Friday, April 11, 2008

KEPENTINGAN IQ DAN EQ




Bincangkan kepentingan Emotional Quotient (EQ) atau kecerdasan emosi dalam pengajaran Pendidikan Moral.

1.0 Pendahuluan

Kecerdasan Emosi ( Emotional Intelligence EQ) adalah sama pentingnya dengan Kecerdasan Minda yang disebutkan sebagai IQ. Menurut Danial Goleman (1946 ) dalam bukunya Emotional Intelligence 1995 ( Kecerdasan Emosi ) telah menceritakan bagaimana ciri-ciri kecerdasan ini sebenarnya dibentuk sejak dari bayi, sebelum kanak-kanak mempunyai memori yang boleh disedari. Kanak-kanak tidak mempunyai ingatan tentang perkara -perkara yang berlaku padanya tetapi rangsangan dan tindak balas emosinya sudah mula terbentuk. Emosi bayi terbentuk jauh lebih awal, sebelum anak itu dilahirkan , semasa anak itu berada dalam perut ibu lagi. Maka ibu yang risaukan sesuatu semasa mengandung akan mendapat anak yang cepat risau.

Melalui pembelajaran Pendidikan Moral di peringkat sekolah rendah, kajian mendapati perkembangan kecerdasan kanak-kanak mulai disedari bahawa kepandaian tidak terhad kepada kepandaian membaca sahaja, malahan ada berbagai jenis kepandaian termasuk daya kreatif yang baik serta kecerdasan emosi. Kecerdasan emosi yang tinggi menyebabkan seseorang pelajar itu disenangi dan kecerdasan emosi yang rendah menyebabkannya tidak disenangi.


1.1 Penjelasan tentang Kecerdasan Emosi (EQ) dan
Kecerdasan Intelektual (IQ).

Pengertian EQ merujuk kepada kecerdasan emosi , baru dikenal secara luas pada pertengahan tahun 1990 dengan diterbitkannya buku Darnel Goleman : Emotional Intelligence. Goleman menjelaskan bahwa kecerdasan emosi (Emotional Intellegence) adalah kemampuan untuk mengenali perasaan kita sendiri dan kemampuan mengelola emosi dengan baik pada diri sendiri dan dalam hubungan dengan orang lain. Menggunakan ungkapan Howard Gardner, kecerdasan emosi terdiri dari kecekapan, diantaranya : intrapersonal intelligence dan interpersonal intellegence. Intrapersonal intelligence merupakan kecekapan mengenali perasaan kita sendiri.

Kecerdasan Emosi menggambarkan kemampuan seorang individu untuk mampu
mengelola dorongan-dorongan dalam dirinya terutama dorongan emosinya. Perkem bangan terakhir dalam bidang ilmu psikologi menunjukkan bahawa perkembangan kecerdasan emosi ini ternyata lebih penting bagi seorang individu daripada kecerdasan intelektualnya. Kecerdasan intelektual hanya tertumpu pada kemampuan belajarnya. Jadi kecerdasan emosi lebih berguna kerana melibatkan hampir seluruh kehidupannya sedangkan kecerdasan intelektual melibatkan aspek kecemerlangan akademik saja. Thomas Acbenbach, psikolog University of Vermort (dalam Goleman,1999) menyatakan bahwa penurunan kecerdasan emosi pelajar-pelajar dalam masa sekarang ini dapat dilihat dari semakin bertambahnya jumlah pelajar yang terlibat dalam salah laku disiplin, penyalahgunaan dadah, jenayah, dan kes buli. Di samping itu tingkat pelajar-pelajar yang mengalami tekanan kejiwaan semakin hari juga semakin bertambah jumlahnya. Diantaranya mereka banyak yang mengalami masalah makan, kenakalan pelajar dan ponteng sekolah.


2. Ciri-ciri Kecerdasan Emosi (EQ)
Salovey dan Mayer (1990) , mengatakan bahawa kecerdasan emosi mengumpulkan kecerdasan interpersonal dan kecerdasan intrapersonal Gardner yang boleh dikategorikan kepada lima perkara iaitu kesedaran diri, pengurusan emosi, motivasi diri, empati dan mengendalikan hubungan. Menurut Mayer dan Salovey pula, kecerdasan emosi adalah sejenis kecerdasan sosial yang melibatkan kebolehan untuk mengawasi diri sendiri dan juga orang lain serta boleh membezakan diri dengan orang lain. Ia juga menggunakan maklumat untuk membimbing ke arah satu pemikiran dan juga tindakan.
Individu yang memiliki tahap kecerdasan emosi yang tinggi adalah seorang individu yang boleh mengawal perasaan dan tindakan sendiri, mempunyai daya ketahanan untuk mencapai matlamat hidup, boleh mengurus perasaan negatif serta mudah menjalinkan persahabatan dengan orang lain. Sementara individu yang memiliki tahap kecerdasan emosi yang rendah pula akan bertindak mengikut perasaan tanpa memikirkan akibatnya dan mempunyai matlamat hidup yang kurang jelas. Selain itu juga, individu tersebut kurang mahir mengurus perasaan negatif serta kurang mahir dalam menjalinkan persahabatan dengan orang lain.

