakan untuk memperbetulkannya. Dari aspek Pendidikan Kesihatan pula, ini secara tidak langsung akan mengembangkan lagi minat guru untuk mendalami ilmu keselamatan yang telah sedia terkandung dalam kandungan kurikulum buku tersebut.

Hasil daripada kajian yang dijalankan, kakitangan akan dapat mempelajari dan memahami perkara-perkara yang berikut iaitu pentingnya mengutamakan keselamatan murid di sekolah kerana ibu bapa telah memberi sepenuh kepercayaan kepada pihak sekolah untuk menjaga anaknya sehinggalah anaknya sampai di rumah. Ini merupakan amanah dan semua guru bertanggungjawab ke atas amanah ini.

Kakitangan di sekolah akan dapat merasakan betapa sempurnanya sesebuah sekolah itu apabila semua aspek keselamatan dititikberatkan dan ini menyebabkan seluruh warga sekolah berasa gembira dengan keadaan keselamatan di Sekolah Kebangsaan Seberang Perak , Alor Setar .










Rumusan

Pengetahuan dan tanggungjawab tentang keselamatan di persekitaran sekolah adalah amat penting bagi setiap individu. Menurut Catherine Willeford.(2000 ) “Sekolah merupakan tempat yang paling selamat dan sesuai bagi proses pengajaran dan pembelajaran pelajar-pelajar kerana ia menyediakan keselesaan serta di luar daripada tekanan sosial”. Maka matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang merupakan matapelajaran wajib ajar di sekolah merupakan medium utama dalam menyampaikan pengetahuan tentang aspek keselamatan .

Justeru pada peringkat ini , pelajar-pelajar memerlukan keselesaan dan keselamatan untuk meneruskan proses menimba ilmu pengetahuan dan kerisauan ibu-bapa terhadap keselamatan anak-anak mereka di sekolah akan dapat di atasi apabila prosedur keselamatan di sekolah diamalkan dan dipatuhi. Kementerian Pendidikan telah menyediakan beberapa surat pekeliling mengenai keselamatan murid dan juga memasukkan aspek keselamatan ini dalam kurikulum melalui beberapa mata pelajaran. Di samping itu, pihak lain seperti Jabatan Bomba, Polis DiRaja Malaysia dan Jabatan Kerja Raya juga menyediakan garis panduan keselamatan untuk keselamatan pelajar-pelajar di sekolah .









RUJUKAN


Asiah Abu Samah . ( 1985 ) . Ko – kurikulum Dalam Pendidikan Di Malaysia :
Satu Tinjauan . Dalam Seminar Kebangsaan Ko – kurikulum ,
Kementerian Pendidikan Malaysia . Universiti Utara Malaysia , Kedah.


Mohd Majid Konting . ( 1990 ) . Kaedah Penyelidikan Pendidikan .
Kuala Lumpur . Dewan Bahasa dan Pustaka .

Abdul Wahid Nuruddin (1996). Stres Pekerjaan di Kalangan Guru.
Tesis (B.Ed) yang tidak diterbitkan. Sintok : Universiti Utara Malaysia.


Ibu bapa, Guru Perlu Ganding Tenaga. (9 Jun, 2007). Berita Harian
(Pendidikan), m.s. 11.


Noran Fauziah Yaakub & Sharifah Mohd. Nor (1990). Kepuasan Kerja Guru
di Dua Jenis Sekolah. Jurnal Psikologi Malaysia, 6, 77 – 90.

Omar Mohd. Hashim (1993). Pendidikan : Persoalan, Penyelesaian dan
Harapan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.


Rahim, A.R., (1997). Implikasi Sekolah Satu Sesi. Massa, 72, 26 – 30.

3 comments:

Anonymous said...

Tabung pemadam api terbaik hanya di kami dengan harga murah kualitas terbaik.

Anonymous said...

As salam....

Nak tahu detail tentang kajian keselamatan yang dijalankan di sekolah ini seperti:

Nama kajian
Tarikh kajian
Nama pengkaji
Untuk tujuan apa kajian dibuat

Harap tuan dapat membantu

Anonymous said...

boleh saya tahu siapa yang menulis kajian ini. terima kasih