Friday, April 11, 2008

SUARA HATI DALAM MASYARAKAT



Prosedur Tugasan Pendidikan Moral



1.1 Konsep Suara Hati

Pemaksaan ke atas individu yang berbeza amalan agama dan budaya untuk mematuhi dan mengakui kebenaran agama , budaya dan moral sesuatu kelompok masyarakat merupakan suatu pelanggaran hak individu untuk menikmati kebebasan kehidupan dan anutan fahamannya. Setiap orang mempunyai hak untuk tidak melakukan sesuatu sekiranya ianya melanggar prinsip moral yang mereka pegang selagi ianya tidak bertentangan kepercayaan masyarakat umum. Menurut Immanuel Kant (1724-1804) “The right of freedom of conscience” bermaksud hak untuk kebebasan menyuarakan suara hati . Setiap orang berhak untuk tidak melakukan sesuatu sekiranya melanggar prinsip moral mereka selagi tidak bertentangan dengan pandangan masyarakat.

Secara etimologis, suara hati, yang dalam bahasa Latin disebut conscientia, berasal dari akar kata conscire yang bererti "mengetahui bersama" atau "turut mengetahui".Suara hati adalah keputusan dalaman yang "turut mengetahui" perbuatan-perbuatan moral kita dan menjatuhkan penilaian terhadapnya.Suara hati menjadi "saksi" dan sekaligus "hakim" yang menjatuhkan penilaian dan keputusan atas perbuatan-perbuatan kita. Penegasan suara hati mendasarkan diri pada pengetahuan tentang hukum moral yang bukan ciptaan atau berasal dari manusia sendiri, melainkan suatu hukum yang sudah ditetapkan atau digoreskan dalam hati setiap insan oleh Tuhan.
Suara hati secara ringkas dapat dirumuskan sebagai kesedaran manusia akan kewajiban moralnya atau penegasan tentang benar-salahnya suatu tindakan manusia dalam situasi tertentu berdasarkan hukum moral. Sebagai suatu kesedaran, suara hati mengandaikan adanya pertimbangan akalbudi, dan bukan sekadar ungkapan perasaan spontan belaka. Kesedaran tersebut memang seringkali bersifat spontan, dalam erti munculnya tidak dapat dikendalikan menurut kemahuan seseorang dan merupakan suatu dasar kesedaran akan nilai yang sudah dibatinkan sejak kecil. Kesedaran tersebut menegaskan apa yang menjadi kewajiban moral (tindakan mana yang baik yang harus/wajib dilakukan dan mana yang buruk yang harus/wajib dihindarkan) oleh seseorang dalam sesuatu situasi . Suara hati menjadi pedoman atau pegangan moral manusia dalam membuat keputusan untuk bertindak.

Menurut utilitarianisme setiap warga masyarakat patut melakukan tindakan suara hati yang akan membawa kebaikan maksima kepada setiap orang yang dipengaruhi oleh tindakan tersebut. Maka konsep suara hati sewajarnya akan dapat membentuk sebuah negara bangsa yang bersatu padu, serta menyanjung budaya dan masa hadapan yang diperkongsi bersama . Justeru , usaha kerajaan untuk melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang bebas, teguh dan terbentuk jiwa nasionalisme akan dapat dicapai menjelang wawasan 2020. Kelompok Masyarakat, khususnya golongan pelajar-pelajar yang berbilang bangsa, agama dan budaya mempunyai keyakinan akan dirinya sendiri sentiasa berbangga dengan keadaan negara masa kini yang mencapai pembangunan negara yang cukup tangkas untuk menghadapi pelbagai rintangan.
Dalam suatu kelompok pelajar majmuk , setiap pelajar mempunyai tanggapan tentang kebenaran tuntutan agama , moral, atau kebudayaan masing-masing. Perbezaan pendapat ini akan mewujudkan suatu ketegangan di antara kelompok majoriti dan minoriti yang akan melahirkan konflik agama dan etnik. Sebaliknya, Immanuel Kant berpendapat bahawa untuk membina sebuah negara yang aman dalam masyarakat yang berbilang kaum maka sewajarnya peraturan dan pemerintahan yang mewajarkan setiap orang untuk menghormati kebebasan orang lain. Immanuel Kant yakin bahawa hak kebebasan suara hati yang satu dengan lainnya akan memaksa setiap pihak untuk tunduk pada hukum universal yang memelihara kebebasan masing-masing.
Dengan demikian, kelompok pelajar yang berbilang bangsa tidak mempunyai masalah untuk melakukan amalan nilai moral yang baik, kerana yang diperlukan hanyalah hukum yang dapat menjamin kebebasan pendapat dan hak peribadi pelajar-pelajar yang menganut pandangan moral dan agama yang berbeza-beza, sekaligus memberi panduan kepada mereka unuk menghormati hak dan kebebasan peribadi orang atau kelompok lain. Penegasan Kant bahawa moraliti sebenarnya lebih merupakan keyakinan dan sikap batin bukan sekadar penyesuaian atas segala macam aturan dari luar seperti adat istiadat, hukum, dan agama berlaku untuk selama-lamanya.Dalam ungkapan lain , Kant memastikan bahawa kriteria mutu moral, juga di hadapan Tuhan, adalah kesetiaan pada suara hati. Maka, dalam kaitan ini, setiap orang berkewajiban mengikuti suara hatinya.