Menurut John D. Mayer and Peter Salove. (1990) , kebolehan untuk mengamati dan memahami emosi adalah sesuatu yang wujud dalam peribadi atau personaliti seorang . Model Mayer-Salovey definiskan Kecerdasan Emosi sebagai kebolehan untuk memahami maklumat emosi dan juga boleh membezakan emosi dari kebenaran. Lebih terperinci , mereka telah membahagikan kecerdasan emosi kepada beberapa ciri-ciri iaitu ;

2.2.1 Kebolehan mengamati emosi

Pelajar-pelajar diperingkat sekolah rendah sewajarnya diberi pendedahan dengan mengetahui serba sedikit tentang kecerdasan emosi. Mungkin kita lebih berkeinginan untuk mengetahui ada atau tidak cara untuk membina dan membaiki kecerdasan emosi kita dan pelajar-pelajar dibawah jagaan kita juga ahli keluarga yang lain. Kebolehan mengamati kecerdasan emosi boleh dipupuk dan dibina dengan latihan dan disiplin serta tunjuk ajar dari segi teladan dan contoh. Anak kunci kepada kebolehan mengamati emosi adalah kesedaran bahawa ada masalah yang perlu ditangani.

Dengan tidak ada kesedaran emosi maka perubahan sukar dicapai. Namun demikian , kebolehan mengamati emosi sahaja tidak mencukupi selagi tidak ada usaha dan keinsafan untuk berubah. Firman Allah SWT "Dan apabila melihat mereka, tubuh-tubuh mereka menjadikan kamu kagum. Dan jika mereka berkata kamu mendengarkan perkataan mereka. Mereka seakan-akan kayu yang tersandar. Mereka mengira bahawa tiap-tiap teriakan yang keras ditujukan kepada mereka. Mereka itulah musuh (yang sebenarnya) maka waspadalah terhadap mereka: semoga Allah membinasakan mereka. Bagaimanakah mereka sampai dipalingkan dari kebenaran" (QS. 63:4)

Kelemahan mengamati emosi rendah mungkin berpunca dari cara hidup apabila semakin ramai kanak-kanak membesar sendirian di rumah. Mereka di kunci di dalam rumah sehingga terdapat satu kes anak mati terbakar dalam rumah yang terbakar kerana tidak dapat melarikan diri. Dulu ada datuk dan nenek yang membantu menjaga mereka ketika ibu bapa keluar bekerja tetapi hari ini mereka perlu berdikari. Semua ini tanpa disedari menekan jiwa kanak-kanak dan membentuk insan yang tidak stabil dari segi emosi yang menghasilkan sikap ganas. Ibu bapa berperanan penting membentuk kecerdasan Emosi. Ibu bapa yang bersikap terbuka, penyayang, sentiasa memberikan sokongan dan memiliki perhubungan positif dengan anak-anak boleh menjadi faktor kejayaan anak dan sifat kemanusiaannya.

Kebolehan mengamati emosi terbahagi kepada kecerdasan emosi dari segi moral iaitu bersikap mengambil berat dan penyayang. Sikap ini menyebabkan mereka boleh memahami perasaan orang lain dan kerana sikapnya itu, dia diterima oleh orang lain juga. Semua sikap ini penting sebagai persediaan untuk anak keluar bekerja dan lebih penting apabila menghadapi masyarakat yang semakin progresif.





2.2.2 Kebolehan menggunakan emosi untuk merangsang fikiran
Kebolehan menggunakan emosi untuk merangsang fikiran adalah suatu kecerdasan emosi. Selain itu juga, kajian menunjukkan bahawa pelajar telah menunjukkan trend yang positif dalam komponen motivasi dan kesedaran diri. Dari segi kebolehan menggunakan emosi pula, kebanyakan pelajar berada di tahap sederhana dan kurang memuaskan. Namun begitu, kajian aspek kecerdasan emosi berkaitan dengan emosi seperti kajian yang dijalankan oleh Hawkins dan rakan-rakan menunjukkan bahawa kurikulum sekolah yang berfokuskan pembelajaran sosial dan emosi juga memainkan peranan yang amat penting dalam pembentukan kecerdasan emosi dan seterusnya merangsangkan fikiran.
Menurut Brody dan Hall , anak-anak perempuan membesar lebih cepat jika dibandingkan dengan anak-anak lelaki. Anak-anak perempuan dikatakan lebih cepat terdedah dengan pengalaman menggunakan emosi dan ia akan berjaya melahirkan rangsangan emosi dan perasaan. Selain itu, anak-anak perempuan dididik dengan cara yang berbeza dengan anak-anak lelaki. Peluang yang banyak dalam memperincikan emosi diberikan kepada anak-anak perempuan dan tidak kepada anak-anak lelaki. Menurut Curtis , apabila emosi ditekankan atau diajar dengan pembelajaran yang berkaitan dengan kecerdasan emosi melalui kaedah rawatan, perubahan yang lebih baik dari keadaan sebelumnya berlaku dalam diri pelajar-pelajar.
2..2.3 Kebolehan memahami implikasi dan makna emosi
Kajian Kyung Hee pula memperlihatkan bahawa dalam tiga faktor kecerdasan emosi iaitu empati, penggunaan emosi dan saling berkaitan atau perlu memerlukan antara rakan sebaya, pelajar perempuan mempunyai skor kecerdasan emosi yang tinggi berbanding pelajar lelaki. Pelajar perempuan memperlihatkan kesedaran yang lebih tinggi tentang diri dan perasaan terhadap orang lain berbanding pelajar lelaki. Namun, sekali lagi subjek perempuan dilihat memperolehi pencapaian kecerdasan emosi daripada komponen pengurusan emosi yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan subjek lelaki.
Dalam kajian yang dijalankan oleh Patricks dan Furnham, pelajar perempuan dilihat mempunyai pencapaian kecerdasan emosi yang tinggi jika dibandingkan dengan pelajar lelaki dalam kemahiran sosial. Perkara ini boleh dikaitkan dengan keadaan di mana pelajar perempuan dilihat lebih cepat matang dan berupaya dalam menjalin hubungan sosial serta memahami implikasi emosi jika dibandingkan dengan pelajar lelaki yang lambat matang.
Memahami implikasi dan makna emosi pula merupakan satu penyaluran perasaan ke arah satu matlamat, mengawal emosi kendiri, melewatkan ganjaran dan menyekat dorongan. Empati pula merupakan satu perasaan atau kemampuan untuk menyelami dan memahami perasaan atau emosi orang lain. Sementara mengendalikan hubungan pula adalah satu pengurusan perasaan, kecekapan dan kemahiran sosial.
Daripada kajian yang telah dijalankan, didapati terdapat tiga faktor penting dalam analisis MEIS ini iaitu terdapat hubungan yang tinggi dalam persepsi, persefahaman dan pengurusan emosi serta faktor umum seperti empati, pengendalian hubungan, motivasi diri, kesedaran kendiri dan pengurusan emosi di dalam kecerdasan emosi. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara faktor umum kecerdasan emosi dengan ukuran verbal kecerdasan emosi serta ukuran self-reported empathy. Kajian ini mendapati wujudnya hubungan yang tinggi di antara persefahaman dengan kecerdasan verbal diikuti dengan pengurusan emosi dan persepsi. Kajian ini juga mendapati bahawa kecerdasan emosi orang dewasa adalah lebih tinggi daripada remaja.


Schutte dan rakan-rakan telah membina satu alat ujian sendiri tentang kecerdasan emosi. Alat ujian yang dibina ini adalah berasaskan kepada alat ujian yang dibina oleh Salovey dan Meyer. Alat ini mengandungi 33 item self-reported yang mengukur hubungan yang penting dalam lapan teoritikal konstruk termasuklah kesedaran emosi, pandangan tentang kehidupan, tekanan perasaan, keupayaan untuk mengatur emosi dan sebagainya.
Kesan yang diperoleh adalah sistem persekolahan di Malaysia pernah dikatakan sebagai sistem yang terlalu menekankan peperiksaan serta bergantung kepada sijil-sijil peperiksaan awam . Oleh kerana Curtis mengkaji tahap kecerdasan emosi berdasarkan kelas, pembelajaran sosial dan emosi dalam kurikulum di sekolah-sekolah Malaysia dilaksanakan secara tidak langsung dan pergantungan kepada keputusan peperiksaan awam.


2.2.4 Kebolehan menangani emosi (bukan emosi yang menguasai)

Kebolehan menangani emosi menggambarkan kemampuan seorang individu
untuk mampu mengelola dorongan-dorongan dalam dirinya terutama
dorongan emosinya. Kecerdasan Emosi yang timbul dari hati nurani yang bersih dan sentiasa bertaubat dan sentiasa membuat pembaikkan tentang dirinya dan juga sentiasa memberi manfaat kepada manusia yang lain adalah Kecerdasan Emosi yang paling unggul.
Kebolehan menangani emosi diri merupakan satu pemerhatian terhadap diri dan mengakui suatu perasaan sebagai satu kejadian. Pengurusan emosi pula merupakan satu pengendalian perasaan di mana ia boleh disesuaikan, menyedari sesuatu perkara di sebalik emosi, menemui cara mengendalikan perasaan bimbang dan takut, perasaan marah dan juga sedih.