1.1.1 Pemahaman dan Perkaitan mengenai konsep Suara Hati di kalangan pelajar-pelajar sekolah.
Suara hati seringkali di definisi sebagai kuasa dalaman kehendak manusia. Secara harafiah , suara hati adalah suara yang bermula dari kedalaman hati atau pegagangan dalaman seseorang. Suatu tindakan atau baik-buruknya suatu kelakuan tertentu berdasarkan suatu prinsip atau norma moral. Suara hati sering dikaitkan pula dengan suara yang berasal dari luar diri manusia dan sekaligus mengatasi sikap manusia untuk menolak atau mengabaikannya. Seperti pernah dinyatakan oleh John Henry Newman (1801-1890), kerana sifat kemutlakan penegasan atau tuntutannya, suara hati merupakan suatu gejala kemanusiaan yang mengatasi keterbatasan manusia dan menunjuk pada realiti yang mengatasi manusia, iaitu Allah sendiri sebagai Yang Mutlak.
Di kalangan pelajar-pelajar sekolah yang berbilang kaum, maka kepatuhan kepada desakan supaya mematuhi kehendak agama dan budaya sesuatu kaum akan menyukarkan lagi hubungan dan perpaduan di kalangan masyarakat warga sekolah. Setiap orang mempunyai hak untuk tidak melakukan sesuatu sekiranya ianya melanggar prinsip moral yang mereka pegang selagi ianya tidak bertentangan kepercayaan masyarakat umum. Contohnya pelajar bukan Islam akan cuba memahami kehendak suara hati rakan beragama Islam dengan tidak mengambil makanan dan minuman di hadapan mereka di bulan Ramadhan. Sikap ini merupakan suatu tindakan yang positif sebagai menghormati kehendak agama lain biarpun amalan yang dilakukan tidak menyalahi nilai-nilai agama yang mereka anuti.


2.0 Penerangan Konsep Suara Hati berdasarkan dua jenis agama
2.1 Konsep Suara Hati Agama Islam
Agama Islam membentuk umat agar dapat melahirkan seseorang atau masyarakat yang mempunyai keperibadian yang unggul yang akhirnya akan dijelmakan melalui tingkah-laku, percakapan dan gerak-geri hati seseorang atau sesebuah masyarakat. Keperibadian Islam yang telah meresap ke dalam jiwa dan lubuk hati sesseorang akan menimbulkan kesan-kesan positif .
Agama Islam membentuk umatnya untuk melahirkan seorang yang yakin kepada Allah SWT Yang Maha Esa. Lantaran itu menggerakkan seluruh tingkah-lakunya, percakapannya dan gerak-gerinya untuk mencari keredhaan Allh swt. Insan Soleh melakukan apa yang diperintahkan oleh Allah dan meninggalkan segala jenayah dan kemungkaran. Selain itu Agama Islam melahirkan Insan yang mempunyai akhlak cemerlang dan terpuji. Mengikis sifat-sifat yang buruk dan melahirkan manusia yang bertaqwa, tawadhu", ikhlas, redha, amanah dengan segala sifat terpuji yang lain di samping menyingkirkan sifat-sifat yang buruk seperti dengki, sombong, ria", takabur dan seumpamanya yang boleh membawa masalah sosial dalam masyarakat.
Agama Islam melahirkan Insan dan masyarakat yang teguh pendiriannya, mempunyai prinsip dan tidak mudah terpengaruh dengan persekitaran yang mengancam nilai dan akhlak manusia terutama dengan pelbagai pengaruh hasil kemajuan teknologi maklumat di zaman ini. Ia mampu membeza dan memilih nilai-nilai yang positif dan menolak nilai-nilai yang negatif yang boleh merosakkan keperibadian Insan dan masyarakat. Justeru, Suara Hati dalam melakukan sesuatu tindakan dan amalan seharusnya berlandaskan kepada beberapa hukum dan peraturan mengikut kehendak dan tuntutan agama Islam.