Setiap individu itu perlu diajar dan dibimbing cara-cara mengawal perasaan marah, kurang sabar dan agresif dengan menggunakan cara yang positif. Di antara cara-cara mengawal emosi agar sentiasa stabil dan sederhana, kita semua boleh mencuba beberapa perkara seperti mengenal emosi diri sendiri, mengurus emosi diri sendiri, mengenali emosi orang lain, memotivasikan emosi yang negatif dan mengendalikan perhubungan melalui komunikasi.
Salah satu cara mengawal emosi agar sentiasa stabil dan sederhana adalah mengenal emosi diri sendiri. Seseorang individu itu perlulah cuba mengenal pasti atau cuba menyedari apakah emosi yang sedang dihadapi yang berlegar di fikiran serta apakah punca kepada timbulnya emosi tersebut. Kemudiannya, cuba kuasai emosi tersebut. Dengan kata lain, fikiran boleh menyebabkan wujudnya satu perasaan dan setelah wujudnya perasaan, maka timbullah keinginan untuk diperlakukan melalui perbuatan atau perlakuan.
Cara lain mengawal emosi agar sentiasa stabil dan sederhana adalah mengurus emosi diri sendiri. Dalam konteks ini, seseorang individu itu perlulah pandai mengambil peluang mengawal emosi yang sedang menguasai diri. Emosi itu datang tanpa diundang tetapi diri sendiri yang menentukan berapa lama emosi itu menguasai diri dan apakah ia mendatangkan positif atau negatif.


3. Perbandingan antara Kecerdasan Emosi (EQ) dan Kecerdasan Intelektual (IQ).
Sama ada secara sedar atau tidak, hari ini ibu bapa terlalu menekankan pencapaian akademik berbanding kecerdasan emosi dan mental (EQ) anak-anak. Markah tinggi dan kedudukan nombor teratas di dalam kelas menjadi kebanggaan ibu bapa. Nombor corot pula dianggap bodoh dan tidak mempunyai masa depan.
Ramai ibu bapa tidak sedar atau tidak ingin tahu bahawa kecerdasan otak (IQ) bukan penjamin untuk membesarkan seorang anak sebagai insan luhur. Kecerdasan Emosi jarang diambil kira sedangkan ia lebih penting untuk seseorang berjaya dalam apa juga bidang diceburi dan lebih stabil dari segi pemikiran serta tidak terlalu emosional dalam sebarang keadaan.

Kegagalan memupuk Kecerdasan Emosi terbukti apabila semakin ramai remaja mudah terpengaruh dan terbabit dalam kegiatan tidak bermoral. Tidak kurang mereka yang berpendidikan tinggi tetapi terbabit dengan jenayah seperti pembunuhan, rogol, penagihan dadah dan sebagainya. Dalam bidang pekerjaan dan sosial pula, mereka tidak pandai mengawal emosi apabila berurusan dengan orang lain, tidak dapat mengawal masalah yang dihadapi, gagal mempamer sikap terpuji dan kurang berbudi bahasa. Perunding Psikologi Kanak-Kanak, Pusat Psikologi Malaysia untuk Kanak-Kanak dan Remaja, K Vijayan berkata, tidak semua yang berkualiti berkaitan dengan Kecerdasan intelektual tetapi bagaimana seseorang itu dapat menggunakan boleh menyesuaikan diri dengan sesuatu keadaan dan individu lain.

Kajian demi kajian menunjukkan kanak-kanak yang berkemahiran Kecerdasan Emosi lebih gembira, yakin dan lebih berjaya di sekolah. Kemahiran Kecerdasan Emosi juga membantu kanak-kanak membesar dengan penuh rasa tanggung jawab, penyayang dan produktif. Bagaimanapun hari ini Kecerdasan Emosi semakin menurun manakala IQ lebih dipentingkan. Kita tidak mahu generasi masa depan seperti masyarakat di barat yang semakin hilai nilai diri akibat terlalu mementingkan Kecerdasan Intelektual. Kecerdasan Inteletual tinggi tetapi Kecerdasan Emosi yang rendah hanya akan mewujudkan insan yang tidak sempurna dan lebih bermasalah. Di Barat, potensi emosi ini bukan sahaja satu kajian yang menduduki diri manusia itu sebagai makhluk yang beremosi, tetapi Kecerdasan Emosi telah dikaji dan digunakan sebagai satu ‘alat’ untuk mencapai kejayaan. Daniel Goleman ada menetapkan bahawa, kejayaan sesuatu perkara itu bukanlah hanya berdasarkan kepada nilai Kecerdasan Intelektualnya sahaja, tetapi ia bergantung kepada nilai interaksi beremosi. Daniel Goleman juga membuat kesimpulan di dalam bukunya dan mengatakan bahawa;
Emotional Intelligence refer to the capacity for recognizing our own feelings and those of others, for motivating ourselves, and for managing emotions well in ourselves and in our relationships.
Dalam perbandingan antara kecerdasan emosi dan kecerdasan intelektual, pelajar-pelajar belajar berdasarkan pengalaman berbanding mendengar leteran atau syarahan. Bahasa dan logik penting untuk mendidik nilai ini, bagaimanapun perasaan maruah diri dan sikap menyayangi dan membantu orang lain adalah guru terbaik dalam membentuk peribadi pelajar.Kecerdasan Emosi dapat memberikan penerapan nilai-nilai positif di kalangan pelajar-pelajar. Misalnya tolong membukakan pintu untuk orang yang membawa barang yang banyak. Galakkan pelajar menulis di dalam diari mengenai apa yang mereka lakukan agar mereka merasa diri mereka baik dan berguna. Pelajar juga perlu diajar agar lebih jujur sewaktu mereka masih kecil. Jadikan topik jujur dan etika dalam perbualan sejak dari kecil dan membaca buku, video atau permainan yang boleh menerap kualiti ini.

4. Tahap-tahap Kecerdasan Emosi
Perasaan dan emosi seperti tangisan, sedih, takut dan gelak ketawa mencorakkan warna kehidupan, membentuk sikap dan personaliti serta menggerakkan arah kehidupan seseorang manusia. Perkataan emosi ini berasal daripada perkataan Greek “emovere” yang membawa maksud “untuk keluar”. Maka untuk itu, emosi akan ditonjolkan keluar sebagai satu bentuk bagi memenuhi kepuasan seseorang.
Emosi boleh ditakrifkan sebagai satu keadaan yang dialami oleh seseorang manusia yang melibatkan beberapa perubahan proses fisiologi, diri dan psikologi . Perubahan ini melibatkan satu set tindak balas automatik, viseral iaitu meluap-luap dan komunikasi emosi seperti ekspresi muka, perkataan, isyarat dan tingkah laku lain yang dipaparkan oleh seseorang itu. Manusia yang normal dilihat sebagai individu manusia yang mengalami situasi yang pelbagai dan berkehendakkan reaksi bagi melahirkan emosi yang juga berbeza.
Kecerdasan intelektual membolehkan seseorang untuk belajar di universiti dan kolej atau pun memegang jawatan profesional. Bagaimanapun, ia bukanlah satu jaminan yang seseorang manusia yang bijak dan pandai akan sejahtera dalam hidup. Kemahiran mengawal dan menggunakan emosi (EQ) secara bijak sebenarnya memainkan peranan yang penting dalam menjamin kesejahteraan hidup seseorang.
Sejak Goleman menerbitkan bukunya yang berjudul “The Emotional Intelligence”, ramai pengkaji mula menunjukkan minat terhadap penyelidikan di bidang yang baru ini. Para pengkaji cuba memahami bagaimana kecerdasan emosi dapat bergabung tenaga dengan kecerdasan akal bagi menentukan kejayaan dan keharmonian sesebuah kehidupan manusia. Selama ini, ramai yang menganggap bahawa jika seseorang individu itu memiliki tingkat kecerdasan intelektual yang tinggi, maka individu itu akan memiliki peluang untuk meraih kejayaan yang lebih baik berbanding dengan yang lain.

Bagaimanapun, terdapat banyak kes di mana seseorang yang memiliki tingkat kecerdasan intelektual yang tinggi tersisih daripada orang yang memiliki tingkat kecerdasan intelektual yang lebih rendah. Ini membuktikan bahawa kecerdasan intelektual yang tinggi tidak menjamin seseorang itu akan meraih kejayaan dalam hidupnya. Sebaliknya, kecerdasan emosi didapati dapat mengurangkan jurang penyisihan ini. Kecerdasan emosi boleh dikembangkan seumur hidup melalui proses pembelajaran.
Kecerdasan emosi lahir seiring dengan pertumbuhan seseorang individu sejak lahir sehinggalah beliau meninggal dunia. Pertumbuhan kecerdasan emosi dipengaruhi oleh keluarga, lingkungan persekitaran dan contoh-contoh pengalaman yang diperolehi seseorang sejak lahir dari kedua ibu bapanya. Kecerdasan emosi mempunyai kaitan dengan pelbagai aspek yang dirasakan semakin sukar dilihat dalam kehidupan manusia yang semakin moden dan maju kini .
Antara tahap-tahap kecerdasan emosi yang semakin sukar dilihat dalam kehidupan manusia kini adalah seperti berikut:-
• Empati iaitu memahami orang lain secara mendalam
• Mengungkapkan dan memahami perasaan
• Mengendalikan amarah
• Kemandirian iaitu berdiri dengan sendiri atau berdikari
• Kemampuan untuk menyesuaikan diri
• Disukai oleh orang lain
• Kemampuan untuk memecahkan atau menghilangkan masalah antara mereka yang berada di sekeliling
• Semangat setiakawan
• Keramahan
• Sikap hormat-menghormati
Kecerdasan emosi bermula sejak kecil dan dengan itu, ibu bapa memiliki peranan terpenting dalam membina kecerdasan emosi anak-anak. Mereka harus mengajar, mendidik serta membimbing anak-anak tentang kecerdasan emosi dengan memberikan contoh teladan yang baik. Bagi membolehkan anak-anak memiliki kecerdasan emosi yang tinggi , ibu bapa seharusnya mengajar dan menerapkan dalam diri anak-anak beberapa aspek seperti berikut:-
• Membina hubungan persahabatan yang baik dan harmonis
• Bekerja dalam kumpulan secara harmonis
• Berbicara dan mendengarkan secara efektif
• Mencapai prestasi yang lebih tinggi sesuai dengan aturan yang ada (jujur)
• Mengatasi masalah dengan teman yang nakal
• Berempati antara satu sama lain
• Kemampuan untuk memecahkan atau menghilangkan masalah antara peribadi ketekunan
• Mengatasi konflik
• Membangkitkan rasa humor atau jenaka
• Memotivasikan diri apabila menghadapi saat-saat yang sulit dan genting
• Menghadapi situasi yang sulit dengan percaya kepada diri sendiri
• Menjalin keakraban
Jika dilihat di dalam konteks pendidikan di Malaysia, penyelidikan dan kajian tentang kecerdasan emosi masih kurang dilakukan. Pembelajaran sosial dan emosi dalam kurikulum di sekolah-sekolah Malaysia dilaksanakan secara tidak langsung dan ia tidak dijadikan sebagai satu subjek atau perkara yang khas (Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia 1983).