2.1.1 Kebebasan Suara Hati tertakluk kepada syarat-syarat dan amalan umat Islam supaya selaras dengan tuntutan Agama Islam dari segi Aqidah ,Syariah dan Akhlak.
i. Konsep Suara Hati dari sudut Aqidah- Agama Islam
Definisi Aqidah Menurut Bahasa bermaksud kata “aqidah” diambil dari kata al-‘aqdu, yakni ikatan dan tarikan yang kuat. Ia juga bererti pemantapan, penetapan,
kait-mengait, tempel-menempel, dan penguatan.
Jika keputusan fikiran yang mantap itu benar, maka itulah yang disebut aqidah yang benar, seperti keyakinan umat Islam tentang ke-Esa-an Allah. Dan jika salah, maka itulah yang disebut aqidah yang batil, seperti keyakinan umat Nashrani bahwa Allah adalah salah satu dari tiga oknum tuhan (trinitas).

Istilah “aqidah” juga digunakan untuk menyebut kepercayaan yang mantap dan keputusan tegas yang tidak bisa dihinggapi kebimbangan. Yaitu apa-apa yang dipercayai oleh seseorang, diikat kuat oleh sanubarinya, dan dijadikannya sebagai madzhab atau agama yang dianutnya, tanpa melihat benar atau tidaknya.

ii. Konsep Suara Hati dari sudut Syariah- Agama Islam

Syari’ah dan Syir’ah adalah agama yang ditetapkan dan diperintahkan oleh Allah, seperti puasa, shalat, haji, dan zakat. Kata syari’ah adalah turunan (musytaq) dari kata syir’ah yang berarti pantai (tepi laut). Allah Ta’ala berfirman, “Untuk tiap-tiap umat di antara kamu Kami berikan syir’ah dan minhaj.” (QS. Al-Maidah:48)
Di dalam tafsir ayat ini dikatakan: Syir’ah adalah agama, sedangkan minhaj adalah jalan.Jadi “syari’ah” adalah sunnah-sunnah petunjuk yang ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Dan yang paling besar adalah masalah-masalah aqidah dan keimanan.

Syariah digunakan untuk menyebut apa yang diturunkan oleh Allah kepada para Nabi-Nya, baik yang bersifat ilmiah (kognitif) maupun amaliyah (aplikatif). Digunakan untuk menyebut hukum-hukum yang diberikan oleh Allah kepada masing-masing Nabi agar diberlakukan secara khusus bagi masing-masing umatnya yang berbeda dengan dakwah Nabi lain, meliputi minhaj, rincian ibadah, dan muamalah. Oleh sebab itu, dikatakan bahwa semua agama itu asalnya adalah satu, sedangkan syariatnya bermacam-macam.

Terkadang juga digunakan untuk menyebut pokok-pokok keyakinan, ketaatan, dan kebajikan yang ditetapkan oleh Allah bagi seluruh Rasul-Nya, yang tidak ada perbedaan antara Nabi yang satu dengan Nabi lainnya. Sebagaimana dalam firman Allah Ta’ala,

“Dia telah mensyariatkan bagi kamu tentang agama apa-apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa.” (QS. Asy-Syuura:13)

iii. Konsep Suara Hati dari sudut Akhlak- Agama Islam

Imam Al Ghazali menyatakan bahawa akhlak ialah “bawaan sifat jiwa yang tersembunyi atau melahirkan perbuatan dengan mudah tanpa perlu berfikir terlebih dahulu”. Berdasarkan definisi inilah Imam Al Ghazali menyatakan bahwa akhlak itu ialah sifat-sifat yang telah menjadi tabiat seseorang. Ia bukan sesuatu yang bersifat takalluf (sesuatu yang dibuat-buat) tetapi telah menjadi perangai dan miliknya yang sebenar bukan ia berpura-pura berperangai baik di hadapan orang pada masa-masa tertentu. Akhlak ialah satu ajaran daripada Islam, untuk memperbaiki tingkahlaku manusia dan ia mempunyai tempat yang tinggi dan pengaruh yang besar dalam gerakan dakwah kerana akhlak yang baik merupakan besi magnet kepada Islam.
Akhlak merupakan asas kepada pembinaan Islam pada diri seseorang. Ia merupakan inti kepada amalan dan pegangan Islam seseorang. Seseorang yang tidak memiliki akhlak menyebabkan amalannya tidak mendapat pengiktirafan oleh Allah swt. Dengan asas pendidikan dan penghayatan akhlak yang kuat akan melahirkan umat yang mempunyai daya tahan yang kental dalam mempertahan dan mengembangkan Islam ke seluruh dunia. Dari sini kita nampak dengan jelas bahawa pendidikan akhlak amat penting dalam jiwa setiap insan muslim agar mereka dapat mempertahan agama Islam lebih-lebih lagi di zaman globalisasi yang penuh dengan cabaran dalam segenap penjuru terutamanya internet dan teknologi maklumat yang berkembang dengan begitu pesat sekali.

2.2 Konsep Suara Hati Agama Kristian

Agama Kristian yang diasaskan oleh Jesus Christ (Nabi Isa A.S) yang dilahirkan
di Bethlehem, di selatan Israel atau Palestin. Menurut Al Kitab (Injil) atau "The Bible", Jesus dilahirkan melalui tubuh badan Mariam (Mary) yang pada masa itu merupakan anak dara. Mariam mengandung bayi Jesus akibat daripada mukjizat Tuhan melalui Roh Kudus (Holy Spirit). Ajaran Asas Jesus Christ Bahawa Jesus Christ adalah Anak Tuhan yang dikorbankan demi menebus dosa manusia. Melalui Jesus umat manusia dapat diselamatkan daripada dosa mereka dan menikmati kehidupan yang abadi.

Agama Kristian menganjurkan penganutnya agar mengutamakan undang-undang dan peraturan beragama. Undang-undang Tuhan yang terpenting ialah:
• mencintai Tuhan dengan sepenuh hati
• mencintai jiran seperti mencintai diri sendiri
Satu lagi perintah Jesus Christ yang terpenting ialah:
• mencintai satu sama lain seperti mana Jesus telah mencintai umat manusia dengan merelakan diriNya menjadi korban untuk menebus dosa manusia.
Nilai moral ajaran Jesus Christ jelas terpapar dalam Peraturan Emas atau "The Godlen Rule", iaitu seseorang patut melakukan apa yang dia kehendaki orang lain melakukan terhadap dirinya.






i. Konsep Suara Hati dari sudut Keadilan / kesaksamaan – Agama Kristian

Kitab Injil (The Bible) ialah kitab suci orang Kristian dan menjadi panduan Banu Israel. Ia bererti "berita atau khabar baik tentang akan datangnya seorang Penyelamat atau Messiah". Kitab ini memuatkan kejadian cakerawala, sejarah Banu Israel, nyanyian kepada Tuhan, dan firman Tuhan (Old Testament) serta ajaran Jesus (New Testament). Injil dibahagikan kepada buku-buku yang terdapat dalam Perjanjian Lama (Old Testament) dan Perjanjian Baru (New Testament).

Perjanjian Lama mengandungi 39 kitab sebelum kedatangan Jesus Christ. Perjanjian Lama juga merupakan kitab suci kaum Yahudi sehingga sekarang. Dalam kitab ini ada dinyatakan bagaimana Tuhan mencipta alam dalam masa 6 hari dan bagaimana manusia pertama diwujudkan oleh Tuhan (Genesis 1-2). Rukun 10 (The Ten Commandments) juga terkandung dalam buku kedua kitab ini.