Pada kebiasaannya, beberapa andaian wujud di mana kemahiran-kemahiran sedemikian diperoleh oleh para pelajar melalui kurikulum terselindung yang disampaikan oleh guru-guru secara tidak langsung. Namun, terdapat beberapa mata pelajaran seperti Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral yang dijadikan subjek utama bagi memenuhi perkembangan yang berkesan pelajar-pelajar di Malaysia.
Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik yang hidup dalam suasana yang aman dan harmoni. Untuk menjamin kesejahteraan dan keharmonian ini akan sentiasa berterusan, faktor emosi perlulah dikawal dan dijaga sentiasa. Kecerdasan emosi pelbagai etnik hendaklah sentiasa diberi penekanan dan dikawal dari kecil lagi. Begitu juga perbezaan antara gender iaitu lelaki dan perempuan.
Menurut Patricks dan Furnham , pelajar perempuan mempunyai pencapaian kecerdasan emosi yang tinggi jika dibandingkan dengan pelajar lelaki dalam kemahiran sosial. Namun, ia berbeza dengan pertimbangan jangkaan diri atau self-estimated di mana pelajar lelaki memiliki pencapaian kecerdasan emosi yang lebih tinggi berbanding pelajar perempuan.
Kecerdasan Emosi turut merangkumi kemahiran berfikir yang boleh dibentuk dengan membaca buku cerita. Jangan sembunyikan kebenaran daripada pelajar walaupun ia menyakitkan kerana pelajar belajar daripada anda mengenai pemikiran realistik. Kemahiran berfikir termasuk bersikap optimis bagi mengelak tekanan dan lain-lain kesihatan mental dan masalah fizikal. Optimis datang daripada pemikiran realistik serta peluang berjumpa dan menguasai cabaran. Sikap pelajar boleh diubah melalui cara mereka berfikir. Ajar pelajar untuk mengatasi masalah melalui proses ulangan untuk memastikan mereka menguasai teknik untuk tampil lebih ceria.


Kemahiran bersosial termasuk kemahiran perbualan. Kemahiran berbual tidak sama dengan bercakap. Kemahiran sosial boleh diajar bagi membantu kanak-kanak menyertai rakan lain secara individu dan kumpulan. Faktor humor adalah kemahiran sosial yang paling penting. Semua kanak-kanak menghargai humor untuk menjadikan mereka mudah berkawan dan memiliki sahabat.
Pendidik perlu melatih pelajar menghadapi kegagalan dan menghargai usaha yang dilakukannya. Paling penting ialah mendidik pelajar mengawal rasa marah dan keganasan dengan mengajar mereka kemahiran bertimbang rasa. Komputer boleh membantu pelbagai kemahiran kecerdasan emosi melalui rangsangan emosi dan bahagian pemikiran pada otak. Tetapi pendidik perlu mengawal dan membantu pelajar apabila mereka menggunakan internet bagi mengelak masalah tidak diingini.

2. Sebagai seorang guru Pendidikan Moral Tahun 2, huraikan bagaimana cara untuk memasukkan Emotional Quotient (EQ) atau kecerdasan emosi semasa proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral. Jawapan anda perlu disertakan dengan contoh-contoh yang relevan dan dikaitkan dengan EQ.
Kehidupan di kawasan bandar sebenarnya menjadi salah satu sebab berubahnya kehidupan seseorang pelajar. Mereka lebih terdedah kepada kehidupan yang penuh sosial dan terbuka serta memperolehi sesuatu perkara atau maklumat lebih cepat jika dibandingkan dengan pelajar yang berada di luar bandar.
Untuk membolehkan murid memahami, menghayati serta mengamalkan prinsip-prinsip kecerdasan emosi tersebut, maka penerapan kecerdasan emosi semasa proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral dapat digabungjalinkan kepada lima bidang pembelajaran untuk disampaikan menerusi bidang pembelajaran tersebut. Selain aspek kerohanian dan kemanusiaan, bidang pembelajaran itu juga menekankan aspek kemasyarakatan dan kebudayaan. Maka
dengan memasukkan elemen kecerdasan emosi dalam bidang pembelajaran tersebut akan dapat memantapkan lagi proses jati diri dan kecerdasan emosi pelajar dalam masyarakat. Bidang pembelajaran tersebut adalah seperti yang berikut.

i. Penyerapan Kecerdasan Emosi dalam Nilai berkaitan dengan Perkembangan Diri

Pelajar haruslah mempunyai kecerdasan emosi dari segi tanggungjawab penjagaan maruah, dipelihara peribadi mulia , diri sendiri dihargai sebagai anugerah Tuhan serta sayangkan dan muliakan diri sendiri. Kecerdasan emosi perlu diajar dan diterapkan kepada semua individu pelajar bagi mengelakkan dari berlakunya kes-kes negatif yang boleh mengganggu perkembangan kecerdasan emosi. Ini kerana mengelak atau menghindari kes-kes negatif tadi adalah lebih baik dari mengubatinya. Kecerdasan emosi merupakan elemen yang penting dan perlu bagi menjalani dan menghadapi kehidupan pada masa-masa akan datang walaupun tanpa kehadiran ibu bapa, keluarga mahupun para pendidik.
Hasil daripada bimbingan dan didikan akan kecerdasan emosi tadi oleh ibu bapa dan para pendidik, beberapa manfaat akan diperolehi oleh seseorang individu yang mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi dan memuaskan. Di antaranya adalah:-
• Memiliki tolak ansur atau toleransi terhadap kekecewaan.
• Mampu mengungkapkan kemarahan tanpa wujudnya pertengkaran.
• Tidak menjadi agresif.
• Mempunyai perasaan positif terhadap diri sendiri, ibubapa dan keluarga serta individu lain yang berada di sekeliling.
• Mengurangi ekspresi verbal yang boleh menjatuhkan orang lain.
• Meningkatkan kemampuan perhubungan dengan individu lain.
ii. Penyerapan Kecerdasan Emosi dalam Nilai berkaitan dengan Diri dan Keluarga
Pendidikan Moral boleh menerapkan nilai-nilai dan situasi kecerdasan emosi yang berkaitan dengan diri dan keluarga. Aktiviti pembelajaran yang berkonsepkan kolaborative boleh dilaksanakan di peringkat awal bagi meningkatkan lagi kecerdasan emosi seseorang individu itu. Hukuman merupakan satu tindakan yang perlu dielakkan oleh para pendidik kerana pada asasnya hukuman dari pendidik atau guru terhadap pelajar tidak mampu mengembangkan emosi secara wajar. Akibat buruk di masa-masa akan datang adalah pelajar-pelajar ini tidak boleh berdikari, kurang berinisiatif, kurang kepercayaan diri bahkan cenderung menjadi seorang yang pemalu dan penakut.
Para pendidik perlulah menyelitkan pembelajaran sosial dan emosi dalam kurikulum dan ko-kurikulum di sekolah. Sebagai contohnya, sesi suaikenal pada hari pertama persekolahan, menggalakkan para pelajar berkenal-kenalan dan memastikan para pelajar dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Sama seperti ibu bapa, para pendidik boleh menggunakan peristiwa-peristiwa yang berlaku di dalam dan di luar kelas untuk memupuk kemahiran-kemahiran kecerdasan emosi.
Peristiwa-peristiwa seperti penyingkiran, kurang motivasi, tidak ada persetujuan antara dua pihak, pertengkaran, tindakan agresif dan sebagainya adalah antara contoh-contoh realistik yang negatif yang boleh digunakan untuk mengajar kecerdasan emosi. Kesedaran melalui tayangan video dan kaedah main peranan boleh diguna dan diamalkan oleh para pendidik dalam memberi kesedaran tentang kecerdasan emosi terhadap pelajar-pelajar.
iii. Penyerapan Kecerdasan Emosi dalam Nilai berkaitan dengan Diri dan
Masyarakat
Proses yang disebutkan diatas adalah penting ke arah mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronakkan serta melahirkan pelajar dalam masyarakat penyayang. Pelajar akan merasai kecerdasan emosinya akan dapat mengatasi ketenangan dan keseronokan yang merupakan salah satu daripada keperluan asas manusia. Perasaan tenang dan seronok bukan sahaja ingin dikecapi di rumah tetapi juga di dalam masyarakat. Ini boleh dikecapi melalui suasana mesra yang dapat dijalinkan dalam satu pasukan yang mempunyai semangat kekitaan.
Ungkapan "masyarakat penyayang" serta "masyarakat perihatin" harus direalisasikan melalui amalan dan tindakan berdasarkan kecerdasan emosi. Kelembutan, ketegasan dan kemesraan dalam pembelajaran dan pengajaran akan lebih dihormati daripada kekerasan dan paksaan. Aspek emosi ini dapat dicapai melalui perhubungan yang mesra, bertindak tidak mengikut perasaan, menghormati orang lain, serta menyedari bahawa setiap insan mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing.
Setiap kekuatan yang ada pada diri seseorang itu perlulah diperkembangkan dan dihormati manakala setiap kelemahan itu perlulah dibimbing, didorong dan diperbaiki agar dapat memenuhi satu hala tuju yang diingini. Kesemuanya ini perlulah dilakukan dalam suasana yang mesra serta tidak mempunyai tujuan yang negatif disebaliknya. EQ (Intelligent Quotient) atau kecerdasan emosi adalah subilmu yang terdapat dalam bidang psikologi. Setiap orang yang ingin berjaya memerlukan keseimbangan antara EQ dan IQ (Intelligent Quotient). EQ yang tinggi memudahkan urusan harian kita dan hubungan sesama manusia sentiasa baik.

iv. Penyerapan Kecerdasan Emosi dalam Nilai berkaitan dengan Diri
dan Alam Sekitar
Goleman (1996) membuat kajian ke atas kanak-kanak, remaja dan dewasa mendapati individu yang mempunyai EQ tinggi mencapai prestasi kepimpinan yang lebih tinggi daripada sudut kecekapan sosial, keberkesanan peribadi, dapat mengawal tekanan, lebih berdikari dan boleh diharapkan dalam kerja mereka.
Pendidikan Moral memberi peluang kepada murid menguasai kemahiran-kemahiran tertentu seperti kemahiran generik, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran menyelesaikan konflik dan kemahiran sosial. Penguasaan kemahiran-kemahiran ini akan membolehkan murid menghadapi alam sekitar dengan penuh keyakinan dan sikap bertanggungjawab sosial dan moral.
Penguasaan kemahiran ini juga akan membantu pembinaan daya tahan dan kebolehan menghadapi segala tekanan dan cabaran hidup di kalangan murid. Mengajar murid kemahiran-kemahiran ini boleh dianggap sebagai satu cara memupuk dan menggalakkan perkembangan moral mereka dengan alam sekitar.

v. Penyerapan Kecerdasan Emosi dalam Nilai berkaitan dengan Diri dan
Negara
Guru boleh menerapkan kemahiran ini yang akan membantu murid membuat keputusan berasaskan kepada kecerdasan emosi dengan mengambil kira perbezaan nilai yang ada pada diri sendiri dan kepentingan terhadap negara. Penguasaan kemahiran ini melalui Pendidikan Moral boleh membantu murid berhubung atau berkomunikasi dengan orang lain secara lebih berkesan dan mengelakkan sebarang konflik.
Guru juga perlu mengajar murid cara menggunakan kemahiran kecerdasan emosi berpandukan pengetahuan moral supaya murid dapat menilai sama ada sesuatu tindakan atau perkara itu bermoral atau tidak. Dalam konteks ini, pengajaran kemahiran ini akan membantu menyemai nilai moral dalam jiwa murid. Kemahiran pemikiran kritikal ini juga membantu murid menyelesai masalah dan membuat keputusan yang lebih baik dan seterusnya berjaya dalam kerjaya mereka. Kebolehan berfikir secara kreatif membantu kita mencari dan bertemu dengan cara penyelesaian dan alternatif yang lebih baik ketika menghadapi masalah dan konflik dalam kehidupan. Pendidikan Moral memberi peluang kepada murid untuk berfikir secara kreatif dalam menjalankan aktiviti yang bermanfaat untuk diri sendiri dan orang lain.
Semasa Proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral , terdapat dua elemen yang boleh membantu pelajar-pelajar untuk memiliki kecerdasan emosi yang tinggi dan memuaskan. Dua elemen ini adalah pendidik dan sekolah. Bagi elemen yang pertama dalam sistem pendidikan Malaysia, program-program seperti Sekolah Penyayang, Kem Motivasi dan sepertimana yang telah sedia ada di kebanyakan sekolah merupakan antara program yang menyediakan peluang-peluang pembelajaran kecerdasan emosi yang boleh dan telah lama diwujudkan oleh pihak sekolah.

Untuk itu, para pendidik perlulah sedar dan sentiasa meningkatkan layanan dan hubungan antara pelajar kerana ia boleh membantu perkembangan dan pertumbuhan kecerdasan emosi pelajar, mengatasi perebutan pengaruh di sekolah dan meningkatkan kemampuan serta keterampilan diri antara pelajar dan para pendidik yang lain
Secara keseluruhannya, terdapat beberapa ciri atau karekteristik individu yang mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi dan memuaskan. Di antaranya adalah:-
• Seseorang individu itu mampu memotivasi diri, bebas dan percaya akan diri sendiri.
• Seseorang individu yang mampu dan boleh mengawal dorongan dan menunda sesuatu perasaan yang negatif.
• Seseorang individi itu boleh memulakan, menekuni dan menyelesaikan tugas.
• Individu yang tidak menangguhkan kerja dan dia mengetahui bilakah sesuatu perkara itu perlu dilakukan.
• Individu yang mampu menterjemah, mentafsirkan atau melahirkan pemikiran menjadi satu tindakan yang efektif dan bersesuaian dengan sesuatu keadaan.
• Seseorang individu yang mengetahui dan mampu menggunakan kemampuannya.
• Individu yang tidak takut untuk menanggung risiko serta boleh menerima kritikan dari orang lain.
• Individu yang berusaha mengatasi kelemahan dirinya.
• Individu yang seimbang dalam pemikiran, kreatif, analitis dan praktis.

1 comment:

Har Mizi said...

boleh tak pihak tuan letakkan sekali rujukan sumber berdasarkan artikel ini..sangat menarik bila membicarakan ttg IQ dan EQ..