Rukun 10 menyatakan bahawa kebebasan Suara Hati dari segi agama Kristian perlu menepati prinsip-prinsip yang diperintah oleh Tuhan melalui perintahNya :-
• Jangan ada padamu Tuhan lain dihadapanKu
• Jangan membagimu apa-apa patung yang serupa apa-apa di langit, bumi atau bawah bumi ini
• Jangan menyebut nama Tuhanmu dengan sebarangan
• Tetaplah ingat dan kuduskan hari Sabbath
• Hormatlah ayah dan ibumu
• Jangan membunuh
• Janganberzina
• Jangan mencuri
• Jangan buat tuduhan palsu
• Jangan mengingini apa-apa yang dipunyai oleh jiranmu


Aspek-aspek Moral dalam Perjanjian Lama menyatakan bahawa mereka yang percaya Tuhan dalam hatinya serta menepati prinsip dan etika yang diperitahkan Tuhan akan menerima ganjaran daripada Tuhan. Keadilan dan kesaksamaan - mengamalkan etika yang adil dan kesaksamaan.
Ajaran lain yang penting terdapat dalam dokumen yang penting seperti "Letter to Corinthians" oleh pengkhutbah Paulus. Antara ajaran penting lain ialah:
• Agama kristian adalah untuk semua manusia
• Wujud Jesus sebagai Anak Tuhan dan turun ke bumi untuk mengorbankan diri bagi tujuan menebus dosa manusia. Keselamatan manusia dan kehidupan kekal boleh diperoleh melalui keimanan terhadap Jesus Christ.
Konsep Tritunggal (Holy Trinity) iaitu Tuhan adalah satu tetapi terdiri daripada 3 entiti iaitu Tuhan Bapa, Tuhan Jesus Christ dan Tuhan Roh Kudus. Hakikat Kejadian Insan bahawa Manusia dilahirkan dalam keadaan berdosa yang diwarisi daripada Adam dan Hawa. Dosa ini adalah dosa asal manusia. Manusia mesti mempercayai bahawa Jesus mati disalib dan bangkit semula untuk menebus dosa manusia. Gagasan Baik Buruk Manusia dikehendaki mematuhi segala suruhan dalam Rukun 10 dan menjauhi daipada apa yang dilarang oleh agama Kristian.

Seorang Kristian harus mencintai Tuhan dan mencintai jiran seperti diri sendiri. Apabila mengetahui Gagasan Baik Buruk, seseorang itu akan dengan sendirinya mengetahui Gagasan Hidup Terbaik iaitu dengan mematuhi Rukun 10, berbuat baik dan percaya Jesus disalib supaya manusia akan memperoleh kehidupan yang kekal.
Prinsip Keadilan dan Saksama dapat juga dikenalpastikan konflik dalam sesuatu situasi atau kes dengan menggunakan prinsip keadilan dan saksama. Prinsip ini menekan bahawa suara hati , kita mesti melayan manusia lain dengan adil dan saksama khususnya dalam soal memberikan kebaikan dan keburukan.
• Berdasarkan meritnya.
• Berdasarkan prinsip sama rata.
• Berdasarkan keperluan atau kebolehannya, atau kedua-dua sekali.

Satu perkara yang terpaksa kita akui bahawa agak mustahil untuk memberikan keadilan kepada semua orang, tetapi sekurang-kurangnya apa yang dianggap tidak adil tidak akan berlaku setelah satu proses atau pertimbangan yang adil. Setiap orang akan mendapat peluang yang sama untuk sama-sama merasai kebaikan/keburukan pada satu-satu situasi. Walaupun pada akhirnya akan ada orang yang akan menerima keburukan, tetapi sekurang-kurangnya kita tidak menidakkan peluang seseorang itu dari awal-awal lagi hanya kerana perbezaan warna kulit, kepercayaan, jantina, kecantikan paras rupa dan lain-lain.



ii. Konsep Suara Hati dari sudut kejujuran dalam membuat amalan kebaikan –
Agama Kristian

Di dalam fahaman Agama Kristian menyelesaikan Konflik Suara Hati dalam sesuatu situasi atau kes boleh dikenalpastikan dengan meneliti Prinsip Kejujuran dan Kebenaran . Konflik moral boleh timbul akibat sesuatu perlakuan sama ada perlakuan itu bermoral atau tidak bermoral iaitu baik atau buruk; benar atau salah, dibuat ,berdasarkan akibat-akibat daripada perbuatan itu. Sekiranya akibatnya membawa kebaikan perbuatan itu dianggap bermoral, kalau akibatnya membawa keburukan ia dianggap tidak bermoral. Dalam realitinya, Agama Kristian menegaskan prinsip kejujuran dan kebenaran menghendaki manusia berusaha untuk:
• Menggalakkan manusia membuat kejujuran daripada pengkhianatan.
• Tidak menyebabkan berlakunya keburukan dan kerosakan.
• Mengelakkan keburukan dan kerosakan

Apabila manusia menghadapi kesukaran, secara umumnya ianya masih dapat menentukan apakah perkara-perkara yang dianggap "jujur" dalam kehidupannya. Apa yang dianggap kejujuran itu termasuklah kehidupan, kesedaran, keseronokan, kebahagiaan, kebenaran, kebebasan, penghormatan, keselamatan, pengetahuan, kecantikan, kasih sayang, persahabatan dan lain-lain. Setiap orang mempunyai perbezaan dalam menentukan hirarki dan darjah mengenai kejujurankan itu.

Agama Kristian menyatakan pengalaman Suara Hati manusia iaitu yang dikatakan "jujur" itu adalah melibatkan keseronokan dan kebahagiaan dan apa yang dikatakan “curang” itu akan menyebabkan penderitaan dan kesusahan. "Jujur" dan "curang" adalah dua sifat yang positif dan saling melengkapi di antara satu sama lain. Tindakan yang betul boleh mewujudkan kreativiti dan keharmonian dan perpaduan di kalangan manusia. Kalau tindakan itu membawa hasil sebaliknya maka sudah pasti tindakan itu dianggap salah dan tidak bermoral.

Prinsip Suara Hati Kejujuran merupakan asas hubungan sesama manusia adalah atas dasar saling mempercayai antara satu sama lain dengan keyakinan dan kepercayaan bahawa apa yang dikatakan itu adalah sesuatu yang jujur dan fikiran terbuka. Kejujuran ini menjadi bertambah penting lagi dalam masyarakat moden dan kompleks dewasa ini.

Prinsip ini memang sukar untuk diamalkan kerana setiap manusia memang berbeza antara satu dengan lain dan pada masa-masa tertentu mereka akan menggunakan kuasa atau pengaruhnya untuk mencapai sesuatu tujuan dan berpura-pura baik dari segi percakapan mahupun tindak-tanduknya demi mencapai objektif peribadi. Kita seharusnya mencuba dengan seberapa daya upaya untuk berlaku jujur setiap masa kerana apa sahaja persoalan mengenai moral adalah sangat bergantung kepada apa yang dilakukan/diucapkan dan yang dibuat oleh seseorang itu.




3.0 Pelaksanaan Program Suara Hati
Menurut Franz (1999). Martabat manusia terletak dalam kenyataan bahwa ia memiliki suara hati dan kebebasan untuk menentukan dirinya sendiri. Inilah yang dikatakan manusia itu adalah makhluk yang lengkap yang membezakannya dengan makhluk lain. Satu daripada prinsip ketamadunan sesuatu bangsa dan negara ialah wujudnya keutuhan budaya dan ketinggian akhlak sebagai identitinya. Dalam rangka meningkatkan kemajuan negara, kepelbagaian budaya dan agama perlu dipertahankan berasaskan sistem nilai dan akhlak yang kukuh, murni dan luhur. Hanya melalui penghayatan nilai-nilai moral akan menjamin kesejahteraan, keharmonian dan keamanan dalam masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa ini.
3.1 Perancangan Program Suara Hati
Majlis Gotong Royong
Penyertaan : Guru-guru dan Seluruh warga sekolah
PIBG dan masyarakat setempat
Masa : 8:00 am
Tarikh : 21 Oktober 2007
Tempat : Kawasan Persekitaran Sekolah

Sekolah yang mempunyai pelajar-pelajar berbilang bangsa dapat memberikan pengukuhan kefahaman mengenai Program Suara Hati iaitu melalui aktiviti Gotong Royong peringkat sekolah. Program ini akan dapat mengukuhkan hubungan sesama kaum serta dapat mendengar luahan rasa hati di kalangan pelajar-pelajar mengenai adat, budaya dan amalan keagamaan. Sikap toleransi antara kaum serta memahami kehendak budaya masing-masing akan mudah difahami serta menghalang perpecahan bangsa.


Melalui amalan bergotong-royong di kawasan sekolah , khususnya menjaga kebersihan kawasan persekitaran akan dapat mengukuhkan semangat warga Malaysia. Sememangnya, amalan ini akan dapat memberi peluang untuk mendengar suara hati tentang amalan berlainan agama dan bangsa. Pelajar-pelajar merupakan warisan bangsa dan setiap institusi keluarga bertanggungjawab mendidik setiap ahli keluarganya mengenai perkara-perkara asas budi bahasa dan nilai-nilai murni seperti, cara bertutur yang sopan, saling bertegur sapa, jujur, amanah, bersih, berdisiplin, bersyukur, agar menjadi manusia yang berperibadi mulia.

Tambahan lagi, sebagai masyarakat timur, amalan budi bahasa dan nilai-nilai murni bukan sesuatu perkara baru. Malah kita telah diasuh sejak dari kecil lagi supaya sentiasa bersopan santun dan berbudi bahasa dalam menjalani kehidupan seharian. Hormat orang tua, memberi salam sebagai pembuka kata, membantu orang yang memerlukan pertolongan, ucapan terima kasih atau maaf di mana perlu, merendah diri dan berbagai-bagai lagi, merupakan nasihat yang tidak asing dalam hidup kita.

Namun demikian, tanpa kita sedari, kehidupan cara moden disertai dengan cabaran globalisasi telah sedikit sebanyak menghakis budaya tradisi yang bersopan santun, bertata susila dan hormat menghormati yang telah diamalkan turun temurun. Sikap tolong-menolong, bantu-membantu dan semangat gotong-royong yang menjadi kekuatan dan kebanggaan masyarakat kita pada suatu ketika dahulu tampaknya telah mula goyah. Dek kerana itu, Kerajaan amat prihatin tentang perkembangan yang kurang sihat ini dan berhasrat membendungnya sebelum menjadi lebih buruk.







Penutup


Setiap individu mempunyai keinginan, keperluan, kebolehan dan kemampuan yang berbeza-beza, khususnya dalam masyarakat yang moden. Tidak menjadi kesalahan kalau kebebasan itu digunakan oleh manusia untuk mencapai tujuan-tujaun tersebut, tetapi tidak hingga mengganggu dan menyusahkan kehidupan orang lain. Masing-masing dengan kebebasannya boleh bertindak menurut apa yang difikirkan baik kerana sikap individu dan situasi adalah berbeza. Oleh itu, kebebasan yang diberikan itu adalah bertujuan untuk disesuaikan dengan keperluan dan kehendak masing-masing.

Walau bagaimanapun, kebebasan itu bukan kebebasan berdasarkan suara hati yang mutlak sehingga seseorang itu boleh berbuat apa sahaja atas nama kebebasan.
Pada umumnya, manusia mempunyai kebebasan dalam membuat sebarang keputusan dan penentuan termasuklah dalam soal-soal moral, tetapi persoalan yang patut dijawab ialah sejauh manakah darjah kebebasan itu boleh dilaksanakan semasa berurusan dengan orang lain dalam kehidupannya. Prinsip-prinsip seperti nilai hidup manusia ,kejujuran dan kebebasan moral adalah sangat penting untuk mengenal pasti konflik dan menyelesaikannya.





















Rujukan :

1. Rahmat Shukor bin Ab. Samad (2006) Modul HBME1103 Pengenalan Pendidikan Moral, Cetakan Pertama, September 2006: UNITEM Sdn. Bhd.

2. Jeevajothi, N. 1997. “Keberkesanan perbincangan dilemma moral dalam perubahan peringkat penaakulan moral di kalangan pelajar tingkatan lima. Latihan Ilmiah. Universiti Malaya.


http://72.14.235.104/search?q=cache:MgQen9D4TjIJ:www.geocities.com/norlionline/oumm3203n.doc+Immanuel+Kant+Kebebasan+suara+hati&hl=en&ct=clnk&cd=5





________________________________________

No comments